Friday, March 27, 2015

Tekanan GST semakin terasa

Dalam entry sebelum ni aku ada buat topic "Bahang GST semakin terasa" tapi kali ni aku nak cerita lagi pasal GST. Bukan aku minta dapat tekanan dari GST tapi memang dapat rasa tekanan GST masa berniaga tepi jalan.

Website GST

Berniaga tepi jalan pun boleh terasa tekanan GST?



Kalau tengok iklan GST kat TV, macam best je GST ni kan?  

Iklan GST kat TV memanglah best tapi realitinya? Dalam 2, 3 hari berniaga ni ada je customer cerita pasal GST. Bohonglah kalau tak terasa tekanan GST melainkan golongan kaya raya je yang tak terasa sangat dengan GST ni.

Ada satu orang customer cina nak beli sarapan tanya "Harga masih sama lagi tak?" Aku jawab je lah masih sama tapi tak tahulah lepas GST nanti. Nak tahu apa respons dia bila aku sebut pasal GST? Dia kata "Memang harga barang naiklah." dan beberapa ayat yang kurang enak didengar pasal GST.

Ada jugak 2 orang customer sorang melayu dan sorang cina berborak sesama dorang masa nak beli sarapan dengan aku. Dorang berborak pasal masalah GST kat tempat kerja dorang. Di antara perkataan yang aku ingat customer melayu tu seolah mengeluh kat customer cina "Kalau quotation takde GST kena buat balik."

Kalau ikut pemahaman aku, tempat kerja dorang nak quotation atau sebut harga yang dah termasuk GST sekali.  Takkanlah quotation tu untuk sebelum 1 April punya kan..Tak tahulah aku tempat kerja dorang. Aku tak masuk campur perbualan dorang, just dengar gitu-gitu je.

Itu baru kat tepi jalan, kat tempat lain mungkin ramai je yang bercerita pasal GST. Macamana kat tempat kerja korang? Tekanan GST semakin terasa?

Ready or not, GST is coming...

Lagu "GST" oleh Kastam


Lagu "Apa Khabar GST" oleh Mr.Bie


Reference
GST Malaysia

4 comments:

  1. GST pasti sahaja memeritkan. Benar tak semua barang yg dikenakan GST, tetapi banyak barang2 ptg yg dikenakan GST.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul perit, tadi pergi beli barang pun dah nampak banyak harga barang naik lepas kena GST

      Delete
  2. kdang kadang tu GST sgt membebankan..

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.