Friday, May 25, 2018

Jual epok-epok di baazar

Assalamualaikumwarahmatullah. Pejam celik pejam celik dah lebih seminggu umat Islam berpuasa. Tahu-tahu je nak habis bulan Ramadhan. Cepatnya masa berlalu time nak dekat kiamat. Oklah sekarang saya nak cerita pasal jual epok-epok di baazar.

Epok-epok

Tahun ni masuk tahun ketiga saya jual epok-epok di baazar.



Apa tu epok-epok? Sejenis makanan yang lebih sedap dari karipap. Kalau epok-epok tu tak sedap, kita panggil dia karipap lol. Orang Johor mana makan karipap, kalau epok-epok barulah makan haha.

Tahun 2016 jual siap goreng dari rumah je. Tahun 2017 jual goreng kat tapak berniaga. Idea goreng epok-epok kat tapak berniaga ni saya dapat dari peniaga nasi lemak foodtruck kat Setia Indah. Tahun 2018 pun masih berniaga di baazar Taman Daya goreng epok-epok di tapak berniaga. Tahun depan wallahua'lam.

Epok-epok cukup terkenal di Johor. Kalau orang yang tak tahu epok-epok maknanya dia bukan orang Johor. Saya pernah beberapa kali berdepan dengan customer yang tak tahu epok-epok tapi beli jugak sebab nak mencuba.

Kedatangan orang dari luar Johor memberi peluang kepada saya untuk memperkenalkan epok-epok kat dorang. Epok-epok bukan makanan pelik sebab sejak zaman nenek saya muda-muda pun jual epok-epok. Mak saya pernah tolong nenek saya buat dan jual epok-epok. Resepi epok-epok nenek saya dah diturunkan kepada orang rumah saya.

Saya bukannya berminat nak jual epok-epok ni tapi ada permintaan tinggi. Itu yang saya teruskan jual epok-epok buat masa ni terutama di baazar waktu bulan puasa. Walaupun mencabar masa nak buat epok-epok tapi bila teringat ada pelanggan perli kejap ada kejap takde, saya dan orang rumah gagahkan diri jugak nak membuatnya.

Biasa lepas balik berniaga saya terus keluar rumah nak beli bahan-bahan buat kuih lepas berbuka dan solat Maghrib. Kadang-kadang lepas solat Isyak baru keluar beli barang. Tapi malam semalam lepas Maghrib terus tertidur. Penat sangat. Esok pun nak rehat lagi, hari Ahad insha Allah nak berniaga.

Jual roti john pun lagi senang. Ini kata-kata sorang akak yang jual roti john di baazar Taman Daya tempat saya berniaga. Hari biasa dia jual sarapan di Setia Indah. Sebab tu dia tahu buat kuih ni mencabar.

Saya setuju dengan akak jual roti john tu.  Bukan setakat buat roti john, kalau buat nasi briyani pun senang berbanding nak buat epok-epok. Masa bujang, saya pernah berniaga sebelah peniaga nasi briyani kat baazar Smart. Dalam sebulan dorang cuti tiga hari. Dorang jual nasi briyani tiga lauk iaitu ayam, daging dengan kambing. Takde kuih-muih atau air tapi penat jugak sebab tu nak cuti rehat. Kalau buat kuih?

Seriously buat epok-epok memang mencabar tapi permintaan tinggi. Kalau satu family ada 5 orang atau lebih buat kerja memang senanglah tapi kalau buat berdua je.... Faham-faham je lah. Untung memang untung tapi kena ingat bulan Ramadhan ni bulan untuk berniaga je ke?

Selain epok-epok, saya dan orang rumah ada jugak jual donat coklat dengan kek coklat buat tambah-tambah. Alhamdulillah permintaan donat coklat dan kek coklat pun tinggi. Sampai kitorang rasa rugi kalau tak jual donat coklat dengan kek coklat kat baazar.

Donat coklat dan kek coklat

Ada pasangan suami isteri berniaga di baazar Adda Height. Dari mula-mula saya dan orang rumah kenal dorang sampai sekarang pun dorang memang susah nak cuti. Dorang buat dan jual nasi briyani, lontong kering, lontong basah dengan soto.  Air kotak, air tin, air botol pun dorang jual. Buah kurma, buah tembikai pun dorang jual. Kuih-muih dan barang makanan lain pulak orang hantar untuk dorang tolong jualkan.  Macam-macam ada. Dorang berniaga di baazar full takde cuti langsung.

Saya dan orang rumah pun berazam, mulai hari Ahad ni nak terus berniaga tanpa cuti di baazar. Cuti dua atau tiga hari sebelum raya tak dikira ya hehe.

P/s : epok-epok tu panggilan orang Johor.

No comments:

Post a Comment

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.