Sunday, January 7, 2018

Keropok Udang Logo Halal Palsu

Masalah betullah kalau bisnes makanan ni tak dikuasai orang Islam sepenuhnya di Malaysia. Saya dapat info ni pun dari group whatsapp. Ada orang cina buat bisnes keropok udang pandai-pandai letak logo halal tulisan rumi dan jawi.

Keropok udang logo halal buat sendiri.
Cuba tengok gambar-gambar seterusnya.

Cuba tengok kat mana keropok udang tu?

Keropok udang depan topekong.
OKlah Islam tak melarang orang kafir untuk menganut agama lain. Biarlah keropok udang tu depan topekong sekali pun.

Anjing jaga keropok udang yang dijemur?

Kalau time jemur keropok udang pun dah ada anjing memang melampaulah. Orang macam ni mana boleh jual makanan! Pengotor!

Penguatkuasa tengah jalankan tugas.

Alhamdulillah, penguatkuasa menjalankan tugas dengan baik. Perkara macam ni tak boleh dibiarkan. Tak padan dengan pengotor, nak jugak letak logo halal rumi dengan jawi.

Kat Hmetro online pun ada cerita pasal penjual keropok udang reka logo halal sendiri. Gambar ada satu je. Anyway anda boleh baca sendiri petikan berita keropok udang logo halal reka sendiri punya.

--Petikan berita--

Shamsul Nizam (tiga dari kanan) tunjukkan logo halal rekaan sendiri.

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak menyerbu premis menggoreng dan membungkus keropok udang di Lawan Kuda, Gopeng kerana menggunakan logo halal rekaan sendiri tanpa pengesahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), semalam.

Serbuan 11 pagi itu membabitkan empat anggota penguat kuasa KPDNKK Perak serta tiga pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) selepas menerima aduan awam berhubung penggunaan logo halal yang meragukan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK Perak, Shamsul Nizam Khalil berkata, pihaknya menjalankan risikan selama seminggu sebelum mendapati premis perniagaan menggoreng serta membungkus keropok udang itu menggunakan penandaan tulisan halal rumi dan jawi pada bungkusannya.

Katanya, hasil siasatan dijalankan terhadap seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai pemilik perniagaan itu mendapati premis itu sudah beroperasi kira-kira dua tahun dan memperoleh keropok mentah daripada Indonesia.

Menurutnya, keropok mentah yang diperoleh itu digoreng dan dibungkus di premis berkenaan sebelum dipasarkan di Kawasan Hentian Rehat Dan Rawat (R&R) sepanjang laluan Tapah hingga ke Tanjung Malim.

"Pengesahan awal oleh pegawai JAIPk menyatakan syarikat itu tidak pernah membuat permohonan sijil halal ke atas produk keropok udang itu dan mendapati logo halal digunakan adalah direka sendiri.

"Oleh itu, pihak kami mengambil tindakan menyita sebanyak 396 bungkus keropok dan 1,600 plastik pembungkusan yang mempunyai perkataan 'Halal' dalam rumi dan jawi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM1,786," katanya pada sidang media di Pejabat KPDNKK Perak di Ipoh, hari ini.

Shamsul Nizam berkata, tindakan diambil mengikut Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Katanya, KPDNKK memandang serius terhadap premis perniagaan menggunakan perakuan halal serta penandaan halal tanpa pengesahan JAKIM dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka.

"Pemeriksaan dari Januari 2017 sehingga semalam terhadap premis di negeri ini, sebanyak 17 kes dicatatkan dengan nilai rampasan sebanyak RM8,377 dicatatkan membabitkan isu halal," katanya.

--tamat petikan berita--

Saya menyeru kepada semua orang kafir yang berniaga dalam bidang makanan supaya masuk Islam. Untung di dunia sebab ramai orang Islam beli produk anda tanpa ragu-ragu. Untung di akhirat bila dapat masuk syurga. Kalau tak nak masuk Islam, tolong jangan salah guna perkataan HALAL !!!

Peniaga-peniaga yang memang dah Islam pulak sila kuasai bisnes makanan di Malaysia dengan sebaik-baiknya. Makanan halal lagi bersih boleh dinikmati oleh semua orang Islam dan kafir di Malaysia. Kalau makanan haram? Orang Islam tak boleh makan. Dah rugi kat situ. Itu yang timbul isu logo halal palsu atau reka logo halal sendiri.

Saya bukan benci orang kafir berniaga tapi saya benci orang berniaga yang menipu. Kalau orang Islam menipu dalam perniagaan pun saya benci jugak. Cuma dalam topik kali ni perkataan halal telah disalahgunakan. Perkara halal haram ni tak boleh dipandang enteng. Saya ucapkan syabas kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas dengan baik dalam isu ni.

P/s: Bukan semua orang kafir tu jahat.

Sumber

2 comments:

  1. nak beli dari bukan islam boleh jea..tapi make sure dah ada sijil halal dari JAKIM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat tak kuaci cha cheer guna logo halal jakim tapi ada dna babi?

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.