Monday, November 14, 2016

Pengalaman berniaga tepi jalan part 3

Sebenarnya aku memang nak terus berniaga kat tepi jalan untuk jadikan pengalaman sebelum bukak bisnes lebih besar akan datang in shaa Allah. Cuma aku terpaksa berhenti kejap berniaga tepi jalan sebab nak tolong makcik aku jaga vending machine m6.

Jenama kulit popia yang aku guna.
Sebelum ni suami dia yg jaga tapi bila dah sakit terlantar kat hospital terpaksalah aku yang tolong.


Tergendala sekejaplah berniaga tepi jalan. Walaupun pelanggan makin bertambah tapi terpaksa juga aku stop berniaga tepi jalan. Nak tolong makcik aku punya pasal.

Ada 7 ke 8 biji vending machine aku jaga. 2 atau 3 hari sekali aku berulang-alik ke Pasir Gudang. Perjalanan setengah jam lebih jugaklah.

Ada vending machine aku share dengan makcik aku. Ada jugak vending machine makcik aku kongsi dengan orang lain. Setiap vending machine ada yang sebulan RM5000 lebih, ada yang seribu lebih je dan yang aku dengan makcik aku punya biasa dapat dalam RM500-600 lebih je. Bagi dua sorang dapat RM200-300 je.

Lokasi pun memainkan peranan. Vending machine yang dekat kantinlah dapat paling banyak. Kat tempat-tempat lain tu tak berapa sangatlah.

Berbulan-bulan jugaklah aku tolong uruskan vending machine. Sampaikan suami makcik aku dah keluar dari hospital pun aku masih tolong lagi.

Kena tuduh tak bersihkan vending machine pun aku tolong jugak. Vending machine cepat kotor, banyak orang so banyaklah tangan yang pegang vending machine tu sampai hitam sana sini. Lagi satu cepat betul vending machine ni berhabuk kat belah atas. Siap berlumut kat mesin tu semua aku basuh tapi 3 hari lepas tu berlumut balik. Bakteria? Kuman? Entahlah tapi tak semualah mesin air yang aku jaga macam tu. Lepas beberapa kali kena tuduh malas bersihkan mesin air, aku betul-betul malas nak bersihkan lagi.

Suami makcik aku pulak tak padan sakit paksa2 pulak suruh aku hantar duit hasil vending machine kat dia. Dah tak boleh tunggu esok pagi, nak malam tu jugak. Mula-mula OKlah aku sabar je, lama-lama naik angin aku.

Ada satu hari tu, makcik aku suruh aku hantar duit tu dalam jam 9 malam. Aku bagitau datang amik sendiri atau tunggu esok pagi je. Makcik aku kata suami dia nak cepat kira malam ni jugak. Aku suruh suami makcik aku datang jumpa aku sendiri kalau nak cepat sangat. Last-last makcik aku sendiri datang kul 9 lebih amik duit dari aku.

Sejak dari tu, aku dah tak nak tolong dia lagi uruskan vending machine. Terus-terang dari mula lagi aku tak nak buat kerja-kerja macam ni terutama bila aku dituduh malas cuci vending machine. Boleh blahla! Aku pun tak kisah tak dapat share duit vending machine lagi. Rezeki untuk aku ada di tempat lain.

Kalau orang berlembut dengan aku insya Allah aku pun berlembut dengan dia. Kalau orang berkeras dengan aku, aku pun berkeraslah jugak. Kita kena ingat bukan kita sorang je boleh marah, orang lain pun boleh marah jugak. Bila kita berlembut, orang lain pun boleh berlembut jugak.

Ok back to the story, aku nak try sambung meniaga tepi jalan tapi macam terfikir idea lain pulak. Ikutkan hati nak teruskan legacy berniaga popia petang-petang kat tepi jalan. Entah macam mana aku boleh rasa macam tak nak pulak masa tu.

Jenama yang ini pun biasa guna.
Aku nak try bisnes hantar dadih dengan jelly kelapa kat kedai-kedai runcit pulak.

Insya Allah, ada peluang nanti aku bukak topik "Pengalaman berniaga secara consignment".

P/s : Makcik aku dah minta maaf, tahun depan nak pergi haji.


Updated 3 julai 2017.
Lepas kahwin dah tak buat consignment. Berniaga tepi jalan je jual sarapan.

25 comments:

  1. minat sangat baca blog ni. penuh pengisian and matang walaupun style penulisan santai and bersahaja. part last tu kelakauu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part paling last tu sepatutnya suami makcik saya yang minta maaf tapi sampai hari ni masih tak minta maaf lagi.

