Saturday, October 10, 2015

Sate itik semakin laris

MENDAPAT idea membuat sate itik ketika melawat Jakarta, Indonesia, seorang penternak haiwan dari Kampung Budi, Mukim Lesung mengkomersialkan hidangan itu di sini.

Sate itik Mohd Fakhrul
Mohd Fakhrul Radzi Shaari, 36, berkata, pada awalnya dia bimbang dengan sambutan orang ramai khususnya di Pokok Sena kerana sehingga kini belum ada yang menjadikan itik sebagai sate di daerah itu.


"Lepas tengok hidangan sate itik dapat sambutan menggalakkan di Jakarta, saya cuba ambil idea itu untuk dikomersialkan di sini. Kebetulan saya juga seorang penternak, itu kelebihan buat saya.

"Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya saya berjaya hasilkan sate itik dan mula dipasarkan ke beberapa kedai sate di sekitar kawasan ini. Sate itik ini juga turut mendapat permintaan daripada peniaga sate di Pulau Pinang," katanya.

Menurutnya, sate itik yang dihasilkannya adalah dari jenis itik pedaging iaitu mascovy dan ceryberry yang menghasilkan isi lembut, sesuai untuk dijadikan sate.

"Permintaan sate itik semakin meningkat sejak sebulan lalu. Walaupun harganya agak mahal sedikit berbanding sate lain, tetapi kesedapan sate ini mampu berikan kepuasan terutamanya kepada peminat setia sate," katanya.

Mohd Fakhrul berkata, kelembutan isi dan aroma semasa membakar sate itik mampu menarik orang ramai untuk ingin mencubanya apatah lagi dicampur dengan pelbagai herba.

"Kini saya hanya bekalkan sate berperisa asli sahaja dan pada masa hadapan saya akan perkenalkan perasa lada hitam dan tandori pula," katanya.

Menyentuh tentang bekalan itik, kini sebanyak 300 itik jenis itu sudah berada di dalam ladangnya untuk dibekalkan kepada orang ramai.

Kini permintaan sate itik yang diusahakannya meningkat setiap minggu sehingga mampu menghasilkan 3,000 cucuk sate itik dan bakal dipasarkan ke daerah lain. - sinar harian -


Di Malaysia ni memang tak ramai yang jual sate itik. Sate itik ni kira kategori 'rare' buat masa ni. Oh ada lagi yang tak ramai orang jual contohnya sate arnab, puyuh, merpati, rusa, kancil, kambing, angsa dll. Mungkin kurang permintaan misalnya orang tak nak makan sate kambing sebab takut darah tinggi, orang tak makan sate arnab sebab dorang rasa haiwan tu khas untuk dibela sahaja dan macam2 lagi alasan penggemar sate di Malaysia. 

Itu sebab tak ramai orang nak jual sate 'rare' di Malaysia. Bukannya takde orang jual tapi tak ramai. Kalau dicari betul-betul memang boleh jumpa. Kalau tak jumpa jugak buat je la sendiri habis cerita.

Biasanya penggemar sate beli sate ayam atau sate daging je. Sate guna haiwan lain ni mungkin susah sikit dorang nak beli sebab harga dia. Harga mahal sebab permintaan tinggi atau ternakan haiwan tu kurang atau kedua-duanya sekali? Barang kalau ada permintaan tinggi, rugilah kalau tak ambil peluang.

Mana tahu lepas ni keluar cerita pasal penjual sate angsa yang berjaya di akhbar?


Sumber

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.