KOTA BHARU - “Saya reda dengan ketentuan ini sebagai ujian ALLAH SWT
kepada saya. Memang agak terkejut dengan serbuan ini, namun saya harap
dapat berniaga semula seperti biasa selepas ini."
|
Pemeriksaan oleh KPDNKK Kelantan |
Itu kata-kata pemilik restoran sup kepala ikan Pulau Pisang, Nik Mohd
Noor Muhamad atau lebih dikenali sebagai ‘Pok Mat’ selepas kedainya di
Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) diperiksa penguat kuasa Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan,
semalam.