Kalau korang dah baca entri "Pengalaman berniaga di bazar", aku ada mention sikit pasal Pakcik Noh dengan anaknya Adli. Nama dorang tu ada kena mengena dengan pengalaman aku berniaga di pasar malam.
3 pasar 3 pengalaman |
Awal tahun 2013, sebelum aku menceburkan diri dalam perniagaan pasar malam, aku ada buat research sikit. Biasalah pasar malam bukan setiap hari di tempat yang sama so aku kena check dari hari Isnin sampai hari Ahad, pasar malam kat Johor Bahru ni kat mana. Aku jumpa jadual pasar malam kat website MBJB. Nak buat research online senang je tapi nak mencari tapak secara offline tu nak kena tebalkan muka.
Jadual pasar malam di Johor Bahru |
Aku mula tebalkan muka nak cari tapak niaga kat Pasar Malam Jalan Nibong, Taman Daya pada hari Sabtu. Bila sampai je pasar malam Taman Daya, aku blur sekejap. Aku tak tahu nak tanya siapa, nak jumpa siapa kalau nak berniaga kat sini. Kalau datang sebagai pembeli senanglah so aku jadi pembeli sekejap.
Aku berjalan sambil berfikir apa aku nak beli dan pada siapa aku nak tanya pasal berniaga di pasar malam. Tiba-tiba aku dapat ilham nak beli minyak wangi sebab kebetulan minyak wangi kat rumah aku pun dah tinggal sikit. Aku beli sebotol minyak wangi kecik RM10 bau dia mula-mula keras, lama-lama jadi lembut. Macam magic plak minyak wangi ni.
Aku pun tanyalah peniaga minyak wangi pasal hasrat aku nak berniaga sini. Dia kata kena jumpa ahli persatuan kawasan sini atau jumpa sendiri pegawai MBJB yang sekali-sekala datang. Dari sini aku dapat tahu sorang peniaga jual macam-macam nasi memang ahli persatuan kawasan Jalan Nibong so aku direct tanya kat dia. Aku perhatikan orangnya memang jual macam-macam kat tapak dia meniaga, ada nasi ayam, nasi tomato, ayam percik dan macam-macamlah.
Peniaga aka ahli persatuan pun tunjukkan tempat untuk aku berniaga. Tempat aku berniaga belah hujung sebelah orang jual air. Bila dah tahu tempat, aku pun OK je lah minggu depan baru nak start berniaga. Aku tak naklah penat-penat buat nasi ayam tiba-tiba tak dapat tempat berniaga kan susah? Sebab tu aku nak confirmkan tempat aku berniaga dulu minggu ni then minggu depan baru bawak segala keperluan untuk berniaga.
Pada minggu depannya aku betul-betul datang bawak nasi ayam dalam periuk besar. Lauknya aku asingkan kecuali pelanggan sendiri yang minta aku bungkus satu kali dalam polisterin. Hari pertama berniaga bolehlah dapat jual 7 bungkus je.
Berapa tapak sewa pasar malam? RM4.00 je. Orang yang kutip duit tapak ada bagitau aku kena amik lesen dari MBJB sebab kalau ada pegawai MBJB ronda nanti takde masalah. Aku pun mula terfikir nak amik lesen tapi kena tengok hasil jualan sama ada berbaloi amik lesen atau tak.
Dekat sebulan berniaga, aku cuba ubah jual nasi tomato sebab nasi ayam kurang sambutan. Aku jual nasi tomato ada lauk ayam, daging dengan kambing. Masih kurang sambutan, orang yang beli pun peniaga burger/kebab. Segan aku dibuatnya, pada masa yang sama aku respek dia sebab dah bagi aku semangat dengan membeli nasi tomato kambing.
Tak sampai 2 bulan, aku terpaksa stop berniaga pasar malam Jalan Nibong, Taman Daya. Aku nak kaji betul-betul kelemahan aku. Mungkin nasi tomato kurang permintaan? Atau aku kena bertahan setahun baru ada sambutan? Mungkin berniaga nasi tomato bukan untuk aku? Walau apa pun kelemahan aku dalam perniagaan, aku takkan putus asa dalam perniagaan!
Awal tahun 2013, aku try plak cari tapak kat Pasar Malam Kampung Setanggi. Kali ni aku tak nak jual nasi-nasi lagi. Aku nak jual rumpai laut sebab aku perhatikan kat pasar malam susah nak jumpa buat masa ni.
Masa aku jalan-jalan kat pasar malam Kampung Setanggi, aku ternampak peniaga jual mee kawah. Aku kenal dia ni masa berniaga kat bazar Smart tahun 2012. Tak tahu nama tapi aku cam muka dia. Aku tanya dia yang aku nak berniaga kat pasar malam Kampung Setanggi so aku nak minta izin siapa. Orang rumah dia bagitau aku kena jumpa Pakcik Yasir siap tunjuk rumah dia lagi.
Aku pergilah rumah Pakcik Yasir yang tak jauh dari tempat peniaga mee kawah. Aku bagi salam kat rumah Pakcik Yasir, ada sorang makcik keluar bagitau dia dah keluar. Makcik tu explain kat aku kalau nak tahu orangnya berbaju kotak-kotak. Aku pun ucap terima kasih pastu terus masuk semula ke pasar malam nak cari Pakcik Yasir yang berbaju kotak-kotak.
Aku berjalan sampai ke hujung pasar malam tempat orang berniaga pakaian. Bila aku nampak sorang pakcik kurus berbaju kotak-kotak, aku bagi salam tegur dan tanya dia betul ke ini Encik Yasir. Bila dia mengaku namanya Yasir. Aku berterus-terang bagitau dia yang aku nak berniaga kat pasar malam Kampung Setanggi.
Pakcik Yasir kata boleh tapi nak kena tengok tempat dulu. Aku follow dia jalan sampai dekat depan surau. Dia tunjukkan tempat kosong aku berniaga dekat depan surau sebelah peniaga burger dan otak-otak.
Masa ni pakcik berniaga burger bagitau daripada berniaga sebelah dia baik meniaga belah dalam sikit. Dia tunjukkan tapak niaga selang dua tapak dari tempat dia sendiri meniaga. Pakcik jual burger tu kata kalau berniaga hujung-hujung sangat nanti orang tak nampak.
Aku ucap terima kasih kat pakcik jual burger dengan Pakcik Yasir. Aku bagitau aku bukan nak berniaga hari ni tapi nak mula berniaga minggu depan. Lepas dah tahu tapak berniaga, aku minta diri nak balik.
Minggu depan aku betul-betul berniaga kat Pasar Malam Kampung Setanggi. Aku jual rumpai laut gred AA warna kuning dengan gred AAA warna ungu. Aku packing kecik-kecik je jual dalam RM7 atau RM8 sebungkus 100gm.
Di pasar malam Kampung Setanggilah bermulanya aku kenal otai berniaga pasar malam. Pakcik yang jual burger tu namanya Pakcik Noh dan anaknya yang jual otak-otak namanya Adli. Dorang berdua berniaga atas satu tapak. Sebelah tapak dorang, ada peniaga jual kelapa nama dia Pakcik Yusri. Dorang memang OK dengan aku siap bagi cadangan suruh berniaga kat pasar tempat lain jugak buat tambah-tambah.
Dorang cadangkan aku berniaga kat mana? Kalau nak tahu, bacalah Pengalaman Berniaga di Pasar part 2..

Sumber
Jadual Pasar Malam di Johor Bahru
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.