Tuesday, April 28, 2015

Restoran sup kepala ikan diserbu

KOTA BHARU - “Saya reda dengan ketentuan ini sebagai ujian ALLAH SWT kepada saya. Memang agak terkejut dengan serbuan ini, namun saya harap dapat berniaga semula seperti biasa selepas ini."

Pemeriksaan oleh KPDNKK Kelantan
Itu kata-kata pemilik restoran sup kepala ikan Pulau Pisang, Nik Mohd Noor Muhamad atau lebih dikenali sebagai ‘Pok Mat’ selepas kedainya di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) diperiksa penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan, semalam.

Pemeriksaan itu dibuat setelah dua laporan diterima daripada pelanggan berhubung harga dikenakan untuk sup kepala ikan mencecah RM130 sehingga RM150 semangkuk.

Restoran yang beroperasi sejak dua tahun lalu menyediakan hidangan sup kepala ikan  bersama teh tarik madu sebagai menu utama, selain lauk-pauk lain yang turut menjadi pilihan pelanggan.

Pengarah KPDNKK Kelantan, Datuk Ab Ghani Harun berkata, hasil semakan terhadap bil di restoran terbabit mendapati, hidangan sup kepala ikan yang dihidangkan kepada pelanggan, sememangnya dijual pada harga seperti dalam aduan.

“Kita siasat ekoran harga semangkuk sup kepala ikan agak tinggi dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 57 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

“Sebelum ini pada 22 April lalu, kita ada serahkan notis kepada pihak berkenaan untuk beri sebab kepada kami berhubung harga mahal dicatut dalam hidangan makanannya, namun sehingga semalam, kami masih belum terima notis jawapan daripadanya," katanya.

Ab Ghani berkata, oleh kerana gagal menjawab notis yang diberikan dan setelah siasatan dibuat, pihaknya menyerahkan kes tersebut kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, sama ada dikenakan kompaun atau sebaliknya. -Sinar -


Amboi mahalnya sup kepala ikan restoran dia. Aku tak suka makan kepala ikan tapi lain orang lain selera so kepala ikan ni ada peminatnya yang tersendiri. Entah kepala ikan apa tah yang diorang guna buat sup sampai RM130 - RM150 semangkuk.

Sekurang-kurangnya restoran ni bukan kantoi dari segi kesihatan atau "health" dalam bahasa orang putih. Cuma kantoi pada harga yang terlalu mahal. Dari segi kebersihan, no problem. InsyaAllah boleh pergi lagi jauh restoran ni lepas kurangkan harga.

Sumber

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.