Friday, March 27, 2015

Jangan Pinjam Ah Long


KOTA BHARU - Seorang daripada tiga lelaki mengaku salah di mahkamah majistret, di sini, semalam, atas tuduhan mengedar risalah pinjaman wang tidak berdaftar atau ah long.

3 orang edar risalah ahlong ditahan
Leow Chee Yin, 21, berasal dari Alor Setar, Kedah, mengaku salah, sementara dua lagi yang menafikan tuduhan itu ialah Lim Soon Guan, 21, juga dari daerah sama dan Lim Ern Chiat, 42, dari Padang Besar Utara, Perlis.


Mereka berdepan tuduhan bersama-sama mengedar risalah itu kepada orang ramai di kawasan padang letak kereta di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, jam 10 pagi, pada 19 Mac lalu.

Tuduhan mengikut Seksyen 29 AA Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hukuman terhadap Chee Yin bagaimanapun ditangguhkan pada 26 April depan bersama sebutan semula ke atas tertuduh kedua dan ketiga.

Pendakwaan terhadap mereka dijalankan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan di hadapan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed.

Pada prosiding itu, Mohamad Nasrudin membenar mereka diikat jamin RM3,000 dengan setiap penjamin sementara kes disebut semula. Mereka menjelaskan jaminan tersebut.

Tertuduh kedua dan ketiga diwakili peguam, Ahmad Nuri Abdul Rahman, manakala tertuduh pertama tidak diwakili peguam.
--------------------------------

Begitulah petikan akhbar dari web sinar. Makin menjadi-jadi ahlong buat promosi sana sini. Kat tempat aku berniaga pun ada kertas/poster iklan ah long. Ada yang nampak macam size A4, ada yang besar sikit dan ada yang kecik sikit dari size A4.

Dah berapa kali aku nampak orang MBJB cabut iklan-iklan ah long kat tempat aku berniaga tapi tak sampai seminggu dah ada balik. Betul-betul ah long berusaha nak cari 'client'. Aku respect orang MBJB yang menjalankan tugas dorang, takde lak dorang nak saman aku berniaga tepi jalan.
 
Dah banyak dah kuar kat berita orang pinjam ah long jadi mangsa. Tak kira kaum melayu, cina atau india di Malaysia dah jadi mangsa ah long. Aku memang tak nak pinjam ah long walaupun aku ada plan nak majukan business tapi kalau ada sesiapa nak labur RM3 juta untuk aku buka restoran mewah...'kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan'.

Kalau tak mampu buat business besar-besaran buatlah business kecil-kecilan dulu. Jangan paksa diri bak kata pepatah "ukur baju di badan sendiri". Kalau nak cari idea buat bisnes dengan modal rendah, bacalah "9 Low Class Business You Shouldn't Underestimate".

Andaikata ada di antara korang dah terbuat pinjaman ah long, bayarlah hutang tu secepat mungkin. Kalau tak cukup, cuba try "Cara atasi masalah kewangan". Lepas habis bayar tu, jangan pinjam ah long lagi OK? Semoga dipermudahkan.

Sumber

Tiga lelaki didakwa edar risalah ah long

6 comments:

  1. memang bahaya kalau pinjam dengan along..cuba ikhtiar cara lain dapat kan duit pulak..

    Dapatkan Info Best Mobile Untuk Pasif Income

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mrhanafi biasanya orang yang terdesak pinjam dengan along tak fikir sangat pasal bahaya jangka masa panjang.

      Delete
  2. Nak pinjam senang tapi nak bayar balik hanya Tuhan tahu peritnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perit nak bayar satu hal, "denda" dari along lagi satu hal

      Delete
  3. bahaya pinjam dgn along.. time pinjam mmg boleh tp nak bayar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasal sebaik-baiknya jangan pinjam along..

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.