Saturday, December 8, 2018

Pengalaman Kedai Repair Smartphone

Kali ni saya nak share pengalaman hantar handphone rosak. Handphone T1 plus beli tahun lepas sebelum raya tapi kelmarin rosak. Semalam saya dengan orang rumah pergi Econsave cari kedai repair handphone.
Leagoo T1 Plus
Apa masalah telefon pintar ni?
Masalahnya dari hari Khamis malam Jumaat tak boleh caj. Bila caj handphone ni ada signal bateri kena caj tapi tak naik pun. Masa caj waktu malam bateri tinggal 30% tapi sampai pagi Subuh hari Jumaat pun maintain bateri 30% jugak.

Saya dan isteri gunakan smartphone tu sampai habis bateri dah alang-alang tak boleh caj. Lepas Asar pada hari yang sama, saya dengan orang rumah pergi ke kedai handphone di Econsave. Kalau tak silap nama kedai tu Phone City Station, kedai dia betul-betul sebelah pintu masuk Econsave.

Kedai yang ada banner smartphone Neffos tu... kalau biasa pergi Econsave Taman Daya memang tahulah kedai dia yang mana satu.

Saya bagitahu apek yang jaga kedai tu yang handphone Leagoo T1 Plus ni tak boleh caj. Kalau caj pun, tak mahu naik percent bateri handphone ni. Apek tu ambil handphone orang rumah saya pastu dia pergi try caj dan check.

Dalam seminit dua gitu, dia bagitau saya ada masalah bateri. Harga bateri Leagoo T1 Plus RM140. Saya tanya itu paling murah ke?

Apek tu kata memang dia bagitau yang murah punya. Kalau bateri original lagi mahal. Saya terus cakap takpelah nanti kalau cukup duit saya datang lagi.

Saya ambil handphone tu dan bawa orang rumah saya ke kedai lain. Tiba-tiba terjumpa kawan saya jaga kedai handphone. Lepas bertegur sapa, saya tanya dia boleh repair handphone rosak tak?

Dia kata, kena pergi kedai M Line. Saya dengan isteri saya terus pergi kedai M Line. Saya bagitau masalah handphone Leagoo T1 Plus ni ada masalah caj tak naik-naik.

Ada dua orang yang jaga kedai ni macam orang Pakistan atau Nepal rupa dorang. Sorang dari dorang amik handphone dan try caj pastu dia kata ada masalah tempat caj ni. Harga repair RM40 dan boleh siap dalam masa setengah jam.

Saya tanya lagi memang takde masalah bateri ke? Dia kata bukan masalah bateri.  Dia tambah lagi kata "kalau buat tak betul, tak payah bayar."

Ok memang high level punya confident statement dia so saya bagitahu dua orang yang jaga kedai M Line lagi setengah jam saya datang lagi. Pastu saya dengan isteri saya masuk dalam nak beli bahan-bahan mentah untuk berniaga. Dipendekkan cerita lepas beli barang-barang, kitorang terus pergi ke kedai M Line.

Saya nampak sorang tengah pateri ke apa benda tah nak repair handphone orang lain. Lagi sorang pulak tunjuk kat saya handphone Leagoo T1 Plus dah boleh caj sampai 7%. Dia kata bagi caj dululah baru amik.

Saya pun OK je. Saya bagitau dia nak pergi foodcourt sekejap nanti saya datang amik handphone. Pergi foodcourt ingatkan nak order air tapi terasa nak save bajet duduk sekejap je pastu terus amik handphone dan bayar RM40.

Balik rumah dah boleh caj macam biasa. Alhamdulillah RM40 je bayar. Tak payah keluar RM140 nak beli bateri.

Ada dua pengajaran baik untuk pembeli mahupun peniaga dalam pengalaman saya yang tak seberapa ni. Pengajaran sebagai pembