Masa bulan puasa berat badan turun tapi lepas habis bulan puasa? Anda ada masalah berat badan naik lepas raya? Ataupun anda biasa dengar orang mengeluh lepas habis bulan puasa, berat badan naik?
Maksud gemuk dari Oxforddictionaries |
Ada banyak jenama-jenama produk kuruskan badan di Malaysia. Ada jenama tempatan dan ada yang dari luar Malaysia. Mana satu yang terbaik?
Jawapannya subjektif. Ada orang lepas makan produk diet "A" jadi kurus tapi ada jugak yang makan produk "B" baru kurang berat badan dia. Kalau tengok testimonial setiap penjual produk diet sentiasa menunjukkan "bukti" orang berjaya kuruskan badan.
Tak kurang jugak yang masuk gym untuk kurangkan berat badan. Sekarang kan famous orang berzumba nak kuruskan badan. Itu belum lagi orang yang beli alat senaman untuk bersenam sendiri di rumah. Ini bermakna tak semestinya orang nak beli produk diet dalam bentuk makan atau minum je.
Luas juga skop nak jual atau sediakan perkhidmatan kuruskan badan. Sama ada jual produk dalam bentuk pil, kapsul, serbuk, jus dan yang seumpama dengannya ataupun jual alat senaman. Contohnya hula hoop, basikal, threadmill dan lain-lain yang bertujuan kuruskan badan. Kalau modal lebih, boleh sediakan satu tempat khas untuk orang datang bersenam sama ada kelas senamrobik, zumba, gym tapi jangan yoga pulak sebab haram menurut fatwa negara Malaysia.
Sebenarnya ada cara lain yang lebih murah nak kuruskan badan. Jangan makan nasi langsung. Kurangkan makanan berminyak. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Jangan makan lemak ayam atau daging. Lebihkan makan ikan tapi ikan mahal pulak... Rajin jogging dan buat senaman perut untuk memaksimakan usaha kurangkan berat badan lepas raya.
Ada lagi tak cara lain sebagai tambahan? Lepas raya buat puasa 6 dan puasa sunat isnin dan khamis. Puasa ganti? Niat utama semestinya kerana Allah. Insha Allah anda akan nampak hasilnya.
Semoga anda berjaya jual produk atau sediakan perkhidmatan kuruskan badan. Kalau ada idea terbaik untuk dapatkan customer nak kurangkan berat badan, bolehla share di ruang komen.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.