Thursday, January 29, 2015

Cara Dapatkan Idea Kerja Sendiri

Dalam post entry ini kalilah aku nak share cara nak dapatkan idea business atau kerja sendiri. Secara personal bagi aku kerja sendiri ni ada 2 kategori iaitu jual produk dan sediakan perkhidmatan. Ada macam-macam produk boleh dijual sama ada produk sendiri atau jual produk orang lain untuk dapatkan komisen. Kerja sendiri dalam kategori sediakan perkhidmatan pun ada macam-macam cara juga sama ada guna kemahiran sendiri atau perkenalkan kemahiran orang lain untuk dapatkan komisen. Korang bacalah sampai habis kalau ada kekurangan nanti sila bagi comment.

Great idea!


Jual produk boleh jadi berbentuk fizikal contohnya jual laptop, iPhone, samsung galaxy note, powerbank, TV, almari, kereta, spare part kereta, alat tulis, nasi lemak, apam coklat, kuih seri ayu, tikar mengkuang, parang dan macam-macam lagilah produk fizikal. Kalau jual ebook, video, audio atau sebarang file secara online tu namanya jual produk digital.



Produk digital/multimedia memerlukan penggunaan computer atau smartphone atau sebarang gadget yang sesuai. Contohnya nak baca ebook korang terpaksa gunakan Tab yang dah install PDF reader. Ebook bukannya boleh terus baca macam baca buku novel. Fizikal atau digital, kedua-duanya sama kategori jual produk.

Sediakan perkhidmatan melibatkan kemahiran tertentu seperti perkhidmatan edar flyers, cleaning service, bodyguard, penggilap kasut, photographer dan sebarang kemahiran tanpa menjual produk. Kalau nak buat kerja sendiri dalam kategori sediakan perkhidmatan pastikan korang betul-betul mendalami apa yang korang buat. Jangan tengok orang lain buat servis betulkan paip untung dia masyuuukkk so korang pun ikut nak buat servis perpaipan macam dia jugak sedangkan korang ada kemahiran lain sebagai contoh menjahit.

Perniagaan yang bagus ialah combine sekali jual produk dan sediakan perkhidmatan. Contohnya Tukang jahit baju sedia menerima tempahan menjahit baju dan menjual butang-butang baju melayu, tudung dan alat-alat jahit atau aksesori pakaian yang lain.

OK cukuplah mukadimah kali ini, sekarang mari kita mulakan "Cara dapatkan idea kerja sendiri". Proses ini mengambil masa 1 minggu atau lebih.

1. Tulis 100 idea kerja sendiri di atas kertas. Tidak perlu fikir macamana nak jual just tulis sahaja. Ini namanya brainstorming, tulis je idea berniaga sama ada kategori jual produk atau sediakan perkhidmatan. Ambil masa 1 atau 2 hari.

2. Potong 30 idea yang korang rasa langsung tak boleh buat atau tak berminat nak buat. Ambil masa 1 atau 2 hari.

3. Potong lagi 30 idea yang korang rasa tak nak buat. Ambil masa 1 atau 2 hari.

4. Dalam baki 40 idea yang tertinggal tu korang pilih 10 yang terbaik. Fikir masak-masak untuk dapatkan 10 idea yang boleh dilaksanakan. Kali ini hampir nak dapat idea terbaik so check betul-betul 10 idea yang bakal terpilih tu. Ambil masa 1,2 hari.

5. Lepas dapat 10 idea ni, korang pilih 1 idea sebagai "winner". 1 idea yang korang betul-betul minat nak buat dan betul-betul tahu selok-beloknya. Kalau tak tahu nak buat, masa inilah korang kena buat research pasal 10 idea korang tu. Try tanya pendapat atau otai-otai sama ada secara online atau offline. Ambil masa 2,3 hari untuk buat research dan akhirnya dapatlah 1 idea sebagai "winner".

Lepas dapat 1 idea perniagaan pastikan korang focus betul-betul. Cari target customer contohnya kalau korang punya idea perniagaan ialah Homestay so carilah pelancong yang datang ke tempat korang. Jangan suruh jiran sebelah rumah untuk menyewa homestay korang, memang dia tak mahu punya sebab dia pun memang menetap di situ dah tak payah nak homestay menyetay. Target customer korang dalam perniagaan homestay ialah orang luar dari tempat tinggal korang yang memerlukan tempat menginap lebih murah dari hotel.

Kenapa kena cari target customer? Sebab perniagaan yang korang lakukan tak mungkin boleh diterima oleh semua orang atas sebab-sebab yang tertentu. Contohnya nak jual pakaian kanak-kanak, pelanggan yang mencari produk korang biasanya dah ada anak atau yang nak hadiahkan kepada kawan diorang yang ada anak. Orang bujang umur 20-an tak mungkin beli baju kanak-kanak untuk pakai sendiri melainkan badan dia bersaiz budak umur 3 tahun.

Apa main target-target customer ni? Susahlah nak kaya! Apa kata jual air sebab semua orang minum air! OK memang betul semua orang minum air tapi bagaimana kalau orang tu jual air macam korang jugak? Baik dia minum air sendiri je dari beli air dengan korang. Lagi satu nak kena tengok jugak air apa yang korang jual. Bukan semua orang minum air cincau contohnya aku. Aku tak suka cincau, kalau air soya atau air sirap/bandung tu ada campur cincau aku takkan beli.

Peniaga yang berpengalaman ada target customer. Pelanggan-pelanggannya terdiri daripada orang-orang yang memang memerlukan produk atau perkhidmatan dia. Tak perlu buat promosi macam orang gila sebab itu kerja gila. Orang gila sahaja buat kerja gila. 

Cara yang terbaik ialah cari pelanggan yang memang memerlukan produk atau perkhidmatan korang. Biar sedikit sebab lama-lama jadi bukit. Aku bagi contoh lagi kalau korang jual durian, target customer korang ialah orang yang suka makan durian.

Orang yang tak suka makan durian tak akan beli dari korang so tak perlu nak psycho dia suruh beli jugak durian dari korang. Orang yang suka makan durian tapi ada kebun durian sendiri atau mak bapaknya ada kebun durian pun takkan beli durian dari korang. Tak perlulah promote durian korang tu kat golongan macam ni..

Sebab itu apa-apa perniagaan mesti ada target customer. Jangan membuta tuli promosi tak tentu hala sebab aku sendiri pernah berniaga tapi tak focus dan malas nak fikir pasal target customer so memang buang masa sebab kurang menjadi. Kalau 1 idea perniagaan korang dah OK barulah korang boleh tambah lagi perniagaan korang berdasarkan idea-idea yang lain pulak secara berperingkat.

Terima kasih aku ucapkan pada orang yang sudi baca sampai habis perkongsian aku ni sebab aku ni cuma peniaga tepi jalan je. Aku bukannya seorang mentor atau pakar bisnes yang hebat. Apa-apa hal tinggalkan je comment.

Salam.

6 comments:

  1. jap eh.

    nak gi cari kertas dengan pensel jap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak lagi advance taip je idea-idea guna Tab. hehe

      Delete
  2. Terima kasih berkongsi,sedikit sebanyak dpt memberi strategi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama dan terima kasih juga sebab sudi baca blog saya. Strategi dari otai-otai di luar sana pasti lebih baik dari strategi saya.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.