Biar kenderaan lama asalkan jaga kebersihan. Masih banyak peniaga-peniaga guna van second hand buat pergi berniaga. Bukan semua mampu beli food truck.
Cuci van di Shell Taman Daya |
Berapa harga cuci van?
Mula-mula tanya kat pekerja tu dia kata RM10 cuci luar sahaja. Kalau cuci luar siap vakum dalam RM18 katanya. Tiba-tiba tak sama pulak macam dalam topik sebelum ni. Masa tu depan mata saya orang tu bayar RM15 kat pekerja car wash.
Mungkin masa tu tengah promosi itu yang dapat RM15 punya harga cuci Starex siap vakuum. Bila pekerja tu kata RM18 cuci van siap vakuum, saya on ajelah. Masih murah berbanding tempat lain.
Lepas setel basuh van, dorang nak vakuum lak. Sebelum vakuum tu saya keluarkan barang-barang kat dalam van. Biar dorang senang nak vakuum.
Habis je vakuum, saya angkut dulu barang-barang bawa masuk dalam van. Lepas semua barang-barang dah masuk baru saya bayar RM18. Tiba-tiba pekerja tu pulangkan RM2 kat saya.
Maknanya saya kena caj RM16 je lepas dorang cuci van siap vakuum. Mungkin saya salah dengar masa tanya awal-awal. Lapan belas dengan enam belas macam sama ke bunyinya? Masa tu saya salah dengar agaknya. Anyway, saya bersyukur sebab tak mahal pun bayar RM16 untuk cuci van siap vakuum.
Orang berniaga mesti jaga kebersihan kenderaan. Tak berkilat pun takpe asalkan bersih. Kalau kenderaan bersih dan berkilat tu kira bonuslah. Tak kira naik motor tenggiling ke, kereta ke, van ke, food truck ke dan lain-lain kenderaan. Basuh sendiri atau hantar ke car wash supaya sentiasa bersih. Kenderaan buruk tak jadi masalah. Apa yang penting? Kenderaan bersih!
Jaga kebersihan ni tak boleh dipandang ringan oleh peniaga. Terutama peniaga makanan biar bersih makanan, kenderaan, tempat berniaga dan peniaga tu sendiri. Bila dah bersih, pelanggan pun seronok nak singgah.
Bagaimana dengan anda? Ada car wash sendiri atau baru merancang nak buka car wash?
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.