Topik kali ini adalah sambungan dari Pengalaman Berniaga di Pasar Part 1.
Sambungan dari Part 1 |
Pakcik Noh ada bagi cadangan kat aku cuba berniaga kat pasar malam Taman Suria. Aku pun setujulah, mana tahu ada rezeki lebih kat pasar malam Taman Suria pulak kan?
Aku dah ada dua tempat berniaga kat pasar malam buat masa ni. Alhamdulillah dari tak pernah berniaga kat pasar malam boleh pulak aku dapat peluang rasa sendiri berniaga kat pasar malam. Dari satu tapak dah dapat dua tapak. Satu tapak kat Kampung Setanggi dan satu tapak lagi kat Taman Suria.
First time sampai kat pasar malam Taman Suria, aku jumpa dulu Pakcik Noh. Aku tanya dia nak jumpa siapa kalau nak berniaga kat sini. Pakcik Noh suruh aku jumpa Along peniaga air. Sebaris dengan tapak Pakcik Noh tapi paling hujung.
Lepas jumpa Abang Long aku bagitaulah dia yang aku nak berniaga rumpai laut kat pasar malam Taman Suria. Abang Long tunjukkan tapak kosong kat depan tapak dia. Kebetulan masa ni peniaga selipar/kasut cuti masa aku datang jadi dia bagi aku berniaga kat tapak peniaga selipar/kasut buat sementara.
Dipendekkan cerita aku pun berniagalah rumpai laut kat sini. Sambutan kurang menggalakkan walaupun kat pasar malam tu cuma aku sorang je yang jual rumpai laut. Siap ada customer tegur aku kat pasar malam Taman Suria, dulu pun ada orang jual rumpai laut tapi warna hijaulah bukan macam yang aku jual. Rumpai laut yang aku jual ada color kuning dengan color ungu/merah.
Ada jugak aku try buat satu kelainan, aku buat jelly rumpai laut siap ada perisa laici, anggur, coklat. Walaupun sambutan kurang memberansangkan selepas lebih sebulan aku meniaga kat sini tapi aku tetap bertahan. No pain no gain!
Kat pasar malam Taman Suria bukan setakat Pakcik Noh, rupa-rupanya Pakcik Yusri pun ada berniaga. Dorang dah ada regular customer kat sini. Memang seronoklah tengok dorang berniaga walaupun aku sendiri susah nak dapat customer.
Berniaga kat pasar malam Taman Suria ni sampai 2,3 kali tukar tapak. Pernah sekali berniaga kat tengah-tengah berdepan dengan barisan tapak niaga Pakcik Noh. Pakcik Noh sendiri bagi cadangan kat aku berniaga kat sebelah tapak makcik jual buah. Aku cam muka makcik-makcik jual buah ni memang ada jugak berniaga kat pasar malam Kampung Setanggi.
Aku tak sedap hati nak meniaga sebelah kedai buah makcik ni tapi Pakcik Noh bagi semangat kat aku. Dia kata boleh je berniaga situ sebab takde sapa pun kat situ. Aku tak nak pandai-pandai bukak meja kat situ.
Aku cari Abang Long tanya dia boleh ke aku berniaga kat tapak kosong sebelah kedai buah tu. Abang Long sendiri datang tengok tapak sebelah kedai buah makcik tu sebelum buat keputusan nak bagi aku berniaga kat tapak tu. Pakcik Noh bagitau Abang Long meja aku kecik je bolehla meniaga kat situ. Abang Long pun bagilah aku meniaga kat situ.
Lepas je aku letak meja berniaga kat situ, aku tengok muka makcik berniaga buah sebelah aku macam dah lain sikit. Aku diam je lah buat tak tahu. Aku siap kena sindir dengan makcik sebelah.
Makcik tu tanya aku, "Takde meja lagi besar ke?"
Dengan selamba aku jawab, "Takde. Ini je yang ada."
Aku sabar je kena sindir hari tu. Start minggu depan aku tak berniaga kat tapak tu lagi. Aku meniaga kat tapak bawah pokok sebelah brader jual sayur-sayur kampung namanya Mazlan. Bukan Ahmad Maslan CGPA 3.85 tu. Ini Mazlan peniaga sayur yang berjaya. Siapa pernah pergi pasar malam Taman Suria tahulah barisan mana orang berniaga bawah pokok sebelum tahun 2014. Masa ni belum ada lagi bangunan kedai makan macam sekarang.
