Monday, April 2, 2018

Wow Shop makin popular

Baru dua tahun CJ Wow Shop buat kerja promote produk di Malaysia tapi popularitinya dah jadi wow gitu. Tengok TV3 pukul 6.30 pagi atau NTV7 pukul 10.30 pagi. Wow Shop kat TV9 pukul 8.30 pagi. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal waktu CJ Wow Shop ke udara boleh tengok kat website rasmi CJ Wow Shop. Website dia saya ada letak bawah 'Sumber' di penghujung topik ni.

Barisan pengacara CJ Wow Shop

Berapa hasil jualan tahunan CJ Wow Shop?



Cuba baca petikan berita ni

--petikan berita--

Kuala Lumpur: CJ WOW SHOP, destinasi membeli-belah pintar sehenti menyasarkan pertumbuhan jualan lebih kukuh sebanyak RM200 juta menjelang akhir tahun ini, berbanding RM130 juta direkodkan tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kim Yang Hyun berkata, ia didorong penawaran pelbagai produk termasuk kelengkapan rumah, barangan elektrik, produk kecantikan dan fesyen.

Katanya, sejak dilancarkan pada 2016, CJ WOW SHOP menambah produknya daripada 27 kepada 450 dan merekodkan lebih 650,000 pelanggan.

“Kami teliti dalam memilih produk dan hanya yang benar-benar berkualiti dan terbaik ditawarkan kepada pelanggan CJ WOW SHOP,” katanya pada majlis ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ di sini, semalam.

Pada majlis itu, selebriti Yana Samsudin dilantik sebagai duta ‘2 Tahun, Lebih WOW!’ selepas mencipta rekod menjual lebih 200 unit Athira Pendant Habib Jewel dalam tempoh 22 minit.

Sempena sambutan ulang tahunnya, orang ramai berpeluang menyertai karnival beli-belah menerusi saluran CJ WOW SHOP termasuk televisyen, dalam talian dan aplikasi mudah alih selama sebulan mulai 1 April.

Bagi setiap pembelian, pelanggan akan menerima beg WOW, beg mesra alam edisi terhad percuma yang direka khas oleh Yana Samsudin.

Mengulas lanjut, Kim berkata, pencapaian tahun lalu yang memberangsangkan meningkatkan keyakinannya untuk berkembang bersama rakan niaga dalam menyediakan produk hebat.

Katanya, pada masa ini, 70 peratus daripada produk yang dijual adalah jenama tempatan termasuk Mugen, Riino, Elba, Habib Jewel dan Ariani.

“Kerjasama dengan syarikat kecil dan sederhana sentiasa menjadi keutamaan kerana CJ WOW SHOP adalah platform pemasaran menyeluruh untuk membantu perniagaan mencapai potensi pasaran yang luas.

“Akan datang, kami akan meningkatkan khidmat pelanggan serta pengalaman membeli-belah secara keseluruhan bagi menyokong strategi pertumbuhan syarikat,” katanya.

-- tamat petikan --

Sesiapa yang ada produk berkualiti tinggi, bolehla minta CJ Wow Shop tolong promot kat TV. Walaupun produk yang sama kualiti boleh dibeli di Lazada secara online tapi orang-orang kampung yang suka tengok TV lebih percaya kat CJ Wow Shop. Betapa dahsyatnya penangan buat promosi di TV walaupun kegunaan internet semakin meluas.

Anda pernah promote produk kat CJ Wow Shop? Atau baru nak buat produk jenama sendiri? Baru terfikir nak beriklan di Wow Shop? Pernah beli produk lepas tengok Wow Shop? Jom kongsikan pendapat anda.


Sumber


4 comments:

  1. Terima kasih tuan. Baru tahu adanya CJ WoW Shop. Lama tak tengok TV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama tuan. Saya faham orang sekarang lebih suka tengok internet dari TV.

      Delete
  2. Pernah gak terjebak hampir nak beli. Huhuu. ..
    Menggoda sungguh cara depa promote barangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dorang promote barang kaw-kaw punya. Hasil jual tahun lepas RM130 juta. Dah ramai yang tergoda tahun lepas beli dari wow shop.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.