Sunday, April 26, 2015

Cermin Van Pecah

Kira-kira pukul 9.15, tiba-tiba je bunyi berdentum habis retak seribu cermin belakang van aku masa tengah berniaga. Kejadian berlaku angkara pekerja potong rumput syarikat SWM (Solid Waste Management). Tarikh kejadian Khamis 26 April 2015.

Cermin belakang van retak seribu
Dah setahun lebih aku berniaga kat sini tapi inilah kali pertama cermin belakang van aku pecah.
Aku panggil pekerja mesin rumput tu. Aku bagitahu dah pecah ni, kena ganti. Pekerja tu cakap "Guna insurans. Van ni ada insurans kan?" Aku tak puas hati aku tanya dia siapa bos. Tak puas hati bukan sebab nak gaduh tapi cuma nak minta ganti rugi je.

Pekerja tu cakap "Bos ada kat hospital sakit kencing manis, darah tinggi."

Mungkin pekerja tu fikir kalau bos dia sakit kencing manis dengan darah tinggi aku akan lepaskan macam tu je? Mana boleh macam tu, aku tak nak berurusan dengan bos dia kalau pekerja tu sendiri boleh bayar ganti rugi cermin belakang van aku. Aku minta jugak nombor telefon bos dia. Nama bos dia Amir no telefon 0127697527.

Lepas bagi contact number Amir, pekerja tu terus pergi sambung kerja potong rumput. Aku pun telefonlah Amir. Aku perkenalkan diri aku Ahmad, aku bagitahu direct kat Amir yang pekerja dia dah pecahkan belakang van aku masa tengah potong rumput. Amir pulak jawab kalau ikut jadual hari ni takde orang potong rumput kat sana. Aku suruh dia sendiri cakap dengan pekerja potong rumput tu.

Aku off hp jap, aku pergi cari pekerja potong rumput tu. Siap tanya sorang lagi pekerja rumput yang aku terjumpa masa aku tengah mencari dia. Rupanya dah jauh dia berjalan adalah 100 meter atau lebih dari tempat aku berniaga.

Aku call semula Amir lepas tu aku bagi kat pekerja yang bertanggungjawab terhadap keretakan cermin van aku. Masa dia tengah bercakap dengan Amir, aku tunggu jelah. Lepas beberapa minit pekerja tu pulangkan semula hp aku sebab Amir nak cakap dengan aku lagi.

Aku pun sambutlah hp tu nak tau sendiri apa yang Amir nak cakap dengan aku. Amir kata kat aku yang dia cuma boleh ganti separuh je kos cermin van aku. Aku tanya balik kenapa tak boleh bayar penuh je. Dia jawab kalau nak bayar penuh kena report polis, claim insurans tunggu 3, 4 bulan.

Aku suruh dia sendiri datang atau amanahkan je duit ganti rugi kat pekerja dia untuk bayar kat aku. Dia kata kalau nak repair cermin van tu kena jumpa dia kat Shahbandar. Aku pun terpaksa meng"iyakan" aje sebelum off hp.

Pekerja potong rumput tu plak minta maaf kat aku. Dia kata banyak kereta yang dekat-dekat tapi van aku yang jauh jugak terkena masa dia tengah potong rumput. Aku cuma cakap berdoa je lah semoga dipermudahkan.

Masa nak balik berniaga, Kak Ita sendiri tengok cermin van aku. Kalau nak tahu, Kak Ita ialah orang yang menghantar berkotak-kotak makanan atas meja aku. Masa dia nak buat collection, dia terkejut tengok belakang van aku. Katanya "Teruk jugak...."

Kak Ita bagi pendapat kat aku kalau nak claim insurans memang leceh. Kak Ita kata leceh tu sebab dia sendiri pernah pergi report polis dan claim insurans masa bumper depan kereta dia pecah lepas accident, memang leceh. Baik jumpa orangnya minta ganti rugi secara direct walaupun separuh je.

Aku setuju dengan kata-kata Kak Ita kecuali bahagian minta ganti rugi "walaupun separuh je". Apa-apa hal aku kena jumpa dulu dengan Amir. Kalau aku kena keluar duit sendiri walaupun bawah RM50 untuk ganti rugi cermin van aku, aku rasa tak adil sebab bukan salah aku. Walaupun tak sengaja pecahkan, tapi tetap kena ganti rugi.

Kalau takde apa-apa kecederaan atau kerosakan contohnya terlanggar bahu masa berjalan memanglah tak payah ganti rugi tapi ini melibatkan harta atau aset yang rosak/pecah. Sengaja atau tak sengaja tetap kena bayar ganti rugi sekiranya menyebabkan kerosakan pada harta milik mangsa. Kalau tak bayar penuh memang sampai ke "sana" beban hutang ni tak hilang.

Balik dari berniaga aku call Amir lagi sekali, aku bagitahu nak jumpa esok(Jumaat) pukul 9 pagi. Amir kata kedai bukak pukul 10 pagi so aku OK je. Waktu malam pukul 8 lebih Kak Ita call aku bagitau kalau nak minta ganti rugi dengan orang tu, cakap baik-baik kat dia. Bagitaulah kita bukan orang senang, van tu guna untuk cari rezeki. Aku terima baik nasihat Kak Ita.

