Wednesday, January 25, 2017

Bagaimana peniaga berfikir?

Kebanyakan peniaga sebelum tidur tak dapat lari dari berfikir. Macam mana nak lariskan hasil jualan? Macam mana nak tambah customer?

Fikirkan yang baik-baik.
Bagaimana cara fikir yang salah?




Berfikir tu ada masa betul ada masa salah. Kalau betul cara fikirnya maka betullah caranya dan begitulah sebaliknya. Saya bagi sedikit contoh-contoh yang salah.

  • "Apa jadi kalau aku muflis?"
  • "Macam mana kalau aku rugi berniaga?"
  • "Susah kalau nak kerja sendiri."
  • "Rasanya aku memang tak boleh berniaga."
Sebelum jadi usahawan yang mantap, jangan sesekali fikirkan kegagalan. Fikiran negatif seolah-olah sabotaj kepada diri sendiri. Kalau tak nak sabotaj diri atau lemahkan minda sendiri lebih baik berfikiran positif.

Dulu saya selalu fikir "macam mana nak tambah customer?". 

Pernah juga saya fikir "macam mana nak majukan bisnes?".

Bermula dari fikir macam tu, saya ubah sikit cara fikir kepada "Kan best kalau customer banyak?".

Kemudian saya ubah lagi kepada "Aku takkan selama-lamanya susah, insya Allah bisnes aku berkembang."

Lastly saya naikkan semangat saya dengan berfikir "Bisnes aku makin maju."

Kalau setakat "bisnes aku makin maju" masih tak cukup lagi. Anda kena fikir dan bayangkan kejayaan bianes anda. Bayangkan sebaik-baiknya dengan teliti. Saya bagi contoh lain.

Seandainya sekarang anda kerja makan gaji sebagai mekanik motorsikal. Bayangkanlah anda sendiri pun boleh ada bengkel motor sendiri. Jadi tauke dan ada pekerja-pekerja yang mahir. Bayangkan semua pelanggan puas hati setiap kali lepas hantar motor ke tempat anda. Bayangkan anda dapat bagi gaji lebih kat pekerja-pekerja sendiri supaya dorang makin bersemangat kerja kat bengkel anda. Fikirkan positif secara berterusan setiap hari pasal perkembangan bengkel motorsikal anda.

Itu contoh nak jadi tauke bengkel motor. Sama juga kalau nak jadi pemilik butik, restoren, kedai jahit, perkhidmatan kapal terbang yang semua staffnya tutup aurat, syarikat software yang lebih baik dari windows dan sebagainya. Gunakan otak anda dengan sebaik-baiknya untuk berimaginasi perkara-perkara yang baik.

Apa yang kita fikirkan tu jadi doa. Kalau nak perkara-perkara baik berlaku, fikirkanlah yang baik-baik. Jangan sekali-kali fikirkan perkara yang negatif. Kita adalah apa yang kita fikirkan.

Apa yang anda fikirkan pasal bisnes anda?

Jom fikir-fikir!

4 comments:

  1. nak jadi peniaga dan usahawan perlu berani ambil risiko dan bersedia utk sebarang kemungkinan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anda berfikir untuk berani ambil risiko dan bersedia hadapi segala kemungkinan dalam perniagaan... Pemikiran yang OK.

      Delete
  2. Kena berani bertindak..belum bertindak dah fikir macam-macam memang tak akan ke mana-mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau takut bertindak memanglah tak ke mana-mana. Fikiran yang baik menghasilkan tindakan yang baik.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.