Tuesday, March 31, 2015

Apakah pekerjaan yang paling baik?

Dalam entry kali ini aku nak share sesuatu pasal pekerjaan paling baik menurut Rasulullah S.A.W.

Buatlah kerja dengan tangan sendiri

Pekerjaan apakah yang paling baik dan paling mulia? Melalui empat hadits shahih ini, Rasulullah S.A.W. menerangkannya kepada kita.

Dari Sa’id bin Umair dari pakciknya, dia berkata,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Beliau menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan semua pekerjaan yang baik.” (HR. Baihaqi dan Al Hakim; shahih lighairihi)

Dari Khalih, ia berkata,
سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَفْضَلِ الْكَسْبِ فَقَالَ بَيْعٌ مَبْرُورٌ وَعَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang pekerjaan yang paling utama. Beliau menjawab, “perniagaan yang baik dan pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri”(HR. Al Bazzar dan Thabrani dalam Al Mu’jam Kabir; shahih lighairihi)

Dari Ibnu Umar, ia berkata,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْكَسْبِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling utama?” Beliau menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan semua perniagaan yang baik.” (HR. Thabrani dalam Al Mu’jam Kabir; shahih)

Dari Rafi’ bin Khadij, ia berkata,
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ

Rasulullah ditanya, “Wahai Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik?” Beliau menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR. Ahmad dan Al Bazzar; shahih lighairihi)

Dari keempat-empat hadits tersebut, walaupun Rasulullah ditanya dengan istilah “pekerjaan yang paling baik” atau ditanya dengan istilah “pekerjaan yang paling utama”, ternyata jawapan baginda hampir sama iaitu pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan perniagaan yang baik.

Apa pendapat korang lepas baca hadis-hadis tu? Mungkin kerja dengan tangan sendiri yang dimaksudkan ialah kerja bersungguh-sungguh dan tidak meng'ular'? Mungkin kerja dengan tangan sendiri yang dimaksudkan ialah sediakan perkhidmatan contohnya tukang kasut, tukang jahit dan seumpamanya?

Walau apa pun pekerjaan korang sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri, buatlah dengan baik. Tak kira kerja makan gaji kecik atau gaji besar mahupun berniaga tepi jalan atau punyai banyak syarikat-syarikat besar, kerjalah dengan baik. Jangan rasuah, jangan pecah amanah, jangan dengki dan jangan buat sebarang bentuk perkara jahat dalam pekerjaan korang.

Sumber
Pekerjaan apa yang paling baik?

4 comments:

  1. Itulah yang umat Islam gagal laksanakan. Semua nak kerja kerajaan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu tapi apa boleh buat. asalkan dorang semua amanah OKlah..

      Delete
  2. antaranya ialah berbisness.. huhu

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.