Thursday, February 5, 2015

Terpaksa Jadi Famous

Boleh tak pemalu yang teramat sangat nak jadi peniaga? Jawapannya tak boleh. Kalau pemalu sahaja boleh lagi tapi kalau pemalu yang teramat sangat memang tak bolehlah.
Malu tunjuk muka
Dengan rasa malu, kita boleh elakkan buat perkara tak senonoh depan orang ramai. Kalau ada rasa malu, kita dapat jaga batas pergaulan kita dengan orang ramai terutama terhadap orang yang berlainan jantina. Kita jaga aurat pun sebab ada rasa malu.

Kalau malu tunjuk muka boleh berjaya tak dalam perniagaan? Mungkin ya mungkin tidak sebab aku pernah tengok orang perempuan berpakaian jubah serba hitam siap purdah berniaga kat Pasar Tani. Ada je pelanggan beli makanan dengan dorang.

Contoh muslimah berpurdah


Itu orang perempuan tapi kalau orang lelaki tak payahlah nak tutup muka. Aku ada tips untuk orang lelaki yang agak pemalu tapi berminat nak mula berniaga tepi jalan, pasar malam, pasar tani, bazaar karat dan seumpamanya. Tipsnya mudah je iaitu pakai topi. Aku sendiri pakai topi masa pertama kali berniaga tepi jalan sebab boleh cover sikit muka tu masa duduk tunggu pelanggan datang. 

Malu wooo pertama kali berniaga tepi jalan. Dulu aku pernah baca buku Robert Kiyosaki "Rich dad poor dad" ada sebut pasal kalau nak mula berniaga mesti start from small. Di antara yang aku ingat lagi dari buku tu Rome are not built in one day..haaa lebih kurang macam tulah ayat dia. Maknanya nak mulakan sesuatu yang besar kita mulakan dengan kecil.

Kalau nak berniaga memang terpaksa jadi famous ke? Sama ada terpaksa atau tidak, peniaga mesti jadi famous. Lagi famous lagi bagus. Kalau tak terkenal macam mana orang nak tahu product atau service kita bagus? Sebab itulah peniaga terpaksa jadi terkenal walaupun sekadar berniaga di tepi jalan cukuplah sekadar terkenal di kalangan penduduk kawasan perumahan terdekat.

Datuk Vida founder product Qu Puteh

Tidak perlu famous secara melampau macam Qu Puteh dengan tagline dia "Nak putih? Gunalah Qu Puteh barulah putih." Iklan Qu Puteh buat aku dengan orang rumah aku rasa menyampah nak tengok AJL 29 secara live. Kitorang lebih rela tengok siaran ulangan AJL 29 sebab terasa annoying sangat tengok iklan Qu Puteh macam tu berulangkali. Bukan kitorang je tak suka, Chef Wan pun tak suka tengok iklan Qu Puteh, tak mustahil ramai lagi orang kat luar sana tu tak suka tengok iklan Qu Puteh.

Chef Wan versi "Qu Puteh"

Apa-apa hal pun teknik iklan Qu Puteh memang berjaya sebab tengoklah orang dok sebut-sebut tagline iklan tu. Biarlah Datuk Vida dengan teknik marketingnya. Ada banyak duit bolehlah buat macam tu sekejap je dah jadi famous pada hal sebelum ni aku tak tahu menahu langsung pasal produk Qu Puteh.

Batman VS "Qu Puteh"

Kalau nak jadi pembeli tak payah famous pun takpe tapi bagi peniaga, famous itu penting selain menyediakan product atau service yang hebat. Jadilah peniaga yang terkenal dengan sifat jujur, pembersih dan penuh dengan perkara-perkara positif. Kalau terkenal sebagai peniaga yang kotor tu kategori famous jugak tapi famous dalam kategori negatif macam ni terkeluar dari tujuan asal post entry ni.

Tujuan aku tulis dalam entry ni, jadilah peniaga yang terkenal dengan kebaikan bukan terkenal dengan kejahatan. Bercakap dengan pelanggan biar lembut tapi bukan lembik gedik mengada-ngada nanti pelanggan meluat. Kalau tersalah kira harga product atau tersalah apa-apa dalam proses jual beli, jangan ego nak kata sorry/maaf pada pelanggan walaupun pelanggan jauh lebih muda dari kita. 

Jangan ingat orang muda bersalah je kena minta maaf dengan orang tua tapi orang tua yang bersalah pun kena minta maaf dengan orang muda. Betul tetap betul dan salah tetap salah tak kira orang muda atau orang tua. Bukan setakat cinta je tak mengenal usia, perkara betul dan salah pun tak mengenal usia jugak.

Product atau service yang disediakan biar mantap sampai tahap jadi bahan bualan orang. Haa ni kira dapat iklan secara percuma kalau pelanggan kita hebahkan pada keluarga, kawan-kawan dan sesiapa je lah yang dorang kenal. Review dari pelanggan seperti ini lebih dipercayai dari iklan-iklan kat luar sana tu. Nak tahu kenapa? Aku bagi satu contoh pengalaman aku berniaga.

Contohnya aku jual nasi lemak ayam, regular customer aku cerita kat orang lain ayam goreng aku rasa sedap macam ayam KFC tapi sambalnya pedas sangat. Hebahan dari pelanggan yang dah merasa sendiri product/service kita lebih dipercayai sebab pelanggan macam ni bukan dapat upah apa-apa pun so orang yang terima maklumat dari pelanggan seperti ini lebih telus dalam memberi maklumat.

Kalau nak banding dengan iklan atau testimonial yang keluar kat TV, Radio, suratkhabar, internet dll tu aku memang susah nak percaya sebab pelanggan-pelanggan atau "pelakon-pelakon" dorang disuruh buat macam tu untuk lariskan produk dorang. Hanya kata-kata manis dan baik-baik je yang keluar sampai aku rasa it's too good to be true. Anyway aku faham teknik marketing dorang mestilah nak promote kebaikan product atau service dorang takkan nak bagitahu perkara-perkara negative kan? Takde keburukan pun keluarkan testimonial macam ni cuma aku susah nak percaya kalau dorang melampau-lampau puji kebaikan product/service sendiri.

Kesimpulannya, buat semua peniaga atau yang baru nak jadi peniaga jadilah famous dengan perkara-perkara yang positif. Semoga berjaya!

4 comments:

  1. aku antara yang pemalu ni
    memang susah nak berniaga dan jumpa dengan orang/pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. malu tu permainan minda kita je lagi pun zaman sekarang guna internet pun boleh jual tanpa jumpa orang/pelanggan..

      Delete
  2. mula-mula malu..tapi lama-lama akan biasa juga!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu en.hanafi, biasala mula-mula je malu.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.