      Delete
  2. Huhu bestnya. Saya baru nak mula buat ni. Sejak beranak rasa mcm payah nak keje dan tgglkan baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau berniaga kat rumah lagi senang nak jaga baby. Semoga berjaya berniaga.

      Delete
  3. assalamualaikum...sy duk johor bang...cmne nk contact encik yer?ni email sy abdmuhaiminazmi@gmail.com
    nk tinggal no phone kt sini mcm bhya plak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Takpe jangan tinggal number fon kat sini. Nak contact sebab apa ye?

      Delete
  4. Dari segi kunci kira2 mcm mana ya blh tnjk ajar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tak nak ajar tapi saya pun tak pandai nak ajar. Mungkin boleh try tengok blog usahawan atau majalahniaga?

      Delete
  5. tq for sharing...spanjang bro berniaga di tepi jalan...majlis perbandaran tak ganggu ke...pniagaan yang macam mana perlu lesen majlis perbandaran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali je kena ganggu orang majlis. Masa tu dia kata tempat saya berniaga tak ganggu orang. Dia tak saman saya cuma suruh saya amik gambar tempat berniaga pastu pergi pejabat MBJB amik lesen.

      Sebelum nak pergi pejabat MBJB, saya tanya otai berniaga pasal benda ni. Dia kata tak payah buang masa sebab dulu dia pernah 2 kali turun naik pejabat tapi tak dapat pun lesen. Sampai sekarang saya takde lesen berniaga tepi jalan. Banyak lagi peniaga-peniaga tepi jalan lain yang tak amik lesen.

      Delete
    2. Tahun 2018 lepas pilihanraya lain. Rasanya lebih mudah dapat lesen penjaja.

      Delete
    3. Kalau berniaga tepi jalan ni biasanya orang malas nak amik lesen walaupun lepas Pilihanraya. Leceh nak bergambar, naik turun pejabat, nak daftar, nak tunggu giliran.. Lainlah kalau berniaga di pasar malam, kiosk, foodcourt dan yang seumpamanya.

      Delete
  6. best baca ni.. pgalaman kan.. sy baru nk bjinak jinak nk mniaga di tepi jalan.. masih mncari kekuatan sbnrnye.. bole ke sy buat.mcm2 fikir kat otak ni,, orang kata, kalau suka.. buat je.. slagi x buat, kite tak tau kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi baca blog saya. Kalau berminat tu, mulakan je berniaga tepi jalan. First thing, fikiran mesti positif. Insha Allah berjaya.

      Delete
  7. Salam..nk tny pasal vendine machine tu...yg dpt income 5000 sebulan letak di kantin tu..maksudnya kantin sekolah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, vending machine income RM5000 sebulan tu letak di kantin gudang MMHE Pasir Gudang.

      Delete
  8. Salam..nk tny..yg letak vendine machine kt kantin tu..kantin sekolah ke?saya berhajat nk buay vendine machine..tgh google pengalaman org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bukan kantin sekolah. Kantin kat MMHE Pasir Gudang. Buatlah bisnes vending machine tapi kena rajin pantaulah. Jangan lupa letak nombor telefon kat vending machine sekali mana tahu kalau ada apa-apa hal.

      Delete
  9. Cm mana nak jumpa abang... Nak ambik ilmu meniaga tepi jalan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak layak sebab saya sendiri masih merangkak nak cari ilmu berniaga tepi jalan ni.

      Delete
  10. Assalamualaikum abg sy baru je nak mula bisnes tepi jalan ni...apa pandangan abg kalau sy meniaga kat depan maybank seri alam tu pada waktu petang smpai malam???agak2 kena minta izin ke��sbb sy nmpk ramai yg meniaga...lagi satu majlis tak kacau ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam, nak berniaga apa depan maybank seri alam?

      Kalau ramai yang berniaga, kena tanya paling kurang seorang dari peniaga-peniaga kat situ. Lepas tu baru buat keputusan sendiri sama ada sesuai atau tak sesuai berniaga di situ.

      Saya tak tahu pasal majlis kacau atau tak, boleh tanya peniaga kawasan situ juga.

      Apa yang penting jangan putus asa.

      Semoga berjaya dalam perniagaan!

      Delete
  11. Oh my ...I just stumbled upon your blog today..Cannot stop reading each one....so much of useful motivating information.....May the Good Lord Bless you friend...you are so free willingly sharing so many info....tq so much

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.