Saturday, February 17, 2018

Kos nasi lemak untuk jual

Assalamualaikum, hari ni saya nak share anggaran modal nasi lemak untuk dijual. Mungkin modal yang saya gunakan tak 100% sama dengan modal yang bakal anda gunakan. Apa-apa hal semoga info yang saya share ni jadi panduan kepada sesiapa yang nak berniaga nasi lemak tepi jalan.

Nasi lemak telur separuh.

Ok jom kita tengok anggaran modal bahan-bahannya.


Bahan - bahan dan anggaran modal yang diperlukan untuk 34 bungkus ialah :
  1. Beras 6 pot anggaran 2.5kg RM6.50 (5 kg=RM13).
  2. Kacang 300 gram RM2.70 (1kg=RM9).
  3. Ikan bilis 150 gram RM5.10 (1 kg=RM34).
  4. Telur 17 biji RM6.12(30 biji=RM10.80).
  5. Santan 500 gram RM4 (1kg = RM8).
  6. Cili kering 200 gram RM2.20 (1kg = RM11)
  7. Bawang besar 25 biji atau 3 kg RM10.50 (1kg=RM3.50).
  8. Bawang putih 1 labu atau 80 gram RM0.64 (1kg=RM8).
  9. Minyak masak 1 liter RM4.60 (Sebotol 5 liter=RM23).
  10. Kertas coklat 34 helai RM1.224 (100 helai RM3.60)
  11. Plastik sambal 34 keping RM0.68 (100 keping RM2).
  12. Sudu kecik 34 keping RM0.68 (100 keping RM2).

Jumlah kos yang digunakan untuk 34 bungkus nasi lemak ialah RM44.944 dibulatkan jadi RM44.95. Itu tak termasuk penggunaan gas untuk goreng kacang dan ikan bilis. Tak termasuk juga penggunaan gas untuk rebus telur. Nak masak sambal tu yang dahsyat sebab nak 3 jam guna gas masak. Tak termasuk 10 sudu gula dan garam secukup rasa untuk sambal.

Kalau ikut bahan yang saya kongsikan untuk sediakan sambal ni cukup untuk 68 bungkus nasi lemak. Kalau hari ni jual 34 bungkus, esok boleh guna sambal yang sama untuk lagi 34 bungkus. Jangan lupa simpan sambal dalam peti sejuk kalau nak guna untuk 2 hari.

Kertas coklat dan plastik sambal pun boleh guna untuk bungkus 34 nasi lemak. Lagi 66 kertas coklat dengan plastik sambal tu pandai-pandailah guna untuk esok-esok plak. Sudu kecik bukan semua orang nak so dah jimat kat situ. Makan nasi lemak guna tangan lagi padu beb! (Sengetkan bibir masa cakap padu beb).

RM44.95 tu untuk modal 1 round 34 bungkus punya nasi lemak. Kalau bahagi dengan 34 bungkus modal dia nampak tinggi. Untung pun ciput je. 34 bungkus nasi lemak baru RM51. Modal dia takkan jadi RM89.90 kalau nak tambah lagi 1 round 34 bungkus nasi lemak. Tak percaya? Jom kita main kira-kira.

Kalau nak senang kira, kita buat kiraan untuk 68 bungkus sekaligus. Beras tu guna sepenuhnya 5 kg RM13. Kacang dan ikan bilis kita guna bajet yang sama macam kat atas iaitu RM2.70 tambah RM5.10 sama dengan RM7.80. Telur 34 biji RM12.24. Santan 1 kg RM8. Cili kering maintain RM2.20. Bawang besar dan bawang putih maintain RM10.50 tambah RM0.64 sama dengan RM11.14. Minyak masak pun maintain guna 1 liter je iaitu RM4.60. Kertas coklat dan plastik sambal masing-masing 68 pcs so RM2.448 campur RM1.36 sama dengan RM3.808. Sudu plastik 68 pcs RM1.36. Jumlahnya? RM64.148 dibulatkan menjadi RM64.15.

RM64.15 untuk 68 bungkus nasi lemak. Anggaran kos sebungkus nasi lemak RM0.95. Nak jual sebungkus RM1.50 je. Untung bersih berapa sen sangat. Kalau habis jual 68 bungkus dapatlah RM102 tak termasuk tolak modal. Apa-apa hal modal RM64.15 pun boleh jadi kurang atau bertambah. Contohnya kalau customer tak nak sudu. Ada jugak customer mintak sambal lebih. Ada jugak yang mintak plastik lebih. Bersabarlah wahai peniaga tepi jalan, takkan jatuh miskin sebab bersedekah.

Minyak masak saya tak guna yang dalam plastik walaupun 1 kg RM2.50 je. Dulu pernah terkena minyak masak dalam plastik ada ketulan atau tompokan warna putih. Lepas tengok video Ustaz Shahir dan baca info dari website PPIM, minyak masak dalam plastik dikhuatiri minyak yang direcycle. Nak tahu recycle ke tak, cuba letak dalam peti sejuk 2 jam. Kalau ada putih-putih tu memang recycle. Yang putih-putih tu mungkin sisa lemak haiwan. Haiwan apa? Mintak-mintak bukan yang haram dimakan.

Sebab tu kalau saya ternampak peniaga tepi jalan guna minyak dalam plastik untuk menggoreng, saya tak nak beli. Kalau tak nampak? Sangka baik je lah. Saya di antara pembeli pisang goreng, cempedak goreng dan makanan goreng-goreng tepi jalan. Petang-petang pekena pisang goreng cicah sambal kicap memang pehh sedap. Sekarang dah jarang beli sebab nak kurangkan makan berminyak. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Seandainya anda ada cara untuk mengurangkan lagi kos nasi lemak untuk dijual, berikan idea anda melalui komen di blog ni. Mana tahu saya salah kira ke? Tegurlah saya dengan baik Insha Allah saya akan terima dengan baik jugak.

Update 10 Mac 2019
Saya mengucapkan terima kasih kepada pemberi komen ini.
Komen orang berpengalaman 10 tahun kerja kilang minyak sawit.

Berdasarkan komen tersebut, saya mula meneliti minyak masak 1kg dalam plastik sebelum membeli. Kalau ada tompokan atau keladak putih, saya tetap tak nak beli.

