Friday, June 19, 2015

Pengalaman Berniaga di Pasar Part 3

Pengalaman Berniaga di Pasar Part 1 dan Pengalaman Berniaga di Pasar Part 2 korang dah baca? Kalau dah baca baru faham nak teruskan baca entri ni.

Pengalaman Berniaga di Pasar Bahagian Ketiga
Selain pasar malam, korang nak tau pasar kat mana lagi aku pergi berniaga?

Pasar Tani kat Jalan Datin Halimah setiap Khamis dengan Pasar Pagi kat sebelah Stadium Larkin setiap Sabtu. Aku berniaga kat pasar tani pun sebab dicadangkan oleh Pakcik Yusri. Sambutan OKlah masa mula-mula berniaga rumpai laut kat pasar tani.

Aku mula berniaga kat pasar pagi pulak dicadangkan oleh makcik jual baju tak jauh dari aku kat Pasar malam Kampung Setanggi. Dia suruh aku jumpa Pakcik Halim jual tali pinggang. Jauh jugaklah tapak Pakcik Halim ni, walaupun sama tempat berniaga kat pasar malam Kampung Setanggi. Pakcik Halim OK orangnya, dia kata boleh kalau berniaga kat pasar pagi.

Kira dah ada 5 tempat aku berniaga dalam satu minggu. 3 pasar malam, 1 pasar tani dan 1 pasar pagi. Tak sampai setahun aku berniaga, aku dah terasa sambutan terhadap rumpai laut makin kurang. Aku perhatikan orang ke pasar malam ni ramai yang cari benda nak makan. Pada masa yang sama, aku perhatikan ramai je orang jual pakaian, kasut, tali pinggang, mainan dan sebarang jenis produk yang tak boleh dimakan kat pasar ni boleh je bertahan niaga sampai bertahun-tahun.

Sabar punya sabar baru aku tahu rupa-rupanya rumpai laut ni bermusim je. Kenapa bermusim? Sebab dah makin kurang orang beli sampai tahap langsung takde orang beli. Kalau jagung rebus, aku perhatikan setiap hari atau setiap minggu ada je orang beli tetapi tidak kepada rumpai laut. Sebenarnya ada banyak lagi contoh makanan lain, jagung rebus tu cuma satu contoh produk atau makanan yang tak bermusim.

Aku dapat pengajaran, sehebat mana pun produk tu kadang-kadang ikut musim je. Ditambah pulak masa tu harga minyak naik jadi harga rumpai laut dari Sabah pun naik. Aku dah mula tawar hati nak jual rumpai laut masa ni.

Aku tukar konsep terus perniagaan aku dari jual rumpai laut kepada jual dadih dan jelly kelapa. Barulah terasa OK sikit. Goodbye sayonara kepada rumpai laut.

Pasar malam Taman Suria masa hujan

Lepas kahwin, aku masih lagi jual dadih dengan rumpai laut? Ya tapi ditambah dengan produk ayam goreng tanpa tulang! Sambutan masa mula-mula berniaga OK berjalan lancar mungkin rezeki orang baru lepas kahwin.

Goreng ayam tanpa tulang guna kuali biasa je
Tak sampai sebulan terpaksa stop. Setiap kali berniaga kena bayar duit tapak pasar tapi takde hasil jual. Rasa ayam OK, aku jual sekeping besar tanpa tulang RM5.00 sedangkan masa ni ayam uncle bob dahlah bertulang pastu harga lagi mahal sekeping RM6.50. Apa-apa hal aku terima ini sebagai dugaan, mungkin Allah nak bagi aku peluang yang lebih baik.

Dalam bulan November 2013, aku dan orang rumah mula berniaga sarapan. Mula je berniaga sarapan bermakna habislah sudah legasi aku berniaga di pasar. Alhamdulillah walaupun dah tak berniaga di pasar tapi tetap dapat berniaga walaupun di tepi jalan. Mungkin rezeki aku di tepi jalan buat masa ni? InsyaAllah lain kali aku cerita pengalaman berniaga di tepi jalan pulak.

Kepada korang yang berniaga di pasar atau baru nak masuk pasar, semoga sukses dalam perniagaan di pasar pagi, malam, tani dan lain-lain.

Jom baca pengalaman berniaga di tepi jalan.

18 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih. Cerita dan pengalaman saya berniaga tak sehebat otai2 kat luar sana..

      Delete
  2. entry yang baik. saya baca semua. jadi kalau Nak join pasar pagi kenalah tanya orang kawasan tu dulu ya? learn majlis tu memang kena ambil ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, kena tanya orang kawasan tu dulu. Lesen majlis memang kena amik lepas dpt tempat berniaga.

      Delete
  3. Semoga berjaya tuan..kiv dulu rancangan berniaga pasar sebab tengah buat secara online.. Sambutan ada la juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berniaga online pun bagus kalau ada sambutan. Teruskan berniaga dan sukses!

      Delete
  4. Cerita tepi jalan pulak hehe..seronok baca..nak berjaya jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca dan semoga berjaya.

      Delete
  5. Seronok baca :) ..barula saya nampak jalan nak berniaga pasar malamni..saya pun tgh plan nak ajak suami berniaga pasar malam..kami nak jual waffle..doa2kan bisnes kami sukses yer..saya doakan tuan kaya dan berjaya..aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun doakan semoga bisnes waffle anda bersama suami laris manis dan terus berjaya..aamin

      Delete
  6. Nt sambung citer... berinspirasi kpd sy utk kj sdiri Nt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca. Tak sangka ada pembaca dapat inspirasi dari cerita saya. Nanti jangan lupa baca topik-topik lain dalam blog ni juga.

      Delete
  7. gempaklah cerita tuan... power, sy suka baca.. sy baru je berniaga, apa yg tuan crita sebiji mcm sy rasa.. rasa ssh ssh dpt planggan, kadang2 planggan ramai, kadang2 down, kdang mood ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas komen gempak dari tuan. Power ke cerita saya? Pengalaman orang lain berniaga lagi hebat dari saya rasanya.
      Apa-apa hal keep positive ya walau down macam mana pun bisnes.

      Delete
  8. Berniaga tu kalau senang dah lama mahathir suruh anak dia buka pasar,tapi cabaran dan dugaan mesti jumpa kita,tak tak sedar tahan airmata sambil baca ni 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir bagi anak dia berniaga besar-besaran aset berjuta atau berbilion ringgit. Tak mainlah pasar malam/pasar pagi ni.

      Tahan air mata ketawa ye baca pengalaman saya?

      P/s : tak nak berpolitik dalam blog ni.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.