Dalam entry kali ini aku nak share sesuatu pasal pekerjaan paling baik menurut Rasulullah S.A.W.
Buatlah kerja dengan tangan sendiri |
Pekerjaan apakah yang paling baik dan paling mulia? Melalui empat hadits
shahih ini, Rasulullah S.A.W. menerangkannya
kepada kita.
Dari Sa’id bin Umair dari pakciknya, dia berkata,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling
baik?” Beliau menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri
dan semua pekerjaan yang baik.” (HR. Baihaqi dan Al Hakim; shahih
lighairihi)
Dari Khalih, ia berkata,
سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَفْضَلِ الْكَسْبِ فَقَالَ بَيْعٌ مَبْرُورٌ وَعَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ
Nabi
shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya tentang pekerjaan yang paling
utama. Beliau menjawab, “perniagaan yang baik dan pekerjaan seseorang
dengan tangannya sendiri”(HR. Al Bazzar dan Thabrani dalam Al Mu’jam
Kabir; shahih lighairihi)
Dari Ibnu Umar, ia berkata,
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْكَسْبِ أَفْضَلُ ؟ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling
utama?” Beliau menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri
dan semua perniagaan yang baik.” (HR. Thabrani dalam Al Mu’jam Kabir;
shahih)
Dari Rafi’ bin Khadij, ia berkata,
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ
Rasulullah
ditanya, “Wahai Rasulullah, pekerjaan apakah yang paling baik?” Beliau
menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap
perniagaan yang baik.” (HR. Ahmad dan Al Bazzar; shahih lighairihi)
Dari
keempat-empat hadits tersebut, walaupun Rasulullah ditanya dengan
istilah “pekerjaan yang paling baik” atau ditanya dengan istilah
“pekerjaan yang paling utama”, ternyata jawapan baginda hampir sama iaitu pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan perniagaan yang
baik.
Apa pendapat korang lepas baca hadis-hadis tu? Mungkin kerja dengan tangan sendiri yang dimaksudkan ialah kerja bersungguh-sungguh dan tidak meng'ular'? Mungkin kerja dengan tangan sendiri yang dimaksudkan ialah sediakan perkhidmatan contohnya tukang kasut, tukang jahit dan seumpamanya?
Walau apa pun pekerjaan korang sama ada kerja makan gaji atau kerja sendiri, buatlah dengan baik. Tak kira kerja makan gaji kecik atau gaji besar mahupun berniaga tepi jalan atau punyai banyak syarikat-syarikat besar, kerjalah dengan baik. Jangan rasuah, jangan pecah amanah, jangan dengki dan jangan buat sebarang bentuk perkara jahat dalam pekerjaan korang.
Sumber
Pekerjaan apa yang paling baik?
Itulah yang umat Islam gagal laksanakan. Semua nak kerja kerajaan..huhu
ReplyDeleteBetul tu tapi apa boleh buat. asalkan dorang semua amanah OKlah..
Deleteantaranya ialah berbisness.. huhu
ReplyDeleteya bisnes antara kerja yang baik
Delete