Tuesday, March 17, 2015

Ikhlas Berniaga

Ikhlas lebih mudah disebut dari dilaksanakan. Buat sesuatu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran bukan mudah. Sebab itu kita selalu dengar orang cakap sedekah dengan ikhlas berbanding berniaga dengan ikhlas.

Bawa bertenang dan jadi ikhlas

Betul ke tak ada orang berniaga dengan ikhlas?

Dalam entry ni aku nak share sebenarnya dalam perniagaan pun boleh ikhlas. Contoh mudah ikhlas dalam perniagaan ialah menerima dengan hati terbuka segala hasil perniagaan untuk bulan ini sama ada untung banyak atau untung sedikit. Untung ke rugi ke tetap bersyukur barulah ikhlas.

Kalau rugi dalam perniagaan, terimalah dengan ikhlas. Bila hati ikhlas, kita lebih positif untuk menerima segala kelemahan sendiri dalam perniagaan. Bila ikhlas menerima teguran, kita dapat lebih banyak pengajaran untuk baiki kelemahan sendiri.

Kalau ada customer tak suka product/service kita, terima je dengan ikhlas mungkin ada hikmah di sebaliknya. Boleh jadi customer tu terlalu cerewet dan bakal menyusahkan usaha perniagaan kita dengan permintaan yang bukan-bukan. Kesabaran peniaga memang teruji kalau berdepan dengan customer cerewet ni.

Berniaga tepi jalan pun boleh jumpa customer cerewet. Ada customer beli bihun mintak kacang dengan ikan bilis sedangkan kacang dengan ikan bilis tu khas untuk customer yang beli nasi lemak je. Ada jugak yang beli kuih je tapi selalu minta kacang sebab anak dia suka makan kacang. Orang rumah aku kata kalau ada anak sendiri yang minta kacang dari peniaga tepi jalan, dia nak beli kacang dalam harga 50 sen dari peniaga tu sebab terasa macam pengemis kalau minta free macam tu je.

Ada customer yang beli nasi lemak kosong tapi nak kacang/ikan bilis lebih siap dengan timun sekali. Berapa harga nasi lemak kosong yang tak berapa nak kosong tu? RM1.00 sahaja. Tahu tak berapa harga nasi putih tanpa sebarang lauk kat kedai makan sekarang ni? RM1.50. Customer tu siap tanya atau sindir "Timun takde ke?" Kalau tak letak timun dalam nasi lemak kosong yang tak berapa nak kosong tu.

Cukuplah setakat tu je kisah customer cerewet yang aku kongsikan untuk korang. Aku berkongsi sebagai satu pengajaran untuk korang yang baru nak berjinak-jinak dalam perniagaan bukan aku nak memperlekeh customer sendiri. Peniaga dan pelanggan sama-sama ada kelemahan, it's a fact!

Kalau korang menghadapi benda yang sama macam yang aku kongsikan, korang anggap je itu sebagai sedekah. Dengan selalu bersedekah insyaAllah rezeki akan semakin bertambah dan melimpah ruah. Aku nasihatkan korang dan diri aku sendiri supaya sentiasa ikhlas berniaga.

6 comments:

  1. Layanan yang baik adalah salah satu tanda keikhlasan seseorang peniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu, layanan baik antara faktor dapatkan regular customer.

      Delete
  2. Rsgsm customer ni macam-macam, memang peniaga perlu pandai untuk tangani mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pandai tangani customer bermakna pandai jaga perniagaan sendiri jugak..

      Delete
  3. Keikhlasan perlu ada walaupun bukan ketika berniaga. Ketika berniaga lagilah penting kan, jangan hanya fikirkan untung semata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu Ikhlas perlu ada dalam kehidupan kita tak kira berniaga atau tidak. Ikhlas terima keuntungan, kerugian, kesenangan, kesusahan dll insyaAllah hidup berkat.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.