Biasa dengar perkataan "pekerjaan tetap" atau "pendapatan tetap"? Ada beza atau sama maksud je kedua-dua perkataan tu?
Adakah kerja tetap itu sama dengan pendapatan tetap? |
Aku terfikir orang yang bekerja makan gaji dapat pendapatan tetap setiap bulan. Kalau aku dengar perkataan "pendapatan tetap" pun memberi maksud yang sama pada aku pada masa dulu...
Kenapa masa dulu? Sebab sekarang aku tak anggap kerja tetap tu untuk orang yang berpendapatan tetap sahaja. Ada juga orang yang kerja tetap tapi pendapatan tak tetap. Pada pendapat aku, kerja tetap ialah kerja dalam bidang tertentu sahaja sama ada dibayar gaji atau hasil perniagaan/kerja sendiri.
Contoh mudah kerja sebagai security guard. Seorang security guard buat kerja yang sama setiap hari, setiap bulan jaga keselamatan tempat tertentu dengan bayaran RM800 setiap bulan. RM800 tu basic salary dia tak termasuk OT atau elaun. Gaji dia setiap bulan kadang-kadang RM900, RM1050 dan paling tinggi RM1600 kalau banyak buat OT. Kerja security guard tu hanya sebagai contoh kerja tetap.
Mechanic pun boleh jadi contoh kerja tetap juga. Kalau seseorang mekanik tu bekerja untuk sebuah bengkel milik tauke cina selama 6 hari dalam seminggu tapi dia ada buat kerja sendiri servis kereta kat belakang rumah dia pada hari ahad. Gaji dari tempat dia kerja sebulan RM900 tambah kerja sendiri kat belakang rumah anggaran RM100 atau RM300 setiap bulan bermakna pendapatannya setiap bulan antara RM900 hingga RM1200. Pendapatan mekanik tersebut tak tetap walaupun bekerja tetap.
Habis tu bukan tetap ke pendapatan security guard dengan mekanik tu? Tak kiralah gaji dorang RM1000 sebulan ke RM2000 sebulan ke kan setiap bulan ada duit walaupun tak menentu berdasarkan OT, elaun atau apa-apa imbuhan dari pihak majikan? Maknanya kerja tetap tu samalah dengan pendapatan tetap....Ya ke?
Macam mana pulak dengan orang yang bekerja sendiri? Biasa dengar kan orang kerja sendiri atau berniaga ni pendapatan tak tetap. Ada masa naik ada masa turun. Namun, setiap bulan masih ada pendapatan.
Aku ambil contoh pakcik peniaga pisang goreng petang-petang kat Taman Daya. Stall dia kat sebelah tempat aku berniaga tapi aku berniaga waktu pagi sedangkan dia berniaga waktu petang. Ada satu orang customer nyonya peminat bihun masakan orang rumah aku pernah bagitau pakcik yang berniaga pisang goreng tu satu hari boleh dapat dekat RM1000.
Aku tak nafikan kata-kata nyonya tu sebab memang tak mustahil untuk dapat angka tu dalam sehari berniaga tepi jalan. Aku sendiri pernah singgah beli kat tempat dia. Ada pisang goreng, keropok lekor, karipap, air kelapa, air tebu...banyak jugaklah dia jual. Sebab tu tak mustahil RM1000 sehari kalau habis jual semua barangannya.
Seandainya hujan lebat pada waktu petang, aku rasa pakcik tu nak cecah RM100 pun susah sebab tak ramai yang beli. Tapi masih ada pendapatan walaupun sedikit. Lepas tolak modal berniaga dapat untung bersih setiap bulan tu tak dikira pendapatan tetap ke? Atau pun pendapatan tetap ni untuk orang kerja makan gaji sahaja?
Aku faham mentaliti orang kita pasal kerja tetap dengan pendapatan tetap ni. Bagi dorang kerja tetap dan pendapatan tetap membawa maksud yang sama. Kerja makan gaji yang ada pendapatan setiap bulan tu baru dinamakan kerja tetap bagi dorang.
Perkakas untuk kerja sebagai "Cleaner" |
Pada pendapat aku orang kerja tetap ialah orang yang buat kerja dalam bidang tertentu sahaja contohnya peniaga makanan. Orang yang fokus buat perniagaan makanan tu adalah contoh kerja tetap. Orang yang fokus sediakan perkhidmatan pelancongan pun contoh kerja tetap jugak. Cuba korang tengok "9 Low Class Business You Shouldn't Underestimate" pun boleh jadi kerja tetap jugak.
Tak kira orang kerja makan gaji atau kerja sendiri yang fokus pada bidang kerjanya dipanggil kerja tetap. Kalau orang tu kerja jadi cashier lepas tu jadi cleaner pas tu kerja operator kilang kemudian kerja jual prepaid kat kedai handphone pas tu jadi editor suratkhabar pas tu jadi technician pas tu jadi reporter dan macam-macam jenis kerja dibuat secara tak tentu arah dinamakan kerja tak tetap walaupun setiap bulan ada pendapatan tetap.
Apa pulak pendapat korang pasal kerja tetap dan pendapatan tetap?
Kalau berani menceburi bidang perniagaan, itu yang sebaik-baiknya..
ReplyDeleteBetul tu, kalau berani jadikan perniagaan sebagai kerja tetap memang terbaiklah.
Deletejadilah bisnessbgai pekerjaan tetap.. huhu
ReplyDeletepilihan yang bagus
Delete