Wednesday, June 3, 2015

10 Makanan Pilihan Pelanggan Bazar

Sebelum ni aku dah cerita pasal "Berniaga tepi jalan di bulan Ramadhan", kali ni nak cerita pasal bazar pulak. Sepanjang pengalaman aku yang setahun jagung dalam perniagaan di bazar Ramadhan, faktor menarik perhatian orang ramai ialah makanan yang sedap.

10 Makanan Pilihan Pelanggan Bazar

Faktor kebersihan, pembungkusan dan layanan baik dari peniaga pun menjadi daya penarik tapi dalam topik ni aku fokus pada makanan yang laris di bazar.

Lain bazar mungkin lain top 10 makanan pilihannya. OK tanpa buang masa jom baca Top 10 makanan yang ramai orang beli sepanjang pengalaman cetek 2 tahun aku berniaga di Bazar Ramadhan Jalan Pinang, Taman Daya

10. Dadih

Dadih
Aku sendiri penjual dadih sejak 2013 di bazar Taman Daya. Kenapa dadih termasuk top 10 makanan pilihan pembeli di bazar? Sebab aku ternampak 2 orang peniaga yang tak jual dadih tahun 2013 dah mula jual dadih pada tahun 2014. Nampak sangat permintaan dadih tak boleh dipandang rendah di bazar Ramadhan.

9. Apam coklat
Apam coklat
Sambutan pembeli apam coklat memang mantap sampai ada peniaga bazar sendiri minta aku letak apam coklat untuk dia jual kira tolak harga rendahlah kat dia. Terus terang ikutkan hati aku tak nak letak apam coklat kat mana-mana peniaga pun sebab aku nak jual sendiri je...bukan sebab tamak tapi biar kita jadi peniaga yang saling melengkapi kekurangan peniaga lain. Sebagai contoh sesiapa nak cari apam coklat boleh beli dengan aku, sesiapa yang nak cari kuih keria cari kat peniaga A, sesiapa nak cari nasi beriani cari peniaga B dan seumpamanya.

8. Ikan bakar
Ikan bakar credit to flickr
Aku kenal sorang peniaga ikan bakar katanya kalau jual kat pasar malam 'tak jalan' tapi kalau kat bazar Ramadhan lain ceritanya. Bayangkan 20 kg ikan mentah boleh habis dibakar dan dijual kesemuanya. Tapi dengan syarat sambal dia kena sedap dan jangan malas halau lalat. Pernah ada kes pelanggan sakit perut makan ikan bakar akhirnya berpindah beli kat sorang peniaga ikan bakar di bazar yang sama namanya AbdulRahman. Orangnya memang jaga kebersihan dan jaga solat so tak perlu risau kalau beli ikan bakar dengan dia.

7. Popia
Popia basah credit to The Star

Kat bazar tempat aku berniaga takde pun orang jual popia inti udang atau inti ayam. Popia yang aku perhatikan kat sini, popia inti sayur dengan popia sira atau popia sambal. Popia basah pun ada orang jual tapi siap bungkus setiap gulunglah. Aku tak nampak pun orang jual popia basah siap masak kat situ jugak sedangkan ada permintaan popia basah. Kalau popia goreng, try letak inti udang atau inti ayam InsyaAllah ramai je yang mencari sebab tahun lepas aku terdengar ada pelanggan mengeluh tak jumpa popia inti ayam/udang. Kalau setakat popia sayur banyak je orang jual.

6. Ayam golek
Ayam golek credit to knizam
Mahal ayam golek satu ekor kurang seringgit dari RM20. Itu harga tahun lepas tak tahulah harga tahun ni macam mana. Aku kalau kat bazar tak mencari ayam golek sebab mahal bagi aku tapi lain orang lain selera dan lain tahap ekonominya. Kuahnya memainkan peranan yang penting untuk menaikkan lagi kesedapan ayam golek. Mahal tapi ramai yang mencari so ayam golek tersenarai top 10 makanan terbaik di bazar.

5. Ayam percik
Ayam percik credit to ediblyasian
Aku perhatikan ada sorang peniaga ayam percik ni asap dia punyalah tebal berkepul-kepul tapi ramai jugak orang tak pakai topeng gas pergi beli. Ayam percik memang sedap, aku sendiri mencari jugak ayam percik tapi masalah asap terlalu tebal tu aku sendiri tak tahu macam mana nak buat supaya tak menganggu peniaga dan pelanggan di bazar. Anyway, ayam percik tetap aku masukkan dalam top 10 makanan kegemaran pelanggan di bazar memandangkan ramai orang beli.

