Salam, kali ni aku nak cerita sikit pasal orang jual barang-barang kecantikan. Tak kiralah maskara, lipstik, bedak muka, eye blusher, miss v protector dan yang sewaktu dengannya.
Gambar hiasan ambil dari website pixy |
Salmah (bukan nama sebenar) tetap berniaga kecil-kecilan walaupun dah kahwin dengan lelaki yang bekerja tetap. Pernah ditanya "Jual benda sama macam orang lain ni boleh laku ke?"
"Rezeki masing-masing" jawab Salmah.
Ada juga orang beli dengan dia walaupun orang lain pun jual benda yang sama. Bukan satu jenama makeup je yang dia order dari supplier. Macam-macam jenama tapi yang murah-murah je la.
Orang yang beli dengan dia bukan tengok sangat jenama tapi lebih kepada nak yang murah. Kadang-kadang ada orang bosan asyik guna jenama yang sama so nak juga cuba produk jenama baru. Ini berita baik untuk usahawan yang baru nak keluarkan produk kosmetik jenama sendiri. Ada permintaan produk jenama baru di luar sana.
Kebanyakan pelanggan Salmah lebih suka pilih cara COD (cash on delivery). Di antara cabarannya ialah suruh jumpa kat Mall atau mana-mana shopping complex. Pelanggan lak bukan nak duduk diam tunggu barang sampai. Terpaksa le Salmah cari keliling Mall.
Kadang-kadang ada customer yang lambat ambil barang. Misalnya satu hari ada 10 customer order, nak jumpa customer pertama sampai terpaksa tunggu 1 jam sebab dia "hilang" entah ke mana. Customer kedua sampai sepuluh dah mula hilang sabar ingatkan Salmah tak nak hantar barang.
Jalan jem pun satu hal jugak. Customer call siap marah-marah. Customer bagi salah location pun boleh jadi punca lambat juga. Itu belum lagi yang cancel order last minute.
Macam-macam kerenah customer Salmah dah jumpa. Walau macamana pun, rezeki hasil berniaga dia tetap ada. Bukan semua customer dia mengada-ngada, ada juga yang baik dan memahami.
Walaupun dia ada juga jual barang-barang selain kosmetik tapi fokus dia produk kecantikan. Ok cukuplah serba-sedikit pengalaman dia berniaga barang-barang kosmetik. Bagaimana dengan anda yang jual produk kecantikan secara online? Ada bagus ka?
Cabaran berniaga kena terima. Pelbagai ragam pelanggan yang kita akan jumpa. Sabar kunci kejayaan.
ReplyDeleteYa betul tu, lagi pun sabar itu sebahagian dari iman.
Delete