Kesilapan operator dan QA untuk kejar shipment menyebabkan saya dan mungkin juga orang lain masih bimbang nak beli minyak masak dalam plastik.

Kalau keladak putih tu bukan sebab salah silap operator dan QA? 

Adakah disebabkan lemak haiwan minyak recycle?

Mintak jauhlah.

Kalau minyak masak dalam plastik nampak clear tanpa sebarang bendasing, insha Allah saya yakin nak beli.

Update 8 Disember 2020
Harga bahan mentah kadang-kadang naik. Ada masa harga bahan mentah turun. Apa-apa hal jangan putus asa dalam bisnes nasi lemak.

Kalau nak berniaga dari rumah siap ada pihak tolong ambil dan hantarkan makanan/minuman dari rumah, sila baca di sini.

Update 12 November 2021
Harga ayam, bawang dan bahan-bahan lain untuk buat nasi lemak betul-betul mahal. Padahal Malaysia masih dalam pandemik Covid-19.

Kalau tahun 2019 ke bawah memang setiap hujung tahun berlumba-lumba orang nak buat majlis persandingan. Nak kutip duit dari tetamu sebanyak-banyaknya.

Akibatnya harga ayam, bawang dan bahan-bahan mentah meningkat.

Buat masa ini, orang masih risau nak buat majlis kahwin atau sebarang majlis makan ramai-ramai.

Mungkin tradisi negara kita setiap hujung tahun harga ayam dengan bawang mesti mahal?

Update 17 Jun 2023
Harga barang makin mahal. Orang jual sebungkus nasi lemak telur sebiji harga RM3 dah kira murah.

124 comments:

  1. Di Bangi, nasi lemak telur rebus sebiji d jual RM 2. Licin habis. Mungkin pakej begini lebih menarik. Apa apa pun, selamat berniaga tuan

    ReplyDelete
  2. Waa...gitu pula kosnya... Berniaga sendiri mmg mencabar. Tapi kalau dah biasa & proses dah betul2 set, Insya-Allah, blh untung lebih. Part minyak pula - tu pasal x brp gemar beli mknn. Walaupun bkerja, cuba jg msk utk keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasal keuntungan nasi lemak tu saya bersyukur je. Masak sendiri lebih baik sebab kita boleh pastikan minyak masak apa yang kita gunakan.

      Delete
  3. betul dah tu pengiraan modal nasi lemak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cuma harga bawang sekarang turun tapi saya malas nak update modal nasi lemak. Mana tau harga bawang naik masa puasa atau raya ni kan?

      Delete
  4. abg dpt jual purata brapa bungkus shri?sya bru nk start niaga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran dalam 30 ke 40 bungkus sehari. Saudara yang bertanya mungkin lebih pandai berniaga dari saya..hehe

      Delete
  5. wah menari.. saya student..baru nak cuba berniaga letak di U.. cari duit poket... πŸ˜‡

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah berniaga nasi lemak di U. Harga bawang sekarang dah turun buat masa ni. Insha Allah berjaya.

      Delete
  6. Baru nak start niaga nasi lemak.. lepas bhnti dri kerja. Harap2 sy boleh πŸ’ͺ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah boleh berjaya niaga nasi lemak. Lokasi dan tak putus asa dalam niaga tu paling penting.

      Delete
    2. kalau nak letak kat petronas, brp agaknya patut sy jual ya nasi lemak?

      Delete
    3. Kena tengoklah kuantiti nasi lemak dan lauknya. Kalau nasi lemak telur sebiji tu saya cadang letak harga RM1.50 sebungkus. Mungkin Petronas boleh jual RM2.50.

      Apa-apa hal kena bincang dengan supervisor atau manager petronas.

      Delete
  7. i pun plan nak jual nasi lemak, tapi disbbkan bukan islam, agaknye ada business tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bukan Islam mungkin agak mencabar nak jual nasi lemak tepi jalan. Bukan bermakna non-muslim tak boleh jual nasi lemak. Sebelum ni saya pernah tengok di kedai cina bukan Islam pun ada jual nasi lemak.
      Mungkin awak boleh hantar nasi lemak di kedai mamak dan kedai cina? Kena tanya dululah pemilik kedai mamak/cina sebelum hantar nasi lemak. Jangan putus asa kalau dorang tak nak sebab ada banyak lagi kedai makan mamak/cina lain.
      Semoga Allah buka hati awak untuk masuk Islam. Percayalah awak takkan menyesal masuk Islam. Insha Allah bahagia di dunia dan akhirat.

      Delete
  8. Saya suka jgak bniaga nasi lemak..boleh up sikit harga tu tuan..asalkan sedap mahal sikit tak apa..kcg xperlu letak..xpe..kurgkn kos modal..yg paling utama sambal tu kna kaww tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah jual nasi lemak RM2 sekarang. Nasi lemak, telur sebiji, kacang dengan ikan bilis dan sambal. Terima kasih atas komen tuan.

      Delete
  9. Saya pun berniaga nasi lemak dari rumah. Tak sampai lagi 6 bulan. Buat sampingan aje. Kadang-kadang terima tempahan untuk meeting. Alhamdulillah. Masih ada untung walaupun kecil. Nasi lemak saya jual RM1.50. Tapi ramai customer cakap nasi lemak saya jual ni sepatutnya harga RM2 sebab nasi banyak. Bahan pulak saya letak telur, ikan aya dan timun. Kacang bergantung pada stok. Mana-mana terlebih tu saya anggap sedekah ajelah.😊 Semoga bisnes encik terus maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur sebiji atau separuh? Jual je sebungkus RM2, kalau harga borong 100 bungkus ke atas baru RM1.50 sebungkus. Tahniah dapat tempahan untuk meeting. Saya rasa bisnes encik/puan boleh pergi jauh ni. Semoga berjaya.

      Delete
  10. Boleh tau awk berniaga ambil lesen tak kalau berniaga tepi jalan? sbb ada sesetengah org yg berniaga tak amik lesen. Takut juga kalau takde lesen tetiba kena saman atau angkut. btw semoga berjaya n dimurahkan rezeki awk. sy pun baru mula nak meniaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya berniaga tak amik lesen. Pegawai MBJB di tempat saya OK tak ganggu pun saya berniaga. Awak nk berniaga di mana? Kalau tak ganggu jalanraya atau tempat parking takpelah. Berniaga je insha Allah takde masalah.

      Delete
  11. Nasi tanak ke kukus? Saya py kukus, jual 1.50 rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak tanak. Nasi kukus RM1.50 siap dengan lauk apa?

      Delete
    2. Klu nasi lemak + begedil agak2 brp nk jual ye? Mohon bg komen

      Delete
    3. RM2 kalau harga tepi jalan? Kalau nak tambah harga kena tengoklah kuantiti nasi lemak, ikan bilis, kacang, sambal dan yang sewaktu dengannya.

      Kalau kat restoren saya terkena nasi lemak sepinggan RM3 tak termasuk lauk.

      Delete
  12. Kalau nasi lemak sotong org jual brapa biasanya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak pernah beli nasi lemak sotong tapi saya anggarkan RM6 atau lebih.

      Delete
    2. Ya , sotong mahal sama jugak lauk rendang pedas kerang.. customers yg tahu akan sanggup bayar.

      Delete
  13. Jangan ingat minyam paket ja ada minyak guna semula.. Minyak yg botol pun ada . Jadi perlu hati hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak botol jenama apa yang guna semula? Kongsikan di sini mudah-mudahan lebih ramai orang dapat diselamatkan.

      Delete
  14. Saya pun baru 2-3 bulan berniaga nasi lemak.Dekat kampung kalau nasi lemak RM1.20. Saya consignment tolak RM1. RM0.20 komisen kedai. Dulu masa mula jual rancak juga sehari boleh pergi 30 bungkus. Sekarang 15 bungkus pun susah. Bila dikira balik untung baru Rm1 atau Rm2.

    Tapi saya nak kongsikan juga ada yang buat sehari 400 bungkus. Saya yakin boleh boleh survive sebab barang dibeli secara pukal. Kos lebih rendah. Apa pun selamat maju jaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau untung sikit, kena jual lebih banyak. Saya doakan anda pun dapat jual sehari 400 bungkus nasi lemak.

      Terima kasih sudi kongsi pengalaman nasi lemak consignment di sini. Semoga bermanfaat bagi pembaca-pembaca yang baru nak cuba berniaga nasi lemak.

      Delete
    2. Kalau buat nasi 300 bungkus dgn nilai rm1.00
      Nasi
      Sambal
      Telur
      Kacang timun ikan bilis semua xnak...
      Agak2 berape kos nye

      Delete
    3. Nasi berapa banyak sebungkus? Satu senduk, dua senduk?
      Sambal satu sudu atau dua sudu je?
      Telur potong empat? Potong lapan?

      Mungkin RM100? Mungkin RM250? Mungkin lebih?

      Sediakanlah RM250 walaupun mungkin kurang dari RM200 modalnya.

      Delete
  15. Salam.sy penganggur.umah sy betul2 dpn skolah.sy mmg terpikir nk buat ns lemak tp klu dua rgt,budak nk bli tak.cdg nk letak telur ngn ikan bilis.tahla,mcm2 dlm pikiran.rasa ssh je nk buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, rumah depan sekolah dah ada peluang besar buat duit tu. Makanan harga rm2 mungkin budak2 susah nak beli. Try cari idea jual makanan yang rm1 ke bawah.

      Contohnya jual aiskrim dalam kon rm1, aiskrim malaysia 50 sen, kek coklat atau donat coklat rm1 sebiji.

      Ada lagi idea2 makanan lain yang 50 sen atau rm1. Tak susah pun nak buat tu. Saya doakan anda berjaya amik peluang ni.

      Haishh kalaulah rumah saya depan sekolah..

      Delete
  16. bulan depan sy dah start nega nasi lemak kawasan umah sy ni...sy harap dengan mngikut semua nie dpat nega dengan lebih baikk..terima kasih tuann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga bisnes puan terus maju dan menguntungkan.

      Kalau puan jumpa cara yang lebih baik dari sini, mungkin boleh kongsi nanti?

      Terima kasih kembali sebab sudi komen di sini.

      Delete
  17. Nak tanya kalau buat delivery ..berbaloi tak buat nasi lemak telur sebijik dengan harga Rm2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berbaloi kalau jarak dekat dan terima banyak order.

      Delete
  18. berkenaan minyak masak paket=> recycle itu tak tepat. Maaf.
    Yang dalam paket berjenama seperti jenama besar memang minyak baru daripada tangki yang sama. saya 10 tahun bekerja dalam kilang minyak sawit.
    kalau jenama tak pernah dengar tu kena selidik dulu.
    berkenaan keladak putih dalam minyak, berkemungkinan proses tapisan di kilang tak sempurna (operator plant mengabaikan parameter untuk kejar production output). "Cloud Point" tak mencapai standard tapi QA tutup mata untuk kejar shipment.
    point utamanya adalah, minyak paket dan botol daripada jenama besar memang boleh dipercayai. jenama kecil bukan bermaksud diragui, tapi perlu diselidiki untuk pengesahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 10 tahun kerja kilang minyak sawit? Ada jugak expert pasal minyak masak sudi singgah sini. Kilang atau pengeluar yang berdaftar insha Allah takde masalah.

      Masalahnya pengeluar yang tak berdaftar. Isu geng kumpul minyak masak dari kdai mkn/restoren ni dah lama dah tapi macam cuba ditutup dari orang ramai. Ada pihak untung besar kalau tutup isu ni?

      Saya boleh terima keladak putih dalam minyak masak paket berkemungkinan proses tapisan tak sempurna. Tak mustahil berkemungkinan juga keladak putih dalam minyak masak adalah lemak haiwan. Sebagai langkah selamat, saya tak nak beli minyak masak paket.

      Point utama saya, lebih baik berwaspada dengan tidak membeli minyak masak dalam paket. Kalau nk beli minyak masak botol kena tengok betul-betul pastikn tiada keladak putih tak kira jenama apa pun.


      https://www.rasa.my/langkah-mudah-nak-pastikan-jika-minyak-masak-anda-adalah-kitar-semula-wajib-buat-kalau-nak-sihat/

      Delete
  19. sye baru nak cuba2 jual nasi lemak restorna tempah, minta pendapat,,berapa harga ptut sya letak nasi lemak biasa je,,sambal,ikn bilis,kacang,timun and telur rebus seblah,,and berapa bungkus agak2 sya buat untuk percubaan,, terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan anda letak harga RM1.50, kedai jual RM2.
      Kalau nak letak harga RM1 pun bole tapi kena kurangkn nasilah. Nanti kedai makan boleh jual RM1.50. Timun? Takde pun takpe.

