Kali ni saya nak ceritakan serba-sedikit pengalaman driver Uber. Ini bukan pengalaman saya sendiri sebab saya cuma rider Uber je. Pengalaman saya naik Uber setakat ni memang mantap, servis dorang bagus.
Apps Uber |
Individu yang berkongsi cerita dengan saya ni cuma buat part time je. Kerja sepenuh masa di sebuah kilang di Johor. Mula online Uber lepas balik dari kerja. Saya letak nama samaran dia "Wan" dalam artikel ni.
Dulu masa Uber baru diperkenalkan agak mencabar. Kalau ambil penumpang kat airport, teruk kena belasah pemandu teksi. Habis kemek, pecah cermin kereta pemandu Uber. Sekarang? Teksi keluar dari airport, Uber senang-senang je datang ambil penumpang kat airport. Pemandu teksi pun ada yang berubah ke Uber.

Bukan setakat bawa orang tempatan, dah banyak foreigner naik kereta Wan. Dalam banyak-banyak foreigner yang jadi penumpang, Wan paling kurang selesa bawa orang Arab. Orang Arab ni kasar orangnya menurut Wan.
Jadi driver Uber ni kena tahu tempat-tempat makan sedap. Pelancong asing biasa tanya kat mana tempat makan paling sedap. Di antara tempat yang saya ingat Wan sebut dekat sebelah bank Cimb ada gerai jual nasi goreng kampung, Warung Pak Din namanya. Wan kata belum pernah lagi dia jumpa gerai lain jual nasi goreng kampung sedap macam dia.
Lagi Wan ada sebut nasi briyani sedap dekat Taman Dahlia. Owner dia dah tambah cawangan dalam kawasan Johor Bahru. Saya tak ingat lak nama owner dan cawangan-cawangan dia. Wan kata nasi briyani gam dia betul-betul sedap.
Selain tu ada lagi tempat lain makanan sedap kat Kota Tinggi. Ada orang jual belangkas sedap rasanya. Belangkas yang banyak kaki tu.. Haha saya tak pernah makan. Siapa yang suka makanan exotic, silakan..
Drive Uber waktu malam ni kena hati-hati. Lalu tempat gelap, tiba-tiba ada kereta keluar dari selekoh secara mengejut. Bahaya tu boleh jadi kemalangan. Kadang-kadang dekat kawasan sunyi ada gang perompak, bahaya jugak. Driver Uber mesti peka dengan keadaan sekeliling. Jaga keselamatan diri dan penumpang sekali.
Wan kenal sorang pemandu Uber full time. Mula-mula kerja kilang dan part time je Uber. Berhenti kerja kilang, mengUber full time dapat RM8000 ke RM10,000 setiap bulan.
Cukuplah setakat ini serba-sedikit pengalaman dari Wan sebagai pemandu Uber. Bagaimana dengan anda? Pemandu atau penumpang Uber?

No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.