Tuesday, July 10, 2018

Tresgo

Apa itu Tresgo? Tresgo ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan simpan, bungkus dan pos. Perkhidmatan Tresgo sesuai untuk sesiapa yang berniaga tapi tak cukup tempat nak letak barang, tak cukup tangan nak bungkus barang dan bimbang tak sempat hantar barang untuk customer yang semakin bertambah.

Tresgo - store, pack, deliver.

Apa maksud di sebalik perkataan Tresgo?


"Tres" adalah perkataan Sepanyol yang bermaksud tiga. Tiga servis utama yang disediakan iaitu simpan, bungkus dan penghantaran. "Go" pulak bermaksud pergi. Kira tiga servis utama yang sentiasa on the go.

Tiga servis utama Tresgo.

Peniaga-peniaga yang barang-barangnya semakin banyak tapi belum mampu ada warehouse sendiri bolehlah guna servis Tresgo. Takkan nak biar barang-barang terlalu penuh kat dalam rumah kan? Semak tu..

Kalau dah ada warehouse sendiri sekalipun tapi nak ruang lebih untuk simpan barang-barang pun boleh contact Tresgo. Dahlah boleh simpan barang, Tresgo siap boleh tolong bungkus dan pos terus ke pelanggan. Peniaga ada lebih masa dan tenaga untuk promote produk!

Apa-apa hal kena contact doranglah baru tahu caj dia berapa.

Alamat :
Wangsa 118, Jalan Wangsa Delima,
Level 7-12A and 7-15,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi: 9AM-5:30PM

Telefon :
Nadhra : 013-5881061 
Safiyya : 012-3689895 

Email : 
nadhra@tresgo.my
safiyya@tresgo.my

Website : http://tresgo.my


Kalau nak idea bisnes boleh tengok sini.
Kalau nak tengok senarai kilang OEM kosmetik atau skin care boleh tengok sini lak.

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian yang berguna:)

    ReplyDelete
  2. perghhh...semakin lama semakin mudah peniaga sekarang.

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.