      Cuba buat 20 bungkus dulu untuk test market.

      Semoga berjaya!

      Delete
  20. Pukul berapa start msk..? sy br juga nak meniaga nasi lemak.. start msk pkl 1 pagi.. letihnya xtau nak cite.. mcmane awk susun ms...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Petang lepas Asar dah mula rebus telur, goreng kacang, goreng ikan bilis dan buat sambal. Sementara tunggu sambal nasi lemak siap, buat inti kentang dengan sardin. Lepas tu masak lauk untuk makan lepas maghrib.

      Lepas Isyak baru klim epok-epok. Rendam bihun, tutup api sambal kalau dah siap.

      Esoknya, isteri saya bangun jam 3 atau 4 lebih mula masak nasi lemak, goreng epok-epok dan bihun. Kalau sempat baru buat donat dengan pau sambal.

      Buat sambal dua hari sekali. Penatnye kalau nk buat setiap hari. Inti kentang pun dua hari sekali.

      Kebanyakannya isteri saya buat, saya tolong sikit-sikit je. Memang penat nak sediakn sarapan untuk berniaga. Kena banyak minum air kosong untuk kurangkan rasa penat dan jaga kesihatan.

      Delete
  21. Saya pun baru bercadang nk meniaga nasi lemak
    Tp msh lg dilemma nk jual pakej yg man rm1 or rm2
    Klu rm1 sy ltk sambal n telur dadar je
    If rm2 sy plan nk ltk ikan bilis timun n telur rebus separuh n sambal
    Ok ke mcm ni
    Lg2 cuti sekolah nak bermula
    Mungkin byk permintaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya cadangkan buat dua-dua sekali. Tengoklah yang mana lagi banyak permintaan, yang itulah dilebihkan.
      Semoga sukses dalam bisnes nasi lemak!

      Delete
  22. Terima kasih sudi share kos modal n anggaran jual nasi lemak.. Saya pun baru je start jual nasi lemak Di ofis rm1.50 sebungkus..saya buat 40 bungkus.. 10 bungkus x habis dijual...saya sedekah kn kt Kawan2 Di ofis.. Mula2 dh mcm tak mau dh buat nasi lemak.. Sbb x balik modal Sgt.. Dgn jualan yg x brp memberangsangkn.. Tetap percaturan Allah tu mmg terbaik.. Saya dpt tempahan 50 bungkus utk hari jumaat ni dari kwn ofis yg saya sedekah kn nasi lemak yang tak habis tu....oh ye.. Kos santan sekilo saya beli Di pasar borong kelmarin rm3.50 sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Saya suka perkongsian macam ni. Terbukti sedekah itu tidak membuatkan kita jadi papa kedana. Tahniah dapat tempahan 50 bungkus nasi lemak. Pasal santan sekilo RM3.50 tu hati-hatilah sebab kalau terlalu murah mungkin ada masalah. Sama ada nisbah air yang sangat banyak atau ada campur tepung untuk bagi nampak pekat.

      Apa-apa hal saya ucap terima kasih sebab kongsi pengalaman jual nasi lemak di sini. Semoga bermanfaat kepada pembaca-pembaca blog saya.

      P/s: Saya tak terima sedekah sebab saya bukan orang miskin.

      Delete
  23. Assalamualaikum..agak-agak sesuai tak jual nasi lemak dekat dengan kedai car wash?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam.. Saya fikir tiada masalah kalau nak berniaga dekat dengan kedai car wash. Mana tahu sambil tunggu kereta dibasuh diorang boleh singgah beli nasi lemak? Kalau siap jual air lagi bagus.

      Delete
  24. Klo ns lemak rm3 telur sebiji dan nasi lembihkn sikit tpi sambal mmg padu. Agk2 ok x warga kerja nk membeli.
    Dan lauk2 sprti aym rendang n aym goreng setiap nya rm3.

    Ok x

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah boleh buat ni. Kalau kena lokasi menarik, tak jadi masalah nasi lemak padu rm3.

      Delete
  25. Salam..saya seronok membaca blog saudara serta perkongsian semua pembaca..tiba2 rasa ada satu semangat utk mencuba bisnes ini..lebih2 lg dlm suasana ekonomi yg agak mendesak utk saya mencari jalan keluar dari keperitan hidup di bandar..Jika saya berhajat utk menjual nasi lemak bungkus utk dihantar di kedai2 makan spt kedai mamak, apa perlu saya lakukan untuk memulakan bisnes saya..mintak tuan bg pendapat..tkasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih sudi baca di blog saya.

      Mulakan dengan bertanya di kedai mamak, kedai runcit atau mana-mana tempat yang saudara nak letak. Kalau dah dapat keizinan dorang, baru beli bahan-bahan untuk buat nasi lemak.

      Esok pagi dah boleh letak nasi lemak kat tempat dorang. Try 10 bungkus dulu untuk satu tempat.

      Semoga berjaya!

      Delete
  26. Jual NL depan gate rmh ok ker. Asa juga org lalu spt bdk2 sekolah dan org biasa pergi kerja yg jln kaki

    ReplyDelete
    Replies
    1. NL tu bukan acronyms untuk Netherlands?

      Kalau jual nasi lemak depan rumah memang ok. Semoga sukses!

      Delete
  27. okay tak saya nak jual nasi lemak rm 5
    ada telur rebus sebiji
    nasi satu mangkuk
    5 keping timun
    kacang
    ikan bilis
    sambal satu bekas kecil dadih
    siap sude dan garphu
    dalam bekas plastik tutup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jual tepi jalan, harga macam tu mahal. Timun boleh dikurangkan kepada sekeping je. Garfu? Pada pendapat saya tak perlu.

      Kalau harga RM3 siap alas daun pisang dalam bekas plastik tutup tu insha Allah laris. Sambal tu boleh ganti isi dalam plastik saiz 3 x 4.

      Kalau nak jual RM5, telur tukar kepada ayam. Timun cukup sekeping sahaja. Sambal boleh letak dalam plastik kecik lutsinar saiz 3" x 4" yang ada macam zip tu. Yang lain dah ok dah tu.

      Ini pendapat saya je. Terpulang kepada tuan/puan untuk buat keputusan sendiri.

      Semoga berjaya jual nasi lemak!

      p/s : nak jual kat mana?

      Delete
  28. Isteri saya nk jual nasi lemak berlauk dalam rm3.50 agak2 kos berapa ye dn oke tk an harga tu..sbb jarang org buat cmnie ssh nk kira2 nk bgi bajet xlari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu OK kalau kos lauknya tak terlalu tinggi. Lauk apa nak letak kat nasi lemak tu? Ayam? Ikan? Telur?

      Saya pun susah nak bajet sebab nak tau dulu lauk yang isteri tuan nak jual tu.

      Apa-apa hal boleh try bajet RM100 ke RM200 dulu untuk test market.

      Semoga isteri tuan berjaya dalam bisnes nasi lemak berlauk RM3.50!

      Delete
  29. Sy baru nak niaga nasi lemak... Nasi lemak telur separuh, kacang, ikan bilis, sambal dan timun RM2.00 ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau harga tepi jalan RM1.50 tu. Kalau telur sebiji bolehlah RM2.00.

      Apa-apa hal, kalau lokasi berniaga tu strategik mungkin nasi lemak harga RM2.00 macam tu tak jadi masalah.

      Semoga sukses berniaga nasi lemak!

      Delete
  30. Sy meniaga ns lmk dh 2 tahun lbh..Alhamdulillah..stkt ni cstmr puas hati ..Dgn hrga rm 1.50 tlr sparuh.rm2 tlr sbj..rm2.50-rm3.00 aym smbal.kol 8am dh hbs utk 6kilo ns kdg2 x ckop.Alhamdulillah..cstmr puas hti sbb smbal power..dan sy pn dh ade cstmr tetap setiap hri..Alhamdulillah..dgn rezeki hasil jual ns lmk tepi jln berbLoi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Perkongsian macam inilah bagus. Boleh naikkan semangat orang yang baru nak berniaga nasi lemak tepi jalan.

      Delete
  31. Salam..saya baru start niaga nasi lemak secara delivery order..cuma saya masih dalam dilema nak guna beras apa..first batch order saya guna beras wangi dan hasil nya mmg sedap..saya jual rm2 sebungkus ada kacang, telur suku, ikan bilis goreng & sambal...cuma kos utk beras tu lah yg agak mahal..apa pendapat tuan ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..gunalah beras biasa tuan. Nasi lemak ni yang penting rasa lemak pada nasi dan rasa pedas-pedas manis sambal dia. Telur, ikan bilis dan kacang tu penambah rasa.

      Jual nasi lemak siap hantar ni bagus sebab memudahkan orang nak beli.

      Semoga sukses!

      Delete
  32. Alhamdulilah...saya suka tentang perkongsian tuan tentang kiraan kos nasi lemak nie,mungkin lain kali boleh buat pengiraan untuk kos nasi bajet, nasi ekonomi atau selainnya,
    ianya memberi menfaat kepada peniaga2 baru setrusnga memberi dorongan dan sokongan..saya baru saje mahu memulakan perniagaan nasi lemak ini, insyaallah nasi lemak rm2,saya bercadang mahu mencari kelainan untuk nasi lemak ini,
    doakan saya kuat semangat dan peroleh rezeki ya guys..
    saya doakan kalian semua berjaya ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah saya pun suka komen puan di blog saya yang tak seberapa ni.

      Semoga sukses dalam bisnes nasi lemak!

      Delete
  33. Salam tuan. Saya plan nak jual nasi lemak secara delivery Rm4 sebungkus, ok ke? Dalam tu ada sambal, ikan bilis, 1/4 telur rebus, timun dan ayam goreng yang dipotong 8. T. Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan Azmi. Saya setuju dengan plan nasi lemak delivery RM4 tu. Cuma saya nak tahu ayam dipotong 8 tak terlalu besar ke?

      Pendapat saya, seekor ayam dipotong sepuluh pun dah OK. Biasa orang potong 12 atau 14.

      Apa-apa hal terpulang pada plan bisnes tuan. Semoga sukses dalam bisnes nasi lemak.

      Delete
  34. Salam.. Tuan terima kasih utk perkongsian.. Menarik.. Sy skrg baru bercadang nk berniaga nasi lemak..in shaa Allah akan start blnn10 ni.. Cuma skrg ni tgh planing harga brg dan modalnutk sebungkus.. Tuan dah bg idea.. Tq tuan.. Semoga tuan murah rezeki.. RM1 NASI LEMAK BERBALOI X..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Nasi lemak sebungkus RM1 berbaloi kalau kuantitinye sikit je.

      Semoga tuan pun murah rezeki dan berjaya dalam bisnes nasi lemak.

      Delete
  35. Terima kasih atas feedback tuan...Saya just nak share yang saya dah berjaya jumpa beras yang sesuai dengan kos dan rasa pun okay..Packaging beras pun nama nya Beras Nasi Lemak. Rasa pun okay.

    InsyaAllah thank you tuan! ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Kalau kos bisnes dah OK barulah untung pun lebih. Saya tak pernah tengok lagi packaging beras "Beras Nasi Lemak".

      Terima kasih sudi komen lagi di blog saya.

      Delete
  36. Assalamualaikum

    Masyaa Allah, terima kasih atas perkongsian abg. Kebetulan saya baru habis belajar. Baru duk buat kira-kira nak jual nasik lemak tepi jalan. bukak bonet kereta je. Plannya nk jual rm2 sebungkus:
    - telur rebus sebijik
    - sambal
    - timun
    - kacang

    add on:
    - ikan bilis goreng
    - rendang ayam

    doakan saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam.
      Saya fikir dah OK nasi lemak RM2 macam tu.

      Semoga bisnes nasi lemak abg pun sukses!

      Delete
  37. Assalamualaikum
    Kalau jual RM1
    Nasi tak lah banyak sangat tapi lebih kurang 1cawan
    Sambal bilis
    Timun and telur belah 4

    Berbaloi ke?
    Anggaran permulaan nak jual 3kg beras dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.

      Insha Allah berbaloi.

      Kalau dapat lokasi yang memang orang ramai senang singgah, insha Allah habis licin permulaan 3 kg beras tu.

      Semoga sukses!

      Delete
  38. Salam nak tanya.. if nasi lemak RM1.50 nasi byk mana?? Ukuran cawan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Guna cawan kecik pun bole, guna mangkuk kecik pun bole.

      Delete
  39. assalamualaikum, alhamdulillah, sy dah meniaga nasi lemak rm1 masuk 2 bulan... subhanallah sambutan amat2 menggalakkan... depan rumah sekolah menengah, sy start niaga pkul 7.. kol 8 tu da abis,... sy masak nasi 4kilo stgh je buat mse ni... mmg boleh pegi jauh nasi lemak rm1.. untung mmg x bnyk, tapi allah bagi rezeki tak putus2..... inshallah segala penat lelah allah akan balas dkt akhirat..
    cabaran sy: deret dgn kedai2 makan orang lama.. tp alhamdulillah nasi lemak rm1 jadi pilihan... kunci utama... bagun awal solat tahajud, solat subuh... mase solat subuh tu, berdoalah utk ibu dan ayah... allahuakbar... sahabat... akan rasa kenikmatan dan rezeki melimpah ruah dari ALLAH S.W.T tnpa disangka2.... meniagalah ape pon... kalau doa kpd ibu bapa x pernah tinggal.. inshallah hidup lebih berkat.. jangan takut nak berniaga.. semua kerana allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam, alhamdulillah perkongsian yang sangat baik. Sebagai tambahan amalkan Surah al-Waqiah setiap hari insha Allah rezeki lebih melimpah ruah.

      Delete
  40. Salam., nk tny pot beras tu bsar mn

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum. Saya baru berniat nak buat delivery nasi lemak ke kedai mamak. Sy fikir nak cari peniaga yg boleh buat nasi lemak, dan saya akan hantar ke kedai mamak sekitar sini. Saya sebagai org tengah yang akan uruskan delivery & placement nasi lemak dan akan ambil komisyen atas itu.

    Doakan Allah permudahkan urusan bisnes ini.
    Saya doakan semoga bisnes tuan Dilimpahi rezeki tak putus-putus dari Allah. Aminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam. Jadi orang tengah pun OK juga kalau dapat harga baik punya dari peniaga nasi lemak dan kedai mamak tak ambil kesempatan letak harga luar akal. Kira dua kali mark up hargalah untuk setiap bungkus nasi lemak tu nanti.

      Saya cadangkan buat sendiri nasi lemak baru hantar supaya harga yang dinaikkan tak terlalu tinggi. Apa-apa hal terpulang kepada keputusan tuan.

      Semoga niat tuan terlaksana dengan baik. Saya doakan juga semoga bisnes tuan dilimpahi rezeki yang tak putus-putus dari Allah. Aminn.

      Delete
  42. Lepas beli semua, bru teringat nk buat kire2. Tapi bile da baca blog, tak perlu da kire2 sngt kot
    Thanks. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas baca blog kiralah juga mana tau bajet tak sama? Haha.

      Delete
  43. Saya pon baru nak mulakan bisnes jual nasi lemak rm1,sbb takut jugak nak jual mahal-mahal...ingat nak letak dulu dlm 50 bungkus...klu licin...esok nye tambah lagi...so bleh la kire-kire untuk up kan modal nye. ..bnyk perkongsian yg Sgt baik untuk buat rujukan....semoga Allah permudahkan niat yg baik sambil bersedekah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari pertama berniaga terus letak 50 bungkus nasi lemak? Nasi lemak RM1 atau RM2 tak jadi masalah kalau tempat berniaga ramai orang singgah beli.

      Semoga Allah permudahkan anda untuk berniaga dan dimurahkan rezeki seluas-luasnya.

      Delete
  44. Sy pun baru nak memulakan perniagaan nasi lemak ni, sebab bakal berhenti kerja , terima kasih atas perkongsian tuan, sedikit sebanyak memberi idea untuk memulakan perniagaan ini,semoga tuan akan terus sukses

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga bisnes puan sukses berterusan.

      P/s: harga bawang sekarang mahal sangat.

      Delete
  45. saya pun baru je memulakan perniagaan nasi lemak.
    Saya jual nasi lemak telur mata RM3 guna bekas polisterin. Boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je asalkan ada permintaan dari pelanggan. Harga tak jadi masalah kalau pelanggan rasa berbaloi.

      Secara personal saya rasa harga RM3 untuk sebungkus nasi lemak telur mata ni mahal kalau buat berniaga tepi jalan. Apa-apa hal jangan ikut pendapat peribadi saya.

      Tuan/puan buat je ikut cara sendiri. Pendapat saya tak semestinya betul. Semoga perniagaan tuan/puan semakin maju dan berkembang.

      P/s : MBJB larang guna polisterin.

      Delete
  46. Saya pun baru benti keja dan ingat memang nak cuba meniaga nasi lemak dan sandwich untuk sarapan.Tengahari ke petang nak cuba meekari atau ape2 yang sesuai dengan cara dari rumah ke rumah.ketuk2 pintu rumah orang la😁Okay tak macam ni?cubaan nak jual nasi lemak pagi agak2 macam mana nak set masa yer sebab mula2 camni banyak benda dok pk kanπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak berniaga ketuk-ketuk dari rumah ke rumah pun OK juga. Nasi lemak, sandwich, mee kari atau sebarang jenis makanan ada penggemarnya tak kira pagi atau petang.

      Kalau nak berniaga nasi lemak tepi jalan kena mula berniaga dalam jam 6.30 pagi. Waktu bangun pagi untuk bersiap-sedia dalam jam 4 pagi. Lagi awal bangun lagi bagus kalau ada tambahan buat kuih-muih.

      Kalau jual pagi ketuk-ketuk rumah ni saya takde pengalaman. Jadi saya tak pasti waktu sesuai mula pukul berapa. Apa-apa hal mulakan dengan Bismillah, mudah-mudahan berjaya jadi kaya hasil berniaga.

