Pada 22 haribulan 3 saya pergi Kampung Melayu nak gunting rambut. Sementara nak tunggu giliran tu, saya ditegur oleh seorang pakcik. Pakcik tu suruh saya duduk sebelah dia ada satu kerusi kosong.
Prebet sapu masih ada |
Jom teruskan baca.
Saya pun duduklah sebelah pakcik ni. Saya kongsikan butir-butir perbualan yang saya ingat.
Pakcik : Parking kereta kat mana?
Saya : Kat hujung sana. (Saya tunjuk arah kedai jual ayam peladang.)
Saya : Pakcik tunggu siapa?
Pakcik : Saya tunggu orang kalau ada yang nak naik kereta saya.
Saya : Mana kereta pakcik?
Pakcik : Tu kat sana kereta merah. (Ditunjuknya ke arah kereta Iswara warna merah hood terbuka.)
Pakcik : Saya bawa kereta sapu. Dulu bawak teksi lepas tu tak dapat buat loan nak bayar permit teksi.
Saya : Ada jugak ye orang naik kereta sapu dengan pakcik?
Pakcik : Ada... Kalau dari sini nak balik ke rumah bayar RM3 je (Maksudnya dalam kawasan Kampung Melayu sahaja contohnya dari pasar ke rumah penumpang dan sebaliknya).
Saya : Ada tak yang minta keluar dari Kampung Melayu?
Pakcik : Ada. Kalau hantar sampai Pasar Borong Pandan RM8. Kalau hantar sampai Smart lebih sikitlah mintak RM10.
Saya : Habis tu masa balik pakcik tak hantar?
Pakcik : Biasa hantar je. Kat belah sana pun ada prebet sapu, tak nak kacaulah (Maksudnya di Pasar Borong Pandan atau Smart pun ada prebet sapu).
Saya : Pernah hantar lagi jauh?
Pakcik : Saya pernah hantar orang sampai Ulu Tiram. Kalau hantar belah luar RM20. Kalau nak masuk lagi dalam RM25. Kalau tak setuju dengan harga saya boleh naik kereta lain.
Saya : RM20 pergi Ulu Tiram dari Kampung Melayu dah kira murah tu pakcik. Kalau naik teksi lagi mahal. Dulu saya pernah kena naik teksi dari Aeon sebelah Smart sampai Kampung Melayu Pandan RM15. Pakcik hantar orang dari Kampung Melayu pergi Smart baru RM10.
Saya : Macam mana orang nak tahu pakcik bawak kereta sapu?
Pakcik : Orang-orang sini tahu. Ada yang dah amik nombor telefon saya.
Saya : Anak-anak pakcik tak tinggal dengan pakcik?
Pakcik : Tak, dorang semua dah kerja. Ada yang duduk KL.
Saya : Saya rasa pakcik bawak kereta sapu pun OK. Orang sekarang ni tak berapa sangatlah naik teksi sebab mahal. Ramai yang naik Uber atau Grab sebab murah. Dulu kat Airport Senai banyak teksi tunggu, sekarang banyak Uber dengan Grab keluar masuk Airport Senai.
Tiba-tiba ada dua orang budak lelaki dah keluar dari kedai gunting rambut. Saya berdiri dan bagitahu pakcik nak masuk dulu. Saya salam tangan pakcik tu kemudian terus masuk kedai gunting rambut.
Begitulah di antara butir-butir perbualan yang saya ingat. Melalui hasil perbualan dengan pakcik tu baru saya tahu prebet sapu masih wujud di Johor Bahru. Semoga pakcik tu senang dapat banyak penumpang setiap hari.
Masa saya berbual dengan pakcik tu, Uber masih ada ya. Sekarang Grab dah ambil alih Uber di Asia Tenggara.
Apa pendapat anda pasal prebet sapu? Anda masih mencari prebet sapu sekarang? Kongsikan pendapat anda melalui komen.
Masa saya berbual dengan pakcik tu, Uber masih ada ya. Sekarang Grab dah ambil alih Uber di Asia Tenggara.
Apa pendapat anda pasal prebet sapu? Anda masih mencari prebet sapu sekarang? Kongsikan pendapat anda melalui komen.
Tegok kawasan dan bergantung pd individu pilih yg mne. cume bg sy rzeki memasing..
ReplyDeleteYa betul tu rezeki masing-masing sudah ditetapkan oleh Allah.
DeleteGrab atau uber harga tetap prebet sappy ni boleh tawar lagi tambang.. Hehehehehe
ReplyDeleteYa, Grab memang harga tetap. Uber lak dah takde di Malaysia. Perebet sapu dah murah, kesianlah kalau tawar lagi rendah tambangnya..melainkan tambang perebet sapu mahal macam teksi hehehe.
Delete