Encik Maslan tinggal kat Kampung Melayu. Orangnya suka bercerita kongsi pengalaman dia berniaga sayur-sayur kampung. Dia kata satu hari boleh dapat antara RM100 sampai RM200 hasil berniaga. Kadang-kadang dia boleh dapat lebih lagi katanya. Aku kagum dengan kemantapan bisnes dia ni.
Dua tapak berniaga pasar malam cukup ke bagi aku? Tak cukup sebab aku nak pengalaman aku lebih luas, jadi aku ikut cadangan Pakcik Noh untuk try berniaga kat Tampoi Utama setiap hari Selasa. Kat Tampoi Utama aku berniaga paling hujung sekali sebelah peniaga satay.
Peniaga satay ni ada dua orang. Dorang pun baru dalam bisnes pasar malam macam aku jugak. Asal dari Kota Tinggi, menyewa di Kampung Melayu. Minggu berikutnya dah tak nampak dorang jual satay, tak tahulah apa cerita.
Kawasan hujung tempat aku berniaga ni, aku perhatikan banyak peniaga-peniaga jual pakaian. Aku rasa macam salah kategori je tapak aku berniaga ni tapi dah tapak ini je yang kosong. Aku ada tanya kat Abang Long takde kawasan tengah sikit ke, dia kata tengah penuh. Takpelah hujung pun hujunglah sebagai orang baru aku redha je.
Pernah sekali aku dapat berniaga kat tengah-tengah bila Pakcik Noh bagitau aku ada peniaga cuti. Peniaga jual mee sup kalau aku tak silaplah. Sebelah aku tempat aku meniaga ni ada orang jual nasi dengan lauk-pauk.
Aku tanya peniaga lauk sebelah aku ni dah berapa lama berniaga, dia kata dah 10 tahun. Bunyi dia cakap macam orang Kelantan/Terengganu nak try cakap melayu standard. Aku kagum dengan dia sebab sebagai orang yang datang dari Kelantan atau Terengganu pun boleh berjaya sebagai peniaga kat Johor. Takkan aku sendiri orang Johor tak boleh berjaya macam dia?
Sekali tu jelah yang OK sikit bisnes meniaga kat area tengah di pasar malam. Aku terpaksa pindah semula berniaga kat hujung sebab peniaga kat tapak tu dah tak cuti lagi. Berniaga pasar malam kat kawasan tengah ni macam ada magnet. Pengunjung kat pasar malam pulak ibarat besi memenuhkan bahagian tengah pasar malam.
Bila difikirkan balik, sebelum aku kerja sendiri pun macam tu jugak. Kalau ke pasar malam, aku biasanya beli kat tengah walaupun kat hujung ada orang jual benda yang sama. Peniaga-peniaga belah hujung di pasar malam ni ibarat penyambut tetamu. Rezeki memang Allah yang tentukan tak kiralah berniaga kat tengah matahari ke berniaga kat hujung bulan ke tapi aku cuma nyatakan apa yang aku perhatikan selama ni kat pasar malam kalau bahagian tengah biasa ramai orang beli.
Pasar malam di Kampung Setanggi hari Jumaat. Pasar malam di Taman Suria hari Rabu. Pasar malam di Tampoi Utama hari Selasa. Tak cukup ke 3 hari dapat peluang berniaga kat pasar malam?
Kalau nak tahu cukup ke tidak, bacalah pengalaman berniaga di pasar part 3
bekerja sendiri memang terbaik. sendiri usaha sendiri berjaya. malas berusaha tidak berjaya.. teruskan niat baik ini
ReplyDeleteYa betul tu,bekerja sendiri memang terbaik dan insyaAllah saya akan terus bekerja sendiri.
Deleteseriusly hanya dapat 100?
ReplyDeleteTak menentu dlm bisnes, bole jadi lebih atau kurang rm100.
DeleteAku biasa niaga online kat mudah..income ok tapi x maintain sebab jual barang sendiri yg dah x digunakan. Pasni nak cuba berniaga kat pasar minggu/malam la pula...
ReplyDeleteSemoga berjaya.
DeleteAssalamualaikum..admin masih berniaga kt pasar mlm lgi ke skrang??
ReplyDeleteWa alaikumussalam, dah tak berniaga pasar malam lagi.
DeleteAssalamualaikum..admin masih berniaga kt pasar mlm lgi ke skrang??
ReplyDeleteAdmin.mana sambungan...
ReplyDeleteSaya dah letak link sambungan pengalaman pasar malam part 3.
DeleteAdmin.mana sambungan...
ReplyDeleteperlu ke ambil lesen mbjb eak??
ReplyDeleteMemang kena ambil lesen lepas dapat tapak niaga pasar malam.
Deleteperlu ke ambil lesen mbjb eak??
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete