Sunday, January 18, 2015

Resepi Kuih Seri Ayu lembut, gebu dan sedap

Assalamualaikum..
Jom buat kuih seri ayu. Ada orang panggil kuih puteri ayu dan ada juga yang panggil putu ayu.

Dalam blog ni saya panggil kuih seri ayu.

Kuih seri ayu yang lembut dan gebu

Ok tanpa buang masa mari kita mulakan.

kerjasendirijb.blogspot.com
Bahan-bahan
2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 ½ sudu kecil ovalett
2 sudu besar pewarna hijau
2 sudu besar perisa pandan
kelapa parut putih (tak mahu hitam)
sedikit garam halus
sedikit tepung jagung

Kelapa parut dalam acuan seri ayu


Cara-cara

  1. Tepung dan baking powder diayak bersama dalam satu mangkuk/bekas.
  2. Gula, ovalett dan telur dipukul hingga kembang dalam mangkuk/bekas yang lain.
  3. Masukkan susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan ke dalam bekas gula, ovalett dan telur yang sudah kembang, kacau hingga sebati.
  4. Bila dah sebati, masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, gaul dan kacau rata maka siaplah adunan seri ayu..
  5. Sediakan mangkuk lain pula khas untuk gaul kelapa parut dengan sedikit garam halus dan sedikit tepung jagung untuk bagi kelapa tu rasa lebih berlemak.
  6. Panaskan pengukus, sementara itu acuan kuih seri ayu disapu minyak masak.
  7. Masukkan kelapa yang sudah digaul dengan garam halus dan tepung jagung tadi ke dalam setiap acuan yang sudah disapu minyak masak, gunakan jari untuk tekan kelapa tersebut sampai padat. Anggaran kelapa tu kurang sikit dari setengah acuan.
  8. Masukkan adunan seri ayu ke dalam acuan yang sudah diisi dengan kelapa yang telah ditekan sehingga padat.
  9. Apabila air pengukus sudah mendidih, lap air dalam penutup pengukus dan kukus adunan seri ayu. Selepas 10 minit mengukus, lap penutup pengukus supaya tiada air yang jatuh atas adunan kuih. Selepas mengelap, sambung kukus lagi 5 minit. Siap satu round kuih seri ayu.
  10. Ulang langkah 7 hingga 9 sampai habis adunan seri ayu.
  11. Siap!  kerjasendirijb.blogspot.com

Selamat mencuba!

56 comments:

  1. Kuih yang sememangnya menjadi kesukaan saya sejak dulu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih seri ayu ni jugak antara kuih yang cepat habis dijual di tepi jalan.

      Delete
  2. sedapnyaaaa.. jrg org sekarang rajin buat kuih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang agak mencabar buat kuih ni sampai kitorang sendiri tak buat lagi tapi kalau ada orang nak order sebiji 60 sen tu lain cerita..

      Delete
    2. Klu ambil tmpahan sebiji 60 sen ye ?

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. Itu harga yang saya pandai2 letak sebab leceh nak buat kuih ni. Penjual lain mungkin ada yang letak harga kuih seri ayu lebih rendah dari 60 sen sebiji.

      Delete
  3. Salam..bancuhan ni boleh simpan semalaman x? Meaning bancuh mlm,pagi br ķukus?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bancuh malam kemudian masuk dalam peti sejuk. Esok dah boleh guna untuk kukus.

      Delete
  4. saya suka sangat kuih ni .nanti saya try buat.....

    ReplyDelete
  5. Kalau kukus dalam loyang besar boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sendiri tak pasti sebab biasa guna acuan khas dia. Kalau awak nak cuba kukus dalam loyang besar pun boleh juga mana tahu menjadi.

      Delete
  6. Replies
    1. Tepung gandum sebagai bahan asas.
      Tepung jagung untuk gaul dengan kelapa.

      Delete
  7. np bila bukak tutup kuih ni turun balik..mcm kek bantat..tp rs sedap.bhgn bawah tetap gebu..y atas je dah naik cantik bila bukak tutup turun balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macamana bole bantat? Awak kukus kuih seri ayu berapa tingkat?

      Delete
  8. Wah yeay jadi lah awak.. tq sgt2 byak dapat.. dlm 33 bijik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously? Saya dan orang rumah buat dapat paling banyak 25 biji. Anyway, komen awak ni boleh naikkan semangat orang lain yang baru nak belajar buat kuih seri ayu.

      Delete
    2. Haah.. 33 bijik.. maybe acuan sy kecik sket kot...

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Mungkin jugakla sebab saiz acuan dia. Apa-apa hal terima ksh share hasil buat sendiri kuih seri ayu kat blog saya.

      Delete
  9. Acuan dah guna kali ke2 kena sapu myk lagi x?nak sapu myk guna apa yer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, acuan kali kedua kena sapu minyak lagi. Sapu guna minyak masak.

