Sunday, September 16, 2018

Iklan Terbaik Guna Kalender?

Pernah tak anda dapat kalender kat Econsave? Mungkin anda pernah dapat kalender dari kedai runcit? Takkan tak pernah..

Kalendar 2018
Kalender 2018
Apa kata anda sendiri buat kalendar?
Buat kalendar sendiri siap letak nama perniagaan anda sendiri. Cara buat kalendar senang je. Tengok je kalendar yang ada sekarang ni.

Nak lagi senang, boleh tengok kalendar di smartphone. Cari kalender online pun ada kalau nak jadikan rujukan. Buat kalendar ikut tahun Masihi dan Hijrah.

Design simple cukup asalkan orang faham. Edarkan pada pelanggan-pelanggan anda. Boleh jugak nak edarkan ke setiap rumah yang berdekatan dengan anda.

Letak jenis bisnes atau perkhidmatan, website/blog, email, telefon dan sebarang maklumat penting yang berkaitan kat kalender tu. Insha Allah semakin bertambah popular perniagaan anda. Setiap kali orang tengok haribulan, tertengok sekali produk/servis sekali kat kalendar tu.

Waktu sesuai nak edar kalendar ialah bulan 11 atau 12 tahun ni. Tunggu apa lagi? Buatlah kalendar sekarang. Yeeehaaa!!

4 comments:

  1. Idea yang menarik! Sy xterfikir melalui kalendar kita boleh buat iklan..tq admin atas perkongsian yg berguna..

    ReplyDelete
  2. MENARIK IDEA TERSEBUT...KALAU ADA BUDGET LEBIH BOLEH CARI DESIGNER

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu kalau design calendar cantik lagi menarik perhatian.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.