Apa beza kedai jual barang harga murah dengan kedai jual barang harga mahal? Tengoklah harga barang yang sama dari dua kedai. Kalau harga barang tu lebih rendah bermakna murah dan begitulah sebaliknya.
Gambar hiasan dari Pasartap |
Kalau minyak masak dalam botol memang mahallah sejak kerajaan naikkan harga.
Kedai runcit ke, pasaraya ke, hypermarket ke memang mahal harga minyak masak dalam botol. Alasan kenaikan harga minyak masak sebab nak elakkan penyeludupan ke luar negara. Habis seluruh rakyat Malaysia menanggung beban. Tak dapat lagi harga minyak masak 5 liter RM13.35 macam tahun-tahun sebelum ni.
Ok back to topic. Kita ambil contoh mop yang dijual di Econsave RM15 tapi mop kat Smart pulak dijual pada harga RM29.90. Ini menunjukkan mop di Econsave murah manakala mop di Smart mahal.
Harga barang murah tu ada penyebabnya. Mungkin sebab dapat amik direct dari kilang atau pun supplier bagi harga rendah. Mungkin jugak sebab nak habiskan stok lama. Nak lawan harga dengan pesaing pun boleh jadi punca harga barang jadi murah.
Harga makanan dan minuman kat kedai makan pun macam tu jugak. Contohnya Papa Chop Mama Grill jual satu set chicken chop berbelas-belas ringgit. Kat Hutan Bandar Bistro lak harga satu set chicken chop bawah RM10. Harga satu chicken chop yang saya maksudkan tak termasuk air ye.
Perbezaan harga ni menyebabkan orang terpaksa beratur dan bersesak nak makan chicken chop murah kat Hutan Bandar Bistro. Kalau kat Papa Chop Mama Grill nampak lapang je sebab saya sendiri pernah try chicken chop dia walaupun mahal. Kedai makan murah sesak tapi kedai makan mahal selesa. Dua-dua kedai ni pun baik untuk pelanggan sama ada nak murah atau nak selesa.
Barang-barang elektrik pun sama. Contohnya saya pernah beli kipas meja brand Elba harganya RM60 kalau tak silap. Cukup setahun dah rosak kipas tu. Kemudian saya beli kipas meja brand Panasonic harga seratus lebih pada tahun 2009. Sampai sekarang masih tak rosak lagi. Ini yang dikatakan alah membeli, menang memakai.
Ada banyak lagi barang atau produk tertentu dijual pada harga yang mahal. Kenapa mahal? Di antara sebabnya kualiti tinggi, jenama terkenal dan warranty yang lama. Jenama produk yang terkenal memainkan peranan tinggi untuk menarik perhatian orang ramai. Kalau TV Sony LED 42 inci harga RM2999 dibandingkan dengan TV Bangbangcikicikiboomboom LED 42 inci harga RM2999 jugak. Secara jujur mana satu anda pilih?
Warranty atau guarantee produk yang lebih lama lebih menggalakkan orang untuk membeli. Warranty produk paling kurang setahunlah. Kalau boleh lima tahun atau sepanjang hayat punya warranty atau guarantee.
Jangan jual barang mahal-mahal tapi takde quality pulak. Nanti pelanggan susah nak percaya produk mahal tu berkualiti tinggi. Perbuatan ni menyusahkan peniaga-peniaga lain yang jujur jual produk mahal berkualiti tinggi.
Sama ada anda berniaga nak jual barang murah atau mahal pasti ada kebaikannya. Barang murah untuk pelanggan yang berpendapatan rendah dan sederhana. Barang mahal untuk pelanggan berpendapatan tinggi.
Jual murah atau mahal? Atau kedua-duanya sekali? Apa yang penting? Jangan tipu pelanggan.
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.