PETALING JAYA: Harga diesel dan petrol naik sebanyak 25
sen seliter mulai 1 Mac, demikian umum Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menerusi kenyataan pada
Sabtu.
Harga minyak naik 1 Mac 2015 |
Harga baharu petrol RON95 ialah RM1.95 seliter (naik dari RM1.70), RON97
kini berharga RM2.25 seliter (dari RM2) dan diesel naik pada harga
RM1.95 seliter (naik dari RM1.70).
Kenaikan ini berikutan keputusan kerajaan pada 21 November 2014
memutuskan bahawa penetapan harga runcit RON95 dan diesel adalah
mengikut kaedah pengapungan terkawal bermula 1 Disember 2014.- berita dari Mstar.com.my
Walaupun harga minyak dah naik semula, aku harap peniaga-peniaga jangan
naikkan harga barang. Aku sendiri pun tak nak naikkan harga barang
jualan aku. Ini cuma harapan je, aku tak mampu mengekang harga barang naik lepas ni.
Apa penyebab harga minyak naik?
Fenomena harga petrol dan diesel yang turun naik juga menunjukkan
bagaimana kadar matawang RM yang lemah mempunyai kesan langsung kepada
kehidupan rakyat. Sentimen pasaran matawang yang gusar dengan hutang
1MDB banyak mempengaruhi keengganan pelabur antarabangsa menyimpan
matawang ringgit yang menyebabkan harganya terus jatuh berbanding USD. - petikan dari blog Rafiziramli.com
Nampaknya ada faktor lain juga kenapa harga minyak terpaksa dinaikkan. Kejatuhan matawang RM dan hutang 1MDB mungkin penyebab besar harga minyak naik.
Sebagai rakyat Malaysia tidak kira sama ada kerja sendiri atau kerja makan gaji, apa yang boleh anda buat berdepan masalah harga minyak naik semula?
Sumber
Harga Petrol dan Diesel naik 25 sen
Kejatuhan Ringgit Penyebab Harga Minyak Meningkat
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.