Wednesday, October 7, 2015

Bisnes apa yang terbaik?

Kadang-kadang banyak pilihan lebih membantu berbanding sedikit pilihan. Lebih banyak perbandingan boleh dibuat dan lebih banyak info yang kita boleh dapat. Kadang-kadang sedikit pilihan lebih membantu daripada banyak pilihan. Bila pilihannya sedikit, lebih senang nak buat keputusan dan tak payah pening-pening nak buat banyak perbandingan.



Dah baca banyak info di internet tapi masih tak tahu bisnes apa yang terbaik. Dah baca idea-idea bisnes yang berlambak-lambak pun masih tak tahu nak buat bisnes apa. Macam mana ni?


Jawapannya mudah! Bisnes yang terbaik ialah bisnes yang kita dah mula buat. Seandainya bisnes yang kita buat gagal sekalipun, jangan putus asa. Fikir positif OK? Mungkin ada peluang bisnes lain yang lebih baik atau mungkin kita akan dapat pengajaran baru yang bakal menaikkan lagi tahap keuntungan perniagaan kita pada masa akan datang. Always think positive!

"Tak ada ke bisnes yang tak ada rugi?"

Tak ada! Bisnes mesti ada untung dan rugi.

"Kalau macam tu takdelah bisnes terbaik untuk aku!"

Kalau ada di antara korang yang berfikiran macam tu, silakan kerja makan gaji. Kerja makan gaji pun tak salah. Korang lebih secure setiap bulan ada pendapatan. Serius kerja makan gaji tak salah. Yang penting cari rezeki halal.

OK kita berbalik cerita pasal bisnes. Andaikata korang serius nak buat bisnes, korang takkan fikir negatif sebelum mula berniaga. Masa mula-mula berniaga dapat untung sikit atau rugi tu biasalah adat berniaga. Andaikata masa mula-mula berniaga dah dapat untung besar lepas tu bisnes pada hari-hari berikutnya rugi pun adat berniaga jugak.

Dapat pertahankan bisnes sendiri walau apa pun cabaran dan dugaan, bermakna korang adalah peniaga yang terbaik. Kalau korang tak dapat pertahankan bisnes sedia ada dan terpaksa ikhtiar buat bisnes dalam bidang lain pula bermakna korang memang peniaga yang bijak mengambil peluang baru!

Peluang bisnes baru memang sentiasa ada di Malaysia tapi jangan terlalu banyak bidang bisnes nanti tak boleh handle pulak. Bila tak boleh handle, terpaksa tutup sebahagian bisnes dan fokus pada bisnes yang dapat handle je. Sekurang-kurangnya itu lebih baik daripada terpaksa tutup semua bisnes!

Bukan tak boleh buat bisnes dalam banyak bidang tapi pastikan korang boleh handle kesemuanya. Kalau bisnes pertama berjaya barulah tambah bisnes kedua pulak. Kalau bisnes kedua berjaya barulah tambah bisnes yang seterusnya dan so on. Step by step it's so easy!

On je internet korang boleh cari banyak kata-kata motivasi, banyak tips, banyak cara nak buat bisnes, banyak tutorial dan macam-macam lagilah pasal perniagaan tapi persoalannya korang dah mula buat bisnes?

Bisnes yang terbaik bagi korang ialah bisnes yang korang dah mulakan. So dah mula buat bisnes?

7 comments:

  1. dah nama perniagaan risiko rugi memang sentiasa ada cuma kita nak meniaga perlu persediaan mental, fizikal & kos andai berlaku kerugian tu. Nak meniaga yg penting kena cekal & tak cepat putus asa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suria, apa yang awak kata tu memang betul. Kalau takde persediaan macam tu susahlah nak berniaga kan?

      Anyway ada jugak orang yang takde persediaan mental, fizikal dan kos andai berlaku kerugian. Berbekalkan keberanian, dia mampu teruskan perniagaan sampai sekarang. Kalau banyak berkawan dengan peniaga-peniaga insyaAllah boleh jumpa golongan 'berani mati' punya. Putus asa takde dalam kamus hidup diorang..

      Delete
  2. assalam...kena cekal hati kalau nk berniaga ni...tapi nak mulakan perniagaan pun susah juga tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam... Cekal hati memang betul tapi kalau dah anggap mulakan perniagaan tu susah maknanya memang susahlah berniaga bagi kamu.

      Delete
  3. Semua bisnes baik jika tak menipu dan pulangannya halal..:)

    ReplyDelete
  4. Salam... tq atas perkongsian.. byk kebenaran atas cerita anda.. mental n fizikal kna kuattt sangat..

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.