      Delete
  47. Pengalaman dulu sy jual nasi lemak ni, benda yg paling meletihkan bila buat sambal. Banyak abes masa kat situ. Kalau ada rezeki lebih, better beli fridze. Masak sambal untuk 3 hari or lebih pun ok je. Beku kan sambal dalam fridzer. Tengah malam keluarkan utk cairkan sambal tu, bila pagi tinggal panaskan shj.

    Lagi 1. Jual nasi lemak ni, yg buat untung berganda bila org beli lauk.
    Mula2 sy jual nasi lemak biasa rm1.50, tapi sy tukar stratergi sy jual nasi lemak berlauk rm1. Senang, xyah leceh2.

    Pakai 1cup dadih yg kecik tu untuk nasi.
    Sambal
    Timun kecik2 x letak pun xpe.
    Kacang 3 4 biji
    Lauk ( daging ayam goreng besar 2 jari, sambal paru potong halus 2 3 ketul, kerang 2 3 ketul, sotong 2 3 ketul, udang kecik 1 2 ekor, ikan masin, telur dadar potong 4)
    Bungkus guna kertas minyak bahagi 2 dan sikit daun pisang. Permintaan tinggi dan untung pun boleh tahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju. Nak buat sambal nasi lemak ni paling memenatkan.

      Semoga pengalaman yang tuan/puan kongsikan jadi panduan yang berguna untuk pembaca-pembaca blog saya. Terima kasih sudi kongsi pengalaman di blog saya yang tak seberapa ni.

      Delete
    2. Salam, bagus Tuan, tak faham bahagian lauk tu

      Delete
  48. Assalamualaikum
    Saya nak tanya saya baru nak mula jual nasi lemak ingat nak letak dalam polisterin kecil, nasi lemak sambal ayam, ayam potong 16. kalau harga rm2 berbaloi tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam.
      Saya fikir berbaloi tapi saudara/saudari kena double check kiraan modal dan hasil untungnya.

      Kalau betul berbaloi boleh teruskan. Semoga berjaya bisnes nasi lemak anda.

      Delete
  49. Assalamualaikum saya baru start niaga nasi lemak, boleh sya tanya sukatan nasi tu mcm mna? Dan 6 pot dalam resepi pot apa di guna.. Sbb sya try 3 post hnya dpt 6bungkus je πŸ˜…..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Saya guna tin susu pekat. Satu tin satu pot.

      Delete
  50. Salam Tuan. Terima kasih atas perkongsian. Bertepatan dengan apa yang saya cari / ingin tahu. Setiap komen, soalan & jawapan saya baca.

    Saya juga baru nak cuba jual nasi lemak. Tapi konsep 'open oder & COD'. Saya anggarkan oder akan masuk tak kurang dari 15 bungkus. Saya jual RM3 dlm bekas burger paper size 30x30cm:-

    Nasi lemak size bekas dadih
    Sambal 2 sudu besar
    Telur dadar (1bj=potong 4)
    Timun 2 keping
    Ikan bilis anggaran 5-6 ekor
    Keropok moly (kopok bwg kaler2 tu) 5 keping
    Popcorn chicken 3 ketul

    Berbaloi tak harga tu? Ada yg kata murah, tak balik modal. Tp Nak jual mahal2 tak sampai hati. Lebih kurang niat sedekah. Lgpun saya berniaga kerana allah.

    Apa pendapat Semua?

    Utk perkongsian;
    BURGER PAPER 30cm x30cm

    Burger Box:100% High Quality
    Biodegradable & Compostable

    ~Made from natural fibers (Sugarcane Bagasse)
    ~Non Toxic
    ~100% Natural
    ~Harmless when consumed by animals
    ~Compost in 180 days and becomes fertilizer for plant
    ~Environment Friendly
    ~Water and oil repellant

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kembali. Tak jadi masalah jual murah asalkan masih ada untung. Nasi lemak RM3 ada telur dadar, keropok mony dan ayam pop corn siap hantar sampai depan rumah tu memang murah.

      Kalau orang minta nasi lemak telur rebus/goreng sebiji tanpa keropok mony dan ayam pop corn berapa pula harganya?

      Mungkin boleh pelbagaikan pilihan dengan harga yang berbeza.

      Berniaga kerana Allah, saya setuju 100%.

      Semoga success dalam bisnes nasi lemak.

      Delete
  51. Assalamualaikum.
    Jika ada hamba ALLAH Boleh share cara atau tip masak nasi lemak kukus dengan kuantiti min. 5kg & keatas. Step,proses dan tip supaya menghasilkan nasi lemak yg cantik & peralatan yg sesuai. Jika ada yg sudi share cara nk kukus nasi dengan dapur kayu tu, saya sangat sangat alu2kan.
    Semoga dengan perkongsiannya nanti lebih ramai yg mendapat menafaat & saya doakan rezeki tuan/puan sentiasa dilimpahkan oleh ALLAH dengan ganjaran pahala yg sentiasa mengalir dengan perkongsian ilmu yg sangat beharga ini.
    Terimakasih juga kepada tuan tanah membuka 1 medium yg dapat memberi pencerahan & dapat memangkin semangat kepada ramai orang. S3moga rezeki tuan sentiasa dipermudahkan & diberi kesihatan yg baik..

    ReplyDelete
  52. Assalamu'alaikum, bg saya plan nak niaga nasi lemak..mmang sya xde pengalaman sblm ni..tu sya nak tnya unt permulaan beras brp pot/kg ye ? lagi satu saya cdg nak buat lauk jugak mcm ayam goreng,smbl stong,smbl paru,dn udang agak2 brpa hrg bole jual ye.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Saya tak pndai nak bagi plan secara tepat. Kalau baru nak buat secara kecil-kecilan cukuplah beras 2kg dulu. Kalau nasi lemak ayam boleh letak harga RM4 atau RM5, tengoklah saiz ayam dan jumlah nasi berapa banyak.

      Kalau sotong, paru, udang tu lagi mahal harganya mungkin RM6 ke atas untuk setiap bungkus?

      Ada je tauke nasi lemak lain yang lebih berpengalaman dari saya. Saya bagi cadangan je sini itu pun tak tepat.

      Untuk permulaan biar harga mampu milik, insha Allah laku.

      Nak berniaga kat mana ni?