      Delete
  10. Kuih saya jadi bantat lah kenapa saya ikut apa yg kamu tulis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang berpuluh tahun pengalaman buat kuih pun bole bantat buat kuih seri ayu ni. Ini je lah yg dapat saya tolong..

      Punca kuih seri ayu bantat:
      1. Air kukusan tak cukup panas.
      2. Air dari penutup periuk kukus menitik atas kuih seri ayu.

      Kadang2 buat kuih seri ayu ni mcm nk buat apam bodoh. Buat ikut sukatan pun ada masa menjadi, ada masa bantat.

      Harap cik yatie bersabar sbb saya dgn org rumah pun prnh trkena kuih seri ayu bntat padahal ikut resepi.

      Delete
  11. Salam, baking powder tu sesudu kecil rata ke atau tak perlu ratakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tak perlu ratakn pun holeh.

      Delete
    2. Berjaya! Lembut sangat dan tahan lembut sampai petang. Jazaakallahu khairan katheer!

      Delete
    3. Alhamdulillah. Semoga pembaca2 yg singgah sini pun berjaya buat kuih seri ayu lmbut mcm anda juga.

      Delete
  12. saya nak tanya... kalau ikut resipi ni berapa biji boleh dapat?

    ReplyDelete
  13. Terima kasih atas resepi ni..

    Saya buat dapat 34 biji..Happy sangat first time buat kuih ni dan menjadi..

    Saya buat bancuh malam kuih ni..dan kukus 12 biji malam tu juga (tutup periuk tak alas kain)..menjadi sangat..lembut naik gebu semua..

    Kemudian saya simpan adunan selebihnya di dalam peti sejuk..

    Pagi esoknya saya cuba kukus lagi 12 biji..tak naik segebu malam tadi..agak bantat bahagian atas..bawah masih lembut..

    Kemudian saya simpan lagi adunan dalam peti sejuk untuk buat minum petang...

    Dan bermulalah eksperimen petang tu

    Saya kukus 3 biji sahaja awalnya...penutup periuk saya tak alas dengan kain pun..bantat...so saya agak agak mungkin air jatuh dalam kuih n api tak panas..

    Then saya kukus lagi, kali ini saya jaga api make sure air cukup and panas then saya alas tutup kukus dengan kain...hasilnya bantat juga..

    So saya buat conclusion, mungkin sebab adunan dah simpan dalam peti so dia xnaik gebu sebelum simpan dalam peti..

    Lepas ni tak berani dah nak simpan adunan..

    Ini experience saya..Mungkin lain orang masih ok je simpan adunan dalam peti sejuk..

    Walau apapun terima kasih tuan empunya resepi..Happy sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi share experiment awak kat sini.

      Eksperimen yang awak kongsikan di sini mungkin dapat menyelamatkan ribuan orang pembaca blog ni dari tragedi kuih seri ayu bantat.

      Delete
  14. klau guna santan.....camna pulak

    ReplyDelete
  15. Dulu mak sy guna santan dan rasanya lemak dan sedap... cuba lah...☺

    ReplyDelete
  16. Kalau sy nak mkn esok pg. Paul brapa Ms terbaik tuk bancuh tepung n jujube kuih putri ayu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa yang terbaik, saya cadangkn buat kuih seri ayu pukul 3 atau 4 pagi. Siap kukus terus hidang untuk dimakan.

      Delete
  17. Salam, haaa baru je lepas makan tadi, nasib sedapppp kuihnya beli kat pasar malam...nk buat sendiri mmg tak dan lah saye..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, syukurlah orang tu jual kuih seri ayu sedap.

      Delete
  18. Nk taye klu sy masukkan susu sekali masa nk pukul telur xpe kew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh, kena pukul telur smpai kembang dulu.

      Delete
  19. Jazakallahu khairan.. kongsi resipi✅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga sudi baca resepi kuih seri ayu di blog saya.

      Delete
  20. Knpa sariayu akak bau hanyir slps akak simpan d petisejuk..padahl sd pernah buat pda kli pertama tp tak letak d petiais terus mkn je tak bau hanyir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanyir? Macam terkena air ikan pulak.

      Takpela, lepas ni jangan simpan kuih seri ayu dalam peti sejuk lagi. Lepas siap buat terus hidang je kuih seri ayu tu.

      Delete
  21. dah buat. bancuhan ni dapat 30 biji. mmg elok gebu n lembut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi cuba resepi ni dan siap bagi testimoni lagi kat blog ni.

      Delete
  22. Berapa lama kuih sari ayu boleh tahan dalam suhu bilik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih seri ayu ni berkelapa jadi tak boleh tahan lama walaupun dalam suhu bilik. Kalau ikut pengalaman saya yang tak seberapa, kuih ni boleh tahan sampai 12 jam asalkan jaga kebersihan dari awal sampai habis proses buat kuih ni.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.