4. Epok-epok
epok-epok
Aku sendiri jual epok-epok. Orang Johor tak mainlah makan karipap. Epok-epok 3 kaliganda lagi sedap dari karipap. Epok-epok tak kira bulan Ramadhan atau bukan tetap menjadi pilihan orang ramai. Jual epok-epok goreng dari rumah pun ramai orang beli, kalau goreng kat bazar insyaAllah lagi menarik perhatian orang ramai nak beli.

3. Kebab
Kebab credit to ummuammar76
Kalau bukan bulan puasa aku tak mencari sangat kebab. Tapi kalau bulan puasa, tak tahulah kenapa memang aku mencari kebab. Bukan aku je mencari tapi orang lain pun mencari kebab di bulan puasa. Kalau kat bazar takde orang jual kebab rasa macam ada yang tak kena je.

2. Roti John
Roti John credit to addgrainonearth
Roti John yang sedap, mesti ada rasa isi ayam atau daging bukan setakat rasa telur dan marjerin je. Bertambah sedap bila ditambah cheese! Pernah sekali aku try beli Roti John cheese daging dari sorang brader tahun 2013. Sejak dari tu, roti john cheese daging dah jadi favourite food aku di bulan puasa. Aku perhatikan dalam banyak-banyak peniaga roti john cuma brader ni sorang je yang jual roti john cheese daging/ayam kat bazar ni tapi tak tahulah kalau aku salah pandang.

1. Murtabak
Murtabak credit to hungrygowhere
Kat bazar tempat aku meniaga ada ramai orang beli murtabak dari satu orang pakcik ni. Sampai aku dengan orang rumah gelar dia "Murtabak beratur". Setiap hari di bazar, orang beratur beli murtabak dia. Aku kagum dengan pakcik ni sebab dia fokus jual murtabak je iaitu murtabak ayam dengan murtabak daging. Aku sendiri pernah beli "murtabak beratur" masa dah tinggal 3,4 orang dalam satu barisan. Bila makan je murtabak ni waktu berbuka peh memang sedap! Patutlah orang sanggup beratur nak beli.

Begitulah senarai 10 makanan pilihan pelanggan di Bazar Ramadhan Jalan Pinang, Taman Daya, Johor Bahru. Semoga senarai ni serba sedikit memberi idea kepada bakal-bakal peniaga di bazar tak kira sama ada di Johor atau negeri-negeri lain di Malaysia. Seandainya makanan yang nak dijual tak termasuk dalam senarai dalam entri ni pun tak bermakna tak ramai orang nak beli. Asalkan sedap dan harga berpatutan insyaAllah ramai je yang beli. Lain bazar mungkin lain makanan pilihan pelanggan. 

Contohnya tahun lepas aku jual nasi tomato orang rumah aku buat sepenuh hati siap ada 3 pilihan lauk ayam, daging dengan kambing tapi tak ramai pun yang mencari. Hasil research di internet termasuk pemerhatian aku sendiri di bazar tempat aku meniaga; orang Johor lebih suka nasi briyani berbanding nasi tomato tapi orang Pahang lebih ramai mencari nasi tomato dari nasi briyani. Itu pasal lain tempat lain selera pelanggannya.

Ada sorang pakcik misai tebal jual nasi tomato RM4.00 dengan nasi briyani RM5.00, hampir setiap hari dapat balik sebelum 6.30 pm. Aku tak masukkan dalam senarai sebab dia jual murah dari harga standard sedangkan harga standard peniaga-peniaga lain nasi tomato RM5.00 dan nasi briyani pulak antara RM6.00 hingga RM8.00 bergantung pada lauk.

Itu belum lagi ada orang jual kuih 4 biji RM1.00. Harga standard orang jual 3 biji RM1.00 dan ada yang jual 5 biji RM2.00. Secara logik mestilah orang nak beli yang murah je. Aku cuma senaraikan makanan yang dijual pada harga standard tapi masih ramai yang beli. Mentaliti pelanggan ialah pertama murah kedua baru rasa maknanya fikir murah dulu, rasa sedap atau tak tu belakang kira. Takde undang-undang pun nak halang orang jual murah dari harga standard so biarkan je lah dorang.

Apa-apahal aku ucapkan semoga berjaya berniaga di bulan Ramadhan!

2 comments:

  1. dh nak dkat puasa pasti makanan2 ni jdi plhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang da habis puasa tapi orang mencari jugak kan makanan yang tersenarai tu.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.