      Delete
    2. 1. Nasi lemak biasa (bilis,timun,telur separuh) Rm2.50
      2. Ayam sahaja (goreng/masak merah/rendang) Rm4.00 seketul (seekor ayam tu potong 12 bahagian).
      3. Telur mata/rebus Rm1.00
      4. Nasi tambah Rm0.50
      5. Bergedil Rm2.00
      6. Kerang Rm3.00
      7. Daging Rm3.00
      8. Fillet Ikan Rm3.00


      Delete
    3. Cadangan harga yang baik untuk tahun 2022.

      Delete
  53. Salam tuan, saya baru nak mula bisnes nasi lemak awal bulan depan..saya nakn ual harga rm3..
    nasi saiz M (mangkuk sup), sosej, telur goreng sebiji, bilis sesudu makan, kacang sesudu makan, sambal 2 audu makan, timun 4 keping..nak minta pandang tuan sesuai ke tak..trima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, saya rasa tak perlu letak sosej dalam nasi lemak. Timun 4 keping macam banyak pula. Sekeping atau dua keping dah cukup.

      Pada pendapat saya kalau nasi lemak telur RM3 tu mahal walaupun ada timun, kacang dan bilis lebih. Saya tak suka sosej dan berkemungkinan ada orang luar sana yang tak suka sosej juga. Saya cadangkan jual nasi lemak dan sosej berasingan.

      Cuba target untuk jual nasi lemak harga RM2 supaya lebih ramai orang berminat nak beli.

      Kalau lokasi saudara/saudari kebanyakannya orang berduit lebih. Teruskan jual sebungkus RM3 ikut kuantiti saudara/saudari sendiri.

      Cadangan saya tak semestinya betul. Apa-apa hal jangan putus asa berniaga. Semoga berjaya!

      Delete
  54. Salam... Saya berminat utk Jual nasi lemak waktu petang (6:00ptg) ke atas. Agak² ada permintaan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. saya tak dapat nak agak permintaan nasi lemak waktu petang. Biasanya pukul 6 petang ke atas orang cari pisang goreng, keropok lekor, burger.

      Pendapat saya belum tentu betul.

      Tak mustahil ada juga orang nak makan nasi lemak waktu petang.

      Semoga tuan/puan berjaya jual nasi lemak waktu petang.

      Delete
  55. Aslm. Saya dah meniaga NL lebih kurang 3 tahun di Seremban 2. Harga jual:
    NL+telur suku+kacang+bili+timun+smbal: 2.00
    T. Grg: 1.00
    T rbs sebiji: 1.00
    Aym Goreng Berempah: 4.00
    Ayam Sambal: 4.50
    A.Rndang: 5.00
    Dgg Rendang: 5.00
    S Sotong Kering: 4.00
    S Kerang: 4.00
    S Paru: 4.0
    S Bilis Petai: 4.00
    S tempe, tauhu, kacang: 3.00
    Mee: 2.50
    Bihun: 2.50
    Nasi tambah 1.50
    Beras 10kg sehari. Boleh dpt lebih kurang dlm 120 bungkus lebih kurang. Nasi saya bagi banyak. Masak periuk auto 5kg, santan pakai 1.5kg. Santan Pasar.

    Pendapatan kalau habis nasi, lauk pun banyak habis dlm 400.

    Utk dpt 400 ke atas, lauknya:
    Ayam 4 ekor (purata 18-20, seekor)
    Daging 2kg (28.00)
    Kos sotong Kering sehari 14.00
    Udang mahal, tak mau
    Kerang kopek sehari dlm 24.00, 1.5kg lebih kurang
    Telur 2 papan, 12.90. sepapan rebus/kukus sepapan goreng.
    Kacang 1kg 8.50
    Bilis kopek murah, 1.5 kg sehari 20.00 (utk bilis nl)
    Bilih elok 1/2 kg, 15.00
    Petai kopek sebungkus 11.00
    Paru sehari 1.5kg, 14.50/kg (paling laku tmpat saya tp mahal. Dulu 10.00/kg, harga payah nak naik sbb pelanggan regular ramai)

    Sambal NL, 3kg cili kering + 10kg bawang + habuk bilis + belacan dll. Semua ya kos dkt 100. Dapat lebih kurang 60kg sambal. Pakai 3 hari. Hari ke empat kena masak lagi.

    Apapun, saya senaraikn kat sini nak nyatakan bhw kos brg2 ni mahal sekarang. Belanja harian secara kasar adalah 250-300. Kdg2 cecah 400 bila banyak brg belian mingguan habis.

    Ada waktu habis jualannya, ada waktu tak habis banyak...

    Btw t.kasih banyak admin. Saya baca entry ni semenjak awal2 mula buat NL lepas berhenti kerja dulu. Jazakallahu khairan. Harap yg lain dpt sentiasa update.

    Notes: saya sdg berkira2 utk naikkan harga dari 2 ke 2.50. mula2 saya meniaga masuk dgn harga 1.50

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam saudara, ini satu lagi perkongsian yang hebat.

      Naik harga nasi lemak tu saya setuju sebab bukan senang nak buat nasi lemak terutama sambal. Semoga semua pelanggan-pelanggan saudara memahami bila harga nasi lemak dinaikkan nanti sebab harga barang mahal.

      Terima kasih banyak-banyak sudi komen di blog saya yang tak seberapa ni.

      Delete
  56. Sy pniaga nasi lemak daun pisang rm2 tepi jalan, sbnarnya nsi lemak ni org lebih pentingkan rasa sambal dan kuantiti nasi, modal telur tu boleh lg kurangkan, 1 biji telur gred B boleh dibelah 4, yg penting sambal tu sedap. Sy dah meniaga mcm ni lama alhmdulillah dpt feedback positif dari customer,byk jgk yg buat tempahan, ada gk nk viralkan nasi lmk sy sbb smbal sedap katanya πŸ˜… untuk tahun 2023 ni nasi lemak rm2 tu mmg harga murah dah, yg harga bwh rm2 tu mungkin mereka niat bersedekah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2023 orang jual nasi lemak telur sebiji harga RM3 dah kira murah. Saya setuju rasa nasi lemak dan sambal memainkan peranan penting.

      Kalau sambal betul-betul sedap memang orang repeat berulangkali.

      Delete
    2. Salam Tuan, saya bercadang nak jual nasi lemak rm1 depan Jalan. Boleh kongsi berapa keuntungan untuk sebungkus nasi Rm1

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.