Sunday, November 11, 2018

Azhan Rani ditipu sehingga rugi RM10,000

Baru lepas buat topik entri sebelum ni pasal scammer makin licik. Tup-tup keluar berita Azhan Rani kena scam RM10,000. Bukan sikit sepuluh ribu, dah boleh buat bisnes tu.

Azhan Rani - Pernah dikecam dalam drama Nur.
Macam mana sindiket Macau Scam ni dapat akses maklumat peribadi Azhan Rani?

Pekerja-pekerja bank ke? Orang dalam Jabatan Pendaftaran ke? Bekas-bekas pekerja bank atau apa?

Nak duit cara menipu je. Apa tindakan terbaik untuk hapuskan sindiket ni? Macam semakin berleluasa pulak kat Malaysia ni.

Pada pendapat saya, lepas berjaya tangkap scammer ni mesti suruh diorang pulangkan balik duit mangsa-mangsa diorang. Segala duit dia dalam bank atau kat rumah mesti diambil untuk bagi kepada mangsa. Kalau tak cukup jugak jual je tanah, rumah, kereta, tv, phone, perabot dan semua kemewahan scammer tu untuk dapatkan jugak duit supaya dapat bayar balik kat mangsa.

Kalau tak cukup jugak, suruh dia kerja kat mana-mana tempat yang sesuai tapi sebahagian besar gaji dia untuk mangsa scammer. Tak kisahlah scammer tu buat kerja kutip sampah ke, najis ke asalkan dapat duit untuk pulangkan balik kepada mangsa. Biar scammer tu rasa sepanjang hayat dia bekerja untuk bayar hutang-hutang mangsa.

Insha Allah lepas ni masalah Macau Scam, Skim cepat kaya, MLM dan semua jenis scam menurun. Sekarang ni bukan menurun tapi makin banyak pulak scam di Malaysia. Selain mangsa-mangsa Macau Scam, ada tak mangsa-mangsa scammer lain yang dapat balik 100% duit dia?

Sebagai contoh mangsa rumah alfafa, DBI Boy Belon, Tok Belagak, Monster Bodo-bodo dan sewaktu dengannya tak dapat pun duit dorang. Boy Belon siap bayar KRU untuk buat videoklip lepas keluar penjara. Scammer-scammer di Malaysia masih boleh bersenang-lenang hasil duit haram.

Masalah scammer memang kerjanya nak menipu. Masalah lain timbul jugak bila mangsa tu sendiri tak tahu dah jadi mangsa. Puas dah orang bagitau jangan join pelaburan palsu tapi nak join jugak siap pertahankan pulak tu!

Dah lepas ni kalau ada orang call bagitau ada rekod kredit kad tak betul, jangan layan kalau dia mintak tukar nombor pin. Kalau ada yang ajak join pelaburan confirm dapat hibah, habuan, bonus dan seangkatan dengannya pun jangan layan. Cari duit dengan kerja sendiri atau kerja makan gaji asalkan halal.

Perkara buruk yang lepas biarkan berlalu. Yang penting stay positif untuk sekarang dan akan datang. Beware of the scammer!

Sumber

2 comments:

  1. Scammer ni tak takut makan duit haram..senang kat dunia je..kat akhirat nt teruk la akibatnya..dosa mkn duit haram satu,lg satu dpt dosa aniaya org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scammer memang tak takut makan duit haram sebab tu lah dorang tak kisah masuk neraka.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.