Wednesday, August 29, 2018

Tol Hapus Baik untuk Peniaga

Buat apa nak tambah baik tol yang sedia ada? Kan lebih baik dimansuhkan je. Apa-apa hal boleh baca dulu petikan berita ni dulu.

Berita Astroawani
Siling Tol Bukit Raja runtuh akibat angin kencang pada hari Jumaat. Gambar fail/Bernama.
PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) telah menjalankan pemeriksaan terperinci di semua 92 plaza tol kendaliannya di seluruh negara.


Pengarah Urusannya, Datuk Azman Ismail berkata walaupun terdapat beberapa plaza tol yang perlu ditambah baik, namun kesemuanya berada dalam keadaan yang baik pada ketika ini.

"Kami juga telah membuat pemeriksaan yang serupa di semua plaza tol untuk memastikan integriti yang ditetapkan.

"Buat masa ini, kami dapat beri kepastian bahawa integriti plaza tol berada dalam keadaan baik. Namun, ada plaza-plaza tol yang perlu diadakan penambahbaikan,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau sebelum itu merasmikan pelancaran Kempen Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2018 di Persada PLUS di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian angin kencang serta ribut pada Jumaat hingga menyebabkan siling Plaza Tol Bukit Raja runtuh.

Katanya, kejadian itu adalah sesuatu yang luar biasa.

Namun, tindakan segera telah diambil pihaknya dan plaza tol tersebut dibuka sepenuhnya bagi semua laluan pukul 4 pagi Sabtu.

Sementara itu, ditanya berkenaan langkah menghapuskan tol di negara ini, jelas Azman pihaknya masih mengadakan perbincangan bersama kerajaan.

“Perkara ini sedang dalam perbincangan bersama dengan Kerajaan.

Kami dalam perbincangan untuk mencapai satu kata sepakat untuk kepentingan semua.

“Butiran lanjut saya tidak dapat perincikan buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan perbincangan masih berjalan lagi,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan sebarang tempoh bagi perbincangan itu dijalankan. Perjanjian konsesi bagi PLUS yang disemak semula pada 2011 dijadual berakhir pada 2038.

Rumusan
Saya tak tahu apa butiran lanjut yang Datuk Azman Ismail tak dapat perincikan. Apa yang seluruh rakyat Malaysia tahu, tol akan dihapuskan secara berperingkat. Tunggu punya tunggu satu kali siling tol kat Bukit Raja pun runtuh.

Sebenarnya ada alternatif selain kutip duit tol ni. Tambah lagi lokasi RnR (Rehat dan Rawat) dan stesen minyak. Saya percaya pelancong pun lalu ikut lebuhraya kalau perjalanan jauh.

Harga sewa? Biar berpatutan supaya peniaga pun dapat jual pada harga berpatutan. Tak naklah dengar orang complaint sebiji burger ayam atau daging biasa je dah RM5 atau lebih.

Dulu saya pernah tengok roti kecik-kecik yang biasa jual kat kedai runcit 60 sen satu kali kat RnR hantam harga RM1. Itu dulu, sekarang harga roti kecik-kecik kat kedai runcit pun dah 85 sen. Kat RnR tak tahulah berapa harga roti kecik-kecik tu sekarang.

Kedai hardware jual spare part kereta atau motor pun bagus jugak kalau ada kat tepi highway. Kalau boleh biar ada kedai tayar dengan workshop sekali. Bukan tak biasa kereta rosak tersadai kat tepi highway.

Itu belum lagi accident. Nak panggil towing truck tarik kereta keluar dari lebuhraya tu memang kena caj harga cekik darah punyalah. Kalau tambah hospital kat tepi highway? Bukan tak biasa orang nak terberanak on the way balik kampung..

Sediakan bangunan untuk motel atau homestay bajet kat tepi highway. Janganlah setiap 1 km ada motel. Letaklah ikut tempat yang sesuai.

Takdelah terbiar tanah kosong macam tu je kat tepi highway. Sediakan rumah style studio pun OK jugak. Tak payah apa-apa perabot pun. Cukup ada tandas, kipas, bekalan air dan elektrik. Pandai-pandailah penyewa bentang tikar ke tilam ke untuk baring-baring. Silap-silap peniaga atau pekerja RnR pun nak menyewa kat motel, homestay bajet atau rumah sewa studio tu.

Biar makin banyak peniaga di tepi highway. Barulah highway meriah. Kalau takde tol, insha Allah perjalanan lancar je takde sekat-sekat punya. Pihak yang buat penghantaran barang guna lori kecik atau lori besar tak boleh guna alasan bayar tol untuk naikkan harga barang lagi.

Pengguna highway tak payah risau kalau takut tak cukup minyak kenderaan, tak cucuk duit ATM lagi, belum makan, belum minum, belum top up prepaid, belum servis kereta atau motor dan lain-lain. Kat tepi highway macam-macam ada.

Peniaga dan pengguna di lebuhraya secara langsung atau tak langsung dah sama-sama menaikkan ekonomi negara. Kebanyakan barang-barang untuk jual beli sekarang kan ada cukai? Duit sewa RnR lagi.. Kerajaan boleh dapat hasil dari lebuhraya walaupun takde tol.

Siling tol runtuh tu mungkin petanda untuk tol dihapuskan secepat mungkin. Jangan tunggu tol runtuh hempap atas kenderaan pengguna lebuhraya pulak. Kesian pengguna lebuhraya dahlah kena bayar tol, kena keluar duit repair kereta lagi.

Sebelum nak repair atau claim ganti rugi dari PLUS mungkin kereta tak selamat untuk dipandu keluar lebuhraya. Memang kacaulah dibuatnya. Terus viral kalau benda ni terjadi.

Cukuplah pendapat saya yang tak seberapa ni. Apa pendapat anda pulak?

Sumber

2 comments:

  1. Sy ternanti2 bila tol di hapuskan secara berperingkat seperti yg di canang2 sebelum pilihanraya..sy setuju pendapat admin,bina lebih lg RnR terutama bg lokasi perjalanan yg jauh..selain itu idea untuk bina hotel atau homestay juga salah satu idea yg menarik..kalau perjalanan jauh dn mula terasa letih,boleh menginap smlm utk hilangkn rasa penat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seluruh rakyat Malaysia pun ternanti-nanti tol dihapuskan sepenuhnya. Tak tahulah bila baru terlaksana.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.