Pagi Jumaat dekat pukul 9 pagi, aku bukak bonet van aku. Aku sapu sikit serpihan kaca dalam van. Dalam pukul 9.15 lepas siap bersihkan serpihan kaca van, aku dengan orang rumah bergerak pergi ke Shahbandar. Aku dah pasang niat awal-awal tak nak berkeras dengan Amir masa jumpa nanti.

Dipendekkan cerita lepas sampai Shahbandar, aku jumpa Amir kat kedai Dr.Cermin. Orangnya bercermin mata nampak berumur mungkin 50 lebih, kurus melengkung badannya. Aku salam dia tapi muka dia serius je masa salam aku. Tangan dia tak genggam pun masa salam, mungkin dia ada penyakit ahmar atau sebarang penyakit yang menyebabkan tangan dia lemah.

Dia tanya aku ada report polis ke? Aku jawablah tak. Lepas tu dia kata kalau macam tu aku takkan dapat bayaran ganti rugi sepenuhnya sebab kalau nak claim insurans mesti ada report polis mesti ada gambar cermin van pecah. Pas tu dia berborak dengan sorang pekerja cina kedai Dr.Cermin.

Dia minta kurangkan harga tapi orang cina tu tak bagi. Amir siap cakap dah banyak bawak customer datang sini takkan tak boleh bagi diskaun. Orang cina tu siap kata cermin belakang van Toyota Liteace RM380 cukup murah, kalau pergi kedai lain RM450.

Banyak bawak customer? Nampak sangat dah banyak cermin kereta orang lain pecah gara-gara pekerja potong rumput dari SWM. Tak malu ke SWM kalau terkenal sebagai syarikat pemecah cermin kenderaan orang lain?

Lepas Amir berborak dengan cina tu dia kata kat aku lagi sekali dia takkan bayar penuh sebab aku tak buat report polis dan tak buat claim insurans.

Aku: Takkan tak boleh bayar penuh.. Saya ni bukan orang senang..
Amir: Saya pun bukan orang senang!

Amir seluk duit dari wallet dia pastu bayar aku RM240 je...

Amir: Saya dah bayar lebih separuh tau!
Ahmad : OK Encik Amir dah bertanggungjawab bayar tapi selebihnya potonglah gaji pekerja Encik Amir untuk ganti cermin saya.
Amir : Saya takkan potong gaji dia! Saya bukan orang kejam!
Ahmad : Habis tu saya yang tak bersalah kena keluar duit sendiri ganti cermin pecah tak kejam?
Amir : .... (terdiam sekejap)
Aku : Bolehlah kurangkan lagi harga.." (aku cuba negotiate dengan staff/pekerja Dr.Cermin)
Pekerja Dr.Cermin : Tak boleh.. Harga RM380.
Amir : Kalau nak murah pasang plastiklah!

Boleh tahan sial mulut Amir ni. Time aku cakap dengan orang lain sibuk je nak menyampuk tapi aku tak nak apa-apa kan dia. Aku sabar je.

Amir : Dah aku nak cepat ni! meh salam.

Aku pun salam tangan dia yang tak boleh nak genggam sangat tu.

Amir : Halal ye?
Aku : Encik Amir taknak bayar penuh jadi saya cuma nak cakap Allah maha adil.
Amir : Hei awak cakap apa ni?!
Aku : Sebab Encik Amir tak bayar penuh saya cuma cakap Allah maha adil.
Amir : Halal,  halal jelah!
Aku : Saya takkan cakap halal, saya cuma nak cakap Allah maha adil.
Amir : Ini kira adillah ni! (Sambil tangan lemah dia pecahkan retakan pada van aku)
Aku : Saya takkan cakap halal kalau Encik Amir tak bayar penuh.
Amir : Dia (pekerja potong rumput) tak sengaja pecahkan bukan dia mintak.
Aku : Memang tak sengaja tapi tetap kena ganti rugi jugak.
Amir : Awak meniaga kat situ kan?
Aku : Ya saya memang selalu meniaga situ.
Amir : Sepatutnya tak boleh meniaga situ, saya nak report.
Aku : Itu antara saya dengan orang MBJB tapi ini antara saya dengan Encik Amir.

Amir terdiam sekejap. Masa bercakap tadi bukan main lagi badan dia menggigil macam kesejukan padahal cuaca tengah panas ni. Bila aku tengok dia tak bercakap, badan dia pun berhenti menggigil. Aku cakap lagi kat dia.

Aku : Saya takkan cakap halal saya cuma nak ingatkan Encik Amir, Allah maha adil.
Amir : Eh awak ni orang melayu ke?
Aku : Saya orang Islam.

Sekali lagi Amir terdiam pastu berambus. Entah apa tujuan dia tanya aku melayu ke tidak. Ini bukan masalah perkauman tapi ini masalah ganti rugi cermin van aku. Tanpa buang masa aku kata kat pekerja Dr.Cermin bolehlah pasang cermin walaupun harga RM380. Aku tong-tong duit dengan orang rumah aku untuk cukupkan RM140 tambah RM240 dari Amir si mulut sial.

Kerja pasang cermin sedang dijalankan

Dekat 1 jam jugaklah tunggu dorang pasang cermin belakang van aku. Aku cakap kat orang rumah aku, aku serahkan Amir pada Allah. Aku tak nak cari dia untuk balas dendam. Orang rumah aku pun hangin dengar kata-kata Amir yang tinggi suara. Paling orang rumah aku benci bila Amir suruh pasang plastik je kat belakang van kalau nak murah. 

Ada betulnya jugak ketidakpuasan hati orang rumah aku. Orang rumah aku tak bersalah untuk meluahkan rasa benci dia tengok cara Amir bercakap dengan aku. Dahlah tak ganti sepenuhnya, cakap kasar pulak tu. Aku tenangkan orang rumah aku supaya bersabar dan ingatlah Allah maha adil.

Amir atau mana-mana bos/staff dari SWM, aku nak bagitau kalau ada lagi pekerja-pekerja korang yang dah pecahkan cermin kenderaan orang lain masa potong rumput walaupun tak sengaja korang sepatutnya tanpa segan silu minta maaf dengan pemilik kenderaan selain bayar ganti rugi. Jangan ego! Aku boleh ajar cara-caranya. Korang boleh cakap macam ni sebagai contoh..

"Saya Amir wakil dari SWM minta maaf sangat-sangat. Kejadian ni tak disengajakan. Kalau takde buat report polis dan claim insurans, saya betul-betul minta maaf sebab tak dapat tolong sepenuhnya. Sekali lagi saya minta maaf dan saya harap tuan/puan sudi maafkan kesalahan pekerja saya juga."

Kalau macam tulah yang Amir cakap kat aku masa jumpa boleh je aku halalkan tapi apa boleh buat? Tak ganti sepenuhnya satu hal ditambah lagi tak tahu nak minta maaf, cakap berdegar-degar seolah-olah aku yang bersalah dalam hal ni.

Mungkin aku dipandang salah dalam hal ni sebab berniaga tepi jalan cari rezeki halal tanpa lesen dari MBJB. Mungkin juga aku dipandang salah dalam hal ni sebab tak report polis dan claim insurans. Tapi ingatlah Amir dan semua pekerja-pekerja SWM tak kira apa pangkat sekali pun, di padang mahsyar takde gunanya report polis, insurans murans ni.. Betul tetap betul dan salah tetap salah.

Bila aku search pasal SWM kat internet aku terjumpa satu artikel pasal "Tuntutan kepada SWM menyusahkan". Dalam artikel tu, mangsa siap buat report polis nak claim insurans. Senang ke? Tetap susah jugak... Kalau tak percaya boleh baca sendiri kat sumber yang aku sediakan.

Sumber
Tuntutan kepada SWM menyusahkan

8 comments:

  1. pernah dulu kena skali dkat cermin kereta savy.. huhu

    ReplyDelete
  2. kesian, RM140 bukan senang cari, lagi buang masa sehari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal RM140 bukan kecil nilainya. Terima kasih sudi komen dan memahami situasi kitorang.

      Delete
  3. Kena 25 ogos 2016....cermin blakang..sampai sekarang x dpt ganti rugi...report semua dah buat ambil gambar semua...kata paling lambat 3 bulan...ni dah nak masuk 4 bln

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu yang susahnya dorang ni. Dah pecahkn cermin kereta liat pulak nak bayar. Dorang tak patut buat macam tu.
      Awak terkena dengan company SWM juga ke?

      Delete
  4. Di Jenaris Kajang pun ada kes; Tuan rumah bawa kes cermin kereta pecah ini ke Mahkamah tapi kalah sebab di seberang jalan bukan parkir di depan rumah. Jika di depan rumah memang boleh klim dengan pihak yang tebas/potong rumput. Pulak!!!.

    Isunya mana ada ruang depan tu muat dua tiga buah kenderaan kecuali kena masuk juga ke dalam rumah. Berapa buah yang muat jika rumah Kos Rendah macam sy ni; dua buah kereta muatlah. Huh memang susah duduk di kota ini.

    Bagaimana kalangan kita yang ada dua atau lebih dari dua buah kereta???.

    Saya mencadangkan agar kerajaan mengambil perhatian serius perkara ini. Tidaklah mana-mana pihak terkilan atau rugi kerana kemalangan tak disengajakan begini.

    Saya pun pernah terkena sekali cermin kereta saya pecah ketika saya parkir depan rumah di seberang jalan (setentang rumah) terpaksa keluar duit sendiri sebab siapalah nak mengaku bilamana tau-tau ianya telah bersepai bukan di depan mata saya; cermin depan pula tu!

    Agar orang yang empunya angkara di dunia sana nanti hanya punya syurga tapi bocor atau tiada bumbung!!!.

    Paling tidak mintalah maaf dengan saya! si empunya angkara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham macam mana perasaan anda. Kalau si empunya angkara tahu betapa dahsyatnya api neraka mesti dia minta maaf bersungguh-sungguh dan ganti 100% cermin kereta yang dia pecahkan.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.