Bakul bersaiz inilah buat letak popia |
First time berniaga petang pun bermula tanpa masalah. Start berniaga dalam pukul 2 lebih. Aku setakat bawa dalam 15 gulung popia untuk test market. Tak sampai satu jam dah habis jual. Alhamdulillah.
Di antara customer aku masa tu, pekerja jual buah kat sebelah aku. Esok dan seterusnya aku try bawak 20 gulung ke atas. Dalam masa satu atau dua jam habis terjual.
Aku makin bersemangat berniaga petang kat jalan bertam. Aku siap bawak kuali, tong gas, minyak masak, senduk besar berjaring(betul ke?), bakul tapis minyak, bekas untuk tadah minyak, erm aku rasa tu je kot. Payung dengan meja memang le aku bawa sekali..
Aku goreng popia kat situ. Makin menarik perhatian orang datang nak beli. Cabaran utama aku masa ni, hujan lebat dengan angin kuat. Masa ni, aku lebih rela hujan sahaja tanpa angin kuat tapi bukan aku yang tentukan tahap kelebatan hujan dan kelajuan angin...
Payung terjatuh..
Payung patah..
Penutup bekas popia terpelanting..
Kelam-kabut aku berdepan situasi hujan lebat..
Angin pun kuat..
Sabar je la.
Lepas 2,3 bulan berniaga penduduk flat kawasan tu dah mula tanya kalau aku ada jual pisang goreng. Aku apa lagi, jual jugakla pisang goreng. Sebelum jual, aku test dulu goreng sendiri kat rumah.
Dulu goreng 4 jenis popia. Inti sayur, daging, udang dengan ayam. Sekarang dah ada menu baru..pisang goreng! Aku guna pisang tanduk je.
Harga pisang tanduk masa ni sekilo RM2.50 kat Kampung Melayu. Tak sampai setahun naik pulak jadi RM2.80 sekilo. Harga aku jual lak 5 keping RM1. Satu batang pisang tanduk, aku dapat potong 14-20 keping bergantung pada saiz.
Masa mula-mula niaga jap pisang goreng lembikla, keraslah, pahitlah eh macam-macamlah. Aku cari kelemahan aku sendiri. Hasilnya aku dapat tahu kalau takde air kapur lembiklah dia, terlebih air kapur pulak jadi keras dan pahit. Aku gunakan tepung gandum, tepung beras sikit, air kapur sikit, telur, garam secubit dan air secukupnya. Barulah OK sikit buat berniaga pisang goreng tanduk.
Kicap dia lak aku campur cili api, gula, cuka dengan bawang putih. Aku guna kicap lemak manis cap Jalen. Macam biasa masa mula-mula niaga jap terlebih pedaslah, terlebih masamlah.. Adoi aku pernah terlebih bubuh cuka...masamnya!
Lepas adjust sana sini sikit barulah OK sikit kicapnya. Kat Johor ni, kalau berniaga pisang goreng takde kicap kene boikotla hahaha. Sebelum ni pun kalau aku nak beli pisang goreng, mesti aku nak ada kicap. Barulah sedap makan pisang goreng cicah kicap!
Lepas beberapa bulan berniaga pisang goreng dengan popia, ada pulak orang tanya pasal keropok lekor. Kaum cina yang tanya ni. Bila aku start jual keropok lekor, memang kaum cina yang mendominasi keropok lekor.
Aku beli keropok lekor kat Smart je. Harga sebatang RM2.50. Aku pernah try beli yang dekat Kampung Melayu sebelah belakang pam minyak Petronas. Harga sebatang RM2 tapi kurang rasa ikan.
Aku pernah try beli kat pasar malam Giant Plentong. Penjual tu kata keropok lekor dari Mersing. Lepas try test rasa dia tetap takleh lawan keropok lekor Terengganu.
Demi menjual keropok lekor yang sedap, aku guna keropok lekor Ganu je la. Aku beli kat Smart je. Beli sikit atau banyak, harganya tetap kira RM2.50 sebatang no discount.
Dekat setahun jugaklah aku berniaga goreng2 kat Jalan Bertam, Taman Daya. Daripada berniaga sorang sampai ada orang lain datang berniaga kat sebelah aku. Sebelum aku plan nak jual pisang goreng, ada makcik dah jual pisang goreng tapi tak sampai sebulan dah berhenti..
Ada lori datang jual rojak pun tak lama. Jap ada, jap takde. Ada jugak makcik lain jual nasi lemak, mee, kuih-muih tak sampai 2 bulan dah stop. Ada gak sorang brader datang try jual ayam golek. Dalam 2 ke 3 bulan pun stop jugak..
Peniaga yang aku perhati bertahan lama ialah orang India jual putu mayam. Dia berniaga dari petang sampai malam kat sini. Takde buka meja, barang2 semua atas motor simpan dalam kotak besi.
Dekat setahun berniaga sini, aku terpaksa berhenti atas sebab yang tertentu.
Bersambung di bahagian ketiga.
terbaik
ReplyDeleteTerima kasih, anda pun terbaik!
DeleteSaya pun nak cuba berniaga tepi jalan. Terima kasih kongsi pengalaman. Semoga dimurahkan rezeki.. 😊
ReplyDeleteSama-sama. Semoga berjaya berniaga tepi jalan dan dimurahkan rezeki awak juga.
Deletesekarang masih berniaga tepi jalan ke?
ReplyDeleteYa, masih lagi berniaga tepi jalan.
DeleteSaya dulu berniaga kedai frozen.
ReplyDeleteBak cerita sini, panjang... cuba baca link kat bawah
http://usryabdullah.blogspot.com/search?q=catatan+pengalaman
Insha Allah nanti saya baca.
Deletesalam.. nk tnye abg berniaga tepi jalan ada kena apply lesen apa2 ke?
ReplyDeleteSalam.. saya berniaga tepi jalan tak apply lesen pun.
Delete