Wednesday, May 6, 2015

Viral Bagus Untuk Perniagaan?

Sebelum aku cerita lebih lanjut pasal viral, korang tau tak apa itu viral? Perkataan viral amik dari perkataan virus. Sebaran gambar, video atau sebarang maklumat yang meluas di internet secara berulang-ulang dipanggil viral.

Viral definition from Google

Boleh tak gunakan viral untuk bisnes?


Kalau kena caranya, viral boleh melonjakkan populariti perniagaan individu atau syarikat. Biasanya video lawak jadi pilihan orang Malaysia. Kalau kat whatsapp aku ada je orang kongsi video atau image lawak. Selain lawak, kategori ganas pun jadi pilihan orang ramai jugak kat Malaysia ni. Bagi beberapa contoh lagi mudah nak faham kan? So check it out!

Ingat lagi dulu Siti Aisya Adam isteri kepada Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) marah security guard kat Airport Subang. Videonya jadi viral masa hujung tahun 2013. Tahun 2015 kita dikejutkan pulak dengan pergaduhan driver taxi dengan budak-budak perempuan naik Myvi. Videonya jadi viral jugak.

Itu contoh sikit je. Ada banyak lagi video lain yang dah jadi viral kat internet. Budak-budak senior buli budak-budak junior pun jadi viral jugak. Macam-macam viral ada.

Budak-budak pompuan myvi gaduh dengan driver teksi

Sebagai peniaga jangan gunakan perkara negatif untuk dijadikan viral. Kalau ada sesuatu yang negatif, cuba cari perkara positif di sebaliknya. Sebagai rakyat Malaysia, korang mseti ingat peristiwa Najib persoalkan rakyat kenapa tak puji kerajaan sedangkan harga kangkung dah turun. Kangkung yang tak bersalah terus jadi viral sampai ke luar negara. Siap ada  pemilik kedai kopi amik kesempatan jual kopi O bayar guna kangkung.

Screenshot Artisan Coffee viral di Youtube
Sekarang ni GST yang jadi viral. Lagu parody "Apa Khabar GST", lagu "GST" dari pihak kastam dan banyak lagilah orang dah buat video pasal GST. Tersebar merata-rata di internet pasal GST.




Makcik dari Melaka meluahkan rasa benci akan pelaksanaan GST

Buat masa ni GST masih lagi menjadi topik hangat seluruh Malaysia. Sebagai contoh kalau jual burger tepi jalan, try buat video pasal burger dan kaitkan dengan GST. Buat secara lawak, sindir atau kata-kata direct to the point je kelemahan GST. Letak tajuk "Burger BerGST Bergembira". Itu contoh je buat masa ni, korang boleh fikirkan sesuatu yang lebih kreatif.

Lama-kelamaan isu GST ni mungkin senyap juga walaupun cukai GST membebankan rakyat Malaysia. Bila dah senyap isu GST, fikirkan perkara selain GST pula untuk di'viral'kan. Kalau perniagaan atau perkhidmatan korang berjaya di'viral'kan, insyaAllah meletup-letup hasil perniagaan/perkhidmatan korang tu.

Trylah buat satu video viral sendiri. Mungkin video pertama yang dihasilkan nampak macam bodoh-bodoh je tapi mana tau jadi viral jugak? Bak kata peribahasa "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."

Semoga sukses mengviralkan perniagaan/perkhidmatan sendiri!

p/s: bukan setakat video je boleh jadi viral.

Beli kopi bayar guna kangkung
Video beli kopi guna kangkung
Pemandu teksi bergaduh dengan gadis ditahan polis

4 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.