Siapa sangka biji rambutan boleh dijadikan snek. Ia dibuktikan pensyarah
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Pulau Pinang Mohamad Azli Razali, 38, yang menghasilkan snek
dipanggil Rambuseed Florentine.
Biji rambutan |
Beliau berkata, snek menggunakan 40 peratus biji rambutan yang
dikeringkan sebagai bahan utama itu adalah sejenis manisan berasal dari
Itali.
Katanya, selepas biji rambutan dikeringkan, ia disimpan dalam bekas
kedap udara. Apabila ingin digunakan, biji itu dicencang sebelum
dicampur dengan bahan lain mengikut resipi Rambuseed Florentine.
“Idea menjalankan kajian terhadap biji rambutan ini sebenarnya rentetan
daripada kajian terhadap biji durian sebelum ini yang pernah dijadikan
tepung untuk digunakan dalam makanan.
“Potensi menjadikan biji rambutan sebagai snek memang ada. Florentine
adalah snek bersira yang menggunakan pelbagai kacang import seperti
badam dan walnut.
“Dengan menggunakan biji rambutan, ia dapat mengurangkan penggunaan kacang badam dalam resipi asli snek ini.
“Penggunaan biji rambutan juga dapat menjimatkan kos kerana harga kacang badam agak mahal di pasaran,” katanya.
Mohamad Azli berkata, objektif kajian itu untuk mengurangkan
penggunaan kacang import dengan menggantikannya dengan bahan tempatan.
“Masih ramai tak tahu khasiat biji rambutan yang mempunyai lemak
polifenol tinggi. Polifenol adalah antioksidan yang dapat melindungi
tubuh manusia daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.
“Ia memberi manfaat seperti antipenuaan, antiinflamasi, antibarah dan
antipatogen. Selain itu, biji rambutan dapat membantu merawat penyakit
kencing manis.
“Kajian dilakukan pakar pemakanan Pram Pramono mendapati ekstrak
metanol pada biji rambutan mengandungi flavonoid dan fenolik,” katanya.
Mohd Azli Razali menunjukkan cara buat snek biji rambutan |
Menurutnya, ada pesakit menggunakan biji rambutan sebagai perubatan alternatif untuk merawat kencing manis.
“Biji rambutan juga dipercayai mampu merawat sakit pinggang. Asid
oleic dan asid stearic dalam biji rambutan juga mampu mencegah penyakit
berkaitan jantung.
“Kajian mendapati biji rambutan mengandungi nutrisi seperti protein
(7.8 peratus), karbohidrat (46 peratus), serat (11.6 peratus) selain
asid lemak seperti oleic (40.3 peratus), arachidic (6.1 peratus),
palmitic (7.1 peratus) dan stearic (6.3 peratus),” katanya.
Mohamad Azli berkata, snek biji rambutan mendapat maklum balas positif kerana rangup, lemak manis dan sedap.
“Saya yakin produk ini mendapat sambutan jika dipasarkan kerana setakat ini belum ada pihak menghasilkan snek biji rambutan.
“Produk ini memasuki pertandingan reka cipta dan memenangi pingat
gangsa di Pertandingan Inventions, Innovations and Design (IID)
peringkat UiTM,” katanya.
Siapa
sangka biji rambutan boleh dijadikan snek. Ia dibuktikan pensyarah
Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Pulau Pinang Mohamad Azli Razali, 38, yang menghasilkan snek
dipanggil Rambuseed Florentine.
Beliau berkata, snek menggunakan 40 peratus biji rambutan yang
dikeringkan sebagai bahan utama itu adalah sejenis manisan berasal dari
Itali.
Katanya, selepas biji rambutan dikeringkan, ia disimpan dalam bekas
kedap udara. Apabila ingin digunakan, biji itu dicencang sebelum
dicampur dengan bahan lain mengikut resipi Rambuseed Florentine. - Harian Metro -
Bagi aku berita ni memang 'wow gitu!'. Dulu pernah juga aku terfikir kenapa biji nangka dengan cempedak boleh dimakan tapi biji buah-buah yang lain tak boleh? Rupa-rupanya biji buah-buah yang lain pun boleh dimakan tapi ada cara-caranya.
Nanti kita tengoklah akan datang mana tahu tongkol jagung pun orang buat snek. Kulit durian yang tajam-tajam pun mana tahu akan datang orang boleh buat snek juga. Macam-macam zaman sekarang ni. Kreatif betul!
Sumber
Snek biji rambutan
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.