Tuesday, April 28, 2015

Tolak ansur

Bila kita berbudi bahasa insyaAllah kita ada sikap tolak ansur bila orang lain cari pasal dengan kita. Kalau kita takde budi bahasa bermakna kita kurang ajar. Tolak ansur sangat penting bukan sahaja dalam perniagaan tapi dalam kehidupan seharian kita jugak.

Kenderaan JJU 98 "makan" parking orang lain
Kenapa tajuk entri kali ni "Tolak ansur"? Teruskan membaca..

Kejadian berlaku pada hari Selasa kira-kira 2.20 petang masa lepas aku parking tiba-tiba je ada kereta besar parking sebelah kiri kereta aku. Orang rumah aku sampai tak boleh keluar. Jadi aku tunggulah sekejap mungkin dia nak betulkan parking supaya orang rumah aku boleh bukak pintu nak keluar. So kitorang tunggulah dalam kereta lebih kurang 1 minit. Kereta besar tu tak berganjak pun dari situ...

Masa ni orang rumah aku dah mula rasa marah kat driver sebelah. Aku tak nak cari gaduh, aku terus drive cari parking tempat lain. Syukurlah ada parking kosong kat depan, takdelah susah payah aku nak cari parking jauh-jauh.

Kereta high standard tak bermakna pemandunya pun high standard
Sepatutnya pemandu kenderaan JJU 98 keluar cari tempat parking lain. Kalau tak nak susah-susah cari tempat parking lain, betulkanlah tempat parking tu supaya tak menyusahkan orang sebelah nak keluar dari kereta. Jangan ingat kita pakai kereta mewah, kita boleh ego.

Lepas aku parking kereta kat tempat lain takde pulak pemandu kereta JJU 98 datang kat aku atau orang rumah aku minta maaf sebab dah menyusahkan. Tak payah susah payah nak berlutut bagai, cukuplah sekadar kata maaf atau sorry. Bukan salah orang rumah aku kalau nak kata pemandu kereta JJU 98 ni takde otak.

Aku faham perasaan orang rumah aku sebab kitorang dah dapat parking elok je dalam petak kuning tu. Memang tak ganggu orang sebelah kiri atau kanan nak bukak pintu tiba-tiba je datang kereta besar JJU 98 ni "makan" parking sebelah kereta kancil aku. Ya aku tahu aku naik kancil je jadi aku terpaksa mengalah?

Memang aku mengalah pun sebab tu aku cari parking lain. Aku cuba bertolak ansur walaupun pemandu kereta JJU 98 yang bersalah dalam hal ni. Dari segi parking kereta pun kita boleh tahu orang tu jenis yang bertolak ansur atau ego.

Kalau korang dalam situasi aku, apa korang buat?

2 comments:

  1. mesti ade sikap tolak ansur antara satu sama lain..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu, ada tolak ansur boleh elak pergaduhan.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.