Sunday, December 31, 2017

Bergaduh pasal durian

Sebelum ni saya dah cerita pasal boikot durian mahal. Baru-baru ni pun saya ada mention pasal peniaga yang tak jujur. Peniaga durian yang tak jujur nak dibiarkan aje ke?

Si gemuk berbaju kuning dipercayai penjual durian.

Mana boleh biar peniaga tak jujur berleluasa di Malaysia.


Peniaga tipu macam ni yang nak kena boikot habis-habisan. Kejadian bertengkar atau bergaduh pasal durian ni berlaku di Jalan Kebun Klang, Shah Alam, Selangor. Apa-apa hal tengok video ni dulu.




Video di youtube ni diupload oleh Malaysia Viral tapi pemilik asal video ni ialah Jusmina Kasim. Terima kasih saya ucapkan pada Jusmina Kasim sebab dah rakam dan viralkan penipuan peniaga durian. Peniaga yang menipu ni mana boleh dirahsiakan nanti tak pasal-pasal ramai pulak yang jadi mangsa.

Banner RM20 makan durian sampai kenyang.

Point penting dari banner tu ialah "Empat Saudara Durian House", "Makan sampai kenyang" dan "RM20 per person". Dekat mana ada tulis makan dalam masa 35 minit? Tulisan yang kecik sikit tu "Jenis durian" dengan nombor telefon dorang.

Pelanggan tak puas hati sebab durian yang dihidangkan tak sedap. Ada durian yang nak rosak tunggu nak buat tempoyak pun dihidangkan. Ada limit masa 35 minit pulak tu. Memanglah customer tak puas hati.

Baik tak payah jual durian kalau macam ni. Tak payahlah buat tema makan sampai kenyang. Menyusahkan pelanggan je. Ingat boleh hidup senang ke dapat hasil menipu?

Bila customer tak puas hati boleh pulak peniaga tu nak marah tunjuk tak puas hati jugak. Peniaga macam ni patut diajar supaya tak kurang ajar lagi.

Kita ni kalau nak berniaga, biarlah pelanggan rasa seronok. Tak kiralah nak jual atau nak sediakan perkhidmatan untuk customer. Kalau pelanggan seronok beli dengan kita nanti Insha Allah dia akan beli lagi dengan kita. Kita sebagai peniaga pun ikut rasa seronok kalau pelanggan kita seronok. Barulah beronok-ronok.

Walaupun anda seorang peniaga tapi cuba letakkan diri anda sebagai pelanggan. Adakah anda suka ditipu? Tak tak tak.

Sumber

Video peniaga durian didakwa menipu tulis makan sampai kenyang

6 comments:

  1. Aih macam2 cara peniaga nak cari untung cepat... jangan biarkan peniaga macam ni berleluasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu mana boleh biarkan je peniaga menipu bebas.

      Delete
  2. durian dah jadi makanan orang kaya2 skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian orang yang tak kaya tak dapat makan durian.

      Delete
  3. ei biadapnya macam tu.. 35min je nak makan sampai kenyang? ok boleh la diterima sedikit.. tp duriannya yang busuk dan x sedap dan boleh buat tempoyak memang penipu betul ni.. biadap

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.