Monday, December 25, 2017

Warga asing ambil alih perniagaan

Masa dulu-dulu memang biasa kita dengar warga asing jual karpet dari rumah ke rumah. Sekarang ni lebih dari karpet dorang jual kat Malaysia ni. Siap ada yang jual komputer.

Gambar warga asing diambil dari hmetro. Foto NSTP

Boleh percaya ke?

Apa-apa hal bacalah dulu petikan berita ni..


Kuala Lumpur: Bukan setakat menguasai perniagaan menjual pakaian, kasut, jam tangan, minyak wangi dan beg tiruan, sebaliknya warga Bangladesh, Pakistan serta India turut dikesan menjalankan aktiviti penjualan alat telekomunikasi di samping barangan komputer tiruan. 

Barangan yang dijual bukan saja membabitkan set komputer lengkap termasuk komputer riba, malah perkakasan membaik pulih komputer dan aksesori telefon pintar menggunakan jenama terkenal. 

Tinjauan Metro Ahad di beberapa kompleks beli-belah seperti di Bangunan Yayasan Selangor di sini, mendapati lebih 30 premis menjual barangan dan menawarkan perkhidmatan membaik pulih komputer dijalankan oleh warga asing.

Situasi sama juga berlaku di Plaza GM, Plaza Tar serta Plaza Low Yat di mana mereka menguasai kebanyakan premis jualan. 

Berdasarkan maklumat, kebanyakan warga asing terbabit menjalankan perniagaan menggunakan lesen perniagaan ‘ali baba’ milik warga tempatan, namun mereka mendakwa ‘hanya bekerja untuk majikan’.

Wartawan yang menyamar sebagai pembeli cuba meminta diskaun bagi membeli peralatan komputer, dan mereka dengan mudah memberikan potongan harga sehingga 15 peratus berbanding harga asal. 

Berbeza dengan pekerja warga tempatan serta segelintir pekerja warga asing, mereka memaklumkan tidak boleh memberikan pengurangan harga kerana hanya boleh diberikan oleh majikan. 

ANTARA premis aksesori telefon pintar yang dijalankan warga asing.  Foto NSTP

Malah, ada peniaga warga asing terbabit sebenarnya memiliki perniagaan berkenaan selepas membayar kos mengambilalih kedai berkenaan daripada warga tempatan yang sudah ‘letih berniaga’ pada harga minimum RM30,000 mengikut saiz kedai selain bayaran bulanan sekitar RM3,000 hingga RM8,000.

Kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Wan, 30, berkata, dia pernah menjadi mangsa penipuan warga asing berkenaan ketika membeli komputer riba bernilai RM1,600 di sebuah pusat beli-belah, di sini. 

Katanya, ketika membeli komputer riba itu, dia dimaklumkan barangan itu tulen kerana dilengkapi kad waranti serta nombor siri.

"Bagaimanapun, saya gagal mendaftarkan nombor siri komputer riba yang dibeli apabila pulang ke rumah. 

Beberapa kali saya cuba daftar, tapi tak berjaya kerana notifikasi yang tertera memaklumkan nombor siri berkenaan tidak wujud,” katanya.

Menurutnya, dia cuba memulangkan semula komputer riba itu kepada peniaga warga asing terbabit, namun mereka menyatakan ada kesilapan pada nombor siri dan pendaftaran hanya boleh dibuat oleh penjual. 

“Mereka juga menyatakan waranti itu juga laku bagi tempoh setahun dengan jaminan kerosakan oleh pihak kedai,” katanya. 

Sementara itu, seorang pekerja tempatan mengakui ada warga asing berkenaan sudah berniaga sejak lebih lima tahun. 

Katanya, pada mulanya mereka bekerja sebagai penjual, namun akhirnya mereka mengambil alih perniagaan daripada warga tempatan dengan perjanjian serta bayaran tertentu.

- petikan tamat -

Apa macam tuan-tuan dan puan-puan? Warga asing boleh ambil alih perniagaan di Malaysia. Nampak tak betapa hebatnya perniagaan pada pandangan dorang?

Berpuluh-puluh ribu ringgit dorang habiskan untuk mula berniaga. Dorang tak nak habiskan modal berpuluh-puluh ribu buat MLM di Malaysia. Warga asing nak buat real business di Malaysia sampai menipu jual barang tiruan kata original.

Takkan kita nak biar je? Dorang bermula sebagai pekerja makan gaji je masa mula-mula datang ke Malaysia. Ada jugak yang jual tanah kat negara dorang pastu datang ke Malaysia bukak bisnes.

Orang-orang kita? Cukuplah dengan bisnes MLM. Cukuplah dengan bisnes tak payah cari orang tapi dapat duit. Cukuplah dengan bisnes dapat "hibah" setiap bulan. Cukup-cukup sudah dengan bisnes skim cepat kaya janji bulan dan bintang. Jangan terpengaruh dengan provokasi skim penipu "kalau tak join nanti rugi".

Boleh ke kita jadi peniaga yang lebih baik dari dorang? Kalau warga asing yang jujur berniaga saya no komen. Maksud saya boleh tak kita biarkan warga asing yang tak jujur berniaga di Malaysia? Mestilah tak!

Caranya kita sendiri mulakan perniagaan. Kalau tak boleh mula berniaga sekarang, kumpul dulu modal dengan bekerja makan gaji. Kita beli sikit dari peniaga-peniaga tempatan sebagai sokongan. Paling tidak pun, kita doakan peniaga-peniaga beriman di Malaysia ni semakin untung dan berjaya. Biar bisnes peniaga-peniaga yang menipu sama ada warga tempatan mahu pun warga asing di Malaysia ni lingkup selingkup-lingkupnya. Barulah para pembeli seronok membeli-belah. Peniaga jujur, pembeli happy!

Sumber
Majikan mengaku pekerja

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.