Thursday, December 21, 2017

Cara nak jadi domain reseller

Pernah dengar orang jadi domain reseller? Kerjanya jual balik domain yang dah dibeli. Contohnya beli domain "terbaikabc.com" dari website tertentu lepas tu jual balik domain "terbaikabc.com" yang dia dah beli tu.

Senarai domain mahal di DNJournal.
Screenshot dari DN Journal ada 100 domain dijual at least USD55,000.

Dorang kat DN Journal ada list domain yang terjual bawah $55,000. Saya pilih nak tunjuk yang atas $55,000 punya domain untuk topik kali ni. Kalau explore lagi DN Journal tu ada statement dorang keluarkan pasal insurance.com dijual pada harga $35.6 juta tu sebab jual bisnes bukannya jual domain. Maknanya insurance.com dijual perniagaannya.

Baca petikan dari DN Journal.

One other note - we frequently see other top domain sales lists around the web that include domains that were sold as part of entire revenue producing businesses with the business revenues accounting for much of the price paid. Those are NOT domain only sales and do not belong on lists of the top prices paid for domain names. Some of the most common ones that mistakenly get reported as domain sales are Insurance.com ($35.6 million for a business not a domain name), VacationRentals.com ($35 mlllion, ditto) and PrivateJet.com ($30.18 million, ditto). Even Wikipedia lists those three based on bad information reported elsewhere on the web.

-tamat petikan-

Saya nak kongsi pasal jual beli domain sahaja dalam post kali ni. Bukan nak cerita pasal web hosting. Web hosting memang ada kaitan dengan domain name. Fungsi web hosting untuk hidupkan website atau blog berdasarkan domain name yang kita pilih. 

Sekali lagi saya bagitahu yang saya nak kongsi cara beli dan jual domain name. Ada yang naikkan SEO (Search Engine Optimization) untuk domain tu dulu sebelum jual. Lepas dia dah mantapkan SEO untuk website atau blog baru dia jual domain. Ini cara yang baik untuk tarik perhatian orang yang nak website/blog guna domain tu terus dapat trafik berdesup-desup masuk. Kalau domain SEO domain tu betul-betul mantap, harga lebih $1000 pun orang sanggup beli. 1 dollar US sama dengan RM4 secara kasar, kalau $1000? Kalau lebih lagi dari $3000? Sendiri congaklah.

Ada yang beli domain je tapi tak nak jadikan website atau blog. Kira dia bayar je la setiap tahun untuk jaga domain sampai ada yang nak beli pada harga tinggi. Kalau domain tu betul-betul menarik perhatian, memang ada yang nak beli walaupun harga lebih $1000.

Saya tunjukkan cara nak beli domain sahaja. Mula-mula pergi ke 1and1.com

Step 1 beli domain
Step 1
Sebagai contoh saya letak "jangandegil.com" kat kotak kosong tu. Lepas isi domain, tekan "Check".


Step 2 beli domain
Step 2
Automatic ada "added" dan tanda "√" kat kotak hijau. Dah pasti "added" dan "√" ada? Tekan "Continue".

Step 3 beli domain
Step 3
Tekan " Continue with domain only".

Step 4 beli domain

Masih Step 4 beli domain
Step 4
Periksa dulu nama domain dan caj-caj yang bakal dikenakan. Harga kat screenshot Step 4 berjumlah $1.17 untuk tahun pertama sahaja. Tahun berikutnya kena caj extra $14. Dah peeiksa betul-betul dan puas hati baru tekan "Continue".

Step 5
Tekan " Checkout with Paypal". Memang takde gambarajah Step 5 sebab saya bukannya nak beli domain "jangandegil.com"

5 steps yang saya kongsikan ni cara asas nak beli domain sahaja. Memang takde hosting. Kira lepas beli terus nak jual domain ni. Kat mana nak jual domain?

Auctions list godaddy
Kita tengok dulu godaddy.com. Perasaan tak domain paling banyak terima bids ialah mobiletrading.com. Jumlah bids masa saya screenshot ialah 106. Tak bermakna 100 orang yang lawan harga. Mungkin 30 orang je, mungkin 10 orang atau lebih 50 orang yang bersaing nak dapatkan mobiletrading.com. Jumlah bidder saya tak pasti tapi sampai 106 kali harga domain tu melonjak naik maknanya ada persaingan yang agak sengit di situ.

Tengoklah atas sekali bids kat godaddy
Tengok price atas sekali tu menunjukkan mobiletrading.com dah cecah $999. Itu belum harga mati lagi tu. Boleh naik lagi kalau ada yang letak harga lebih tinggi.

Selain godaddy pun ada jugak tempat lain nak jual domain. Tengok screenahot berikutnya.

Domain auctions kat sedo
Kali ni kita tengok kat Sedo.com pulak. Macam sunyi je kan lelong harga kat sini? Tapi jangan pandang rendah. Cuba tengok domain qtj.com baru 3 bids dah cecah 20,000 USD.

Sebenarnya ada lagi tempat lain nak jual domain. Kalau domain betul-betul menarik perhatian orang-orang kaya kat luar sana, dorang sendiri yang cari anda. Tahu-tahu je dapat duit dah. Cuma kena hati-hati je lah kalau orang yang nak beli domain direct terus dengan kita tapi minta kita bayar caj itulah, inilah, blabla biasalah scammer pandai putar belit ayat. Jangan layan dorang.

Baik letak je kat godaddy.com atau sedo.com. Memang dorang kenakan caj sebab jual domain kat tempat dorang. Jom tengok berapa dorang caj.

Price list godaddy auctions.
Ada peringkat-peringkat pulak kalau dapat jual domain kat godaddy. Contoh mudah kalau dapat jual $1000 kena caj 15% iaitu $150 untuk godaddy. Kalau dapat jual $90 kena caj $15, dah tak ikut 15% lagi sebab minimum caj $15. 15% dari $90 baru $13.50. Mana dorang nak bawah $15 sebab tu minimum caj $15.

Caj 15% oleh Sedo

Minimum caj $60 oleh Sedo
Minimum caj Sedo memang dahsyat jugaklah. Minimum fee saja $60. Kalau dapat jual $1000 kena caj 15% iaitu $150 untuk Sedo. Sama lak persen komisen dia macam godaddy. Kalau dapat jual $90 je? Kena caj $60? Pehhhh!!!

Ini bukan bermakna Sedo lebih teruk dari Godaddy. Kalau tengok carta top 100 domain $55,000 ke atas kat DN Journal, Sedo berjaya jual 19 domain. Godaddy pulak dapat jual satu je untuk kategori yang sama.

Kalau ada salah silap info dalam topik ni, saya minta maaf. Expert domain reseller ada cara yang jauh lebih baik dari apa yang saya kongsikan di sini. Kepada yang baru nak jadi domain reseller, semoga berjaya.

Kalau nak beli domain, pergilah.

P/s : Harga promosi domain USD0.99 setahun di 1and1 untuk pelanggan kali pertama sahaja dan mungkin harga promosi ni dimansuhkan pada masa akan datang.


Sumber
1and1
Sedo - great domain auctions
Godaddy - buy and sell domain
DNJournal - Lists of expensive domains

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.