Monday, December 4, 2017

Makcik buat bisnes binaan

Jangan main-main dengan makcik ni. Makcik-makcik lain sibuk jual nasi lemak, kuih-muih, macam-macam jenis makanan dan minuman. Makcik ni pulak sibuk dengan jual barang-barang binaan. Namanya Noryati Japri.

Noryati duduk lima dari kanan.

Jom baca petikan berita ni.


BATU PAHAT – Siapa sangka minat terhadap perniagaan mendorong seorang wanita memilih bidang membekalkan barangan pembinaan iaitu cabang niaga yang jarang-jarang disertai golongan hawa.

Kecekalan Nor­yati Japri, 46, memulakan perniagaan tersebut pada tahun 2009 membuahkan kejayaan apabila dia kini bergelar usahawan berjaya.

Kini syarikatnya, Perniagaan dan Pembinaan Noor (PPN) yang terletak di Taman Sri Sulong, Parit Sulong dekat sini mempelbagaikan cabang niaga termasuk pembinaan dan hiasan dalaman. 

Menurut ibu kepada enam cahaya mata ini, beliau pernah menimba pengalaman bekerja bersama abangnya selama enam tahun dalam perniagaan sama sebelum memulakan usaha tersendiri. 

"Saya bermula dengan modal RM30,000, jumlah itu kecil bagi perniagaan ini selain kos menyewa premis. 

"Bagaimanapun, saya bertuah kerana pembekal sudi memberi kelonggaran bayaran dan ia membolehkan perniagaan ini bertahan,” ujarnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Noryati berkata, perniagaannya mula berkembang apabila menerima suntikan dana Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menerusi skim pembiayaan Prosper Teras berjumlah RM200,000 pada 2010. 

Prestasi perniagaan yang semakin baik membolehkan syarikatnya menerima pinjaman serupa pada 2014 berjumlah RM135,000 dan RM300,000 pada tahun ini.

Memiliki tenaga kerja seramai 32 orang, PPN kini memiliki sebuah kilang membuat barang-barang pembinaan seperti pintu, jeriji besi dan batu-bata. 

“Pembiayaan PUNB telah menyuntik modal syarikat dan kini PPN turut dikenali sebagai syarikat pembinaan dengan pelanggan termasuk dari luar Johor.

“Kita mampu membina rumah pelanggan bermula pada harga RM40,000 hingga RM1.2 juta selain turut menerima beberapa kontrak kerajaan,” tutur Noryati mengakhiri bicara.

-tamat petikan berita Kosmo-

Alhamdulillah, bisnes Puan Noryati makin maju. Tak salah perempuan nak buat bisnes binaan asalkan bersungguh-sungguh. Untunglah orang-orang Batu Pahat.

Siapa nak buat rumah, nak beli pintu atau nak beli sebarang alat-alat perumahan boleh pergi ke Taman Sri Sulong, Parit Sulong. Cari kedai Noor Hardware. Mari ramai-ramai kita bantu usahawan Islam!

Sumber
Cekal dalam sektor pembinaan

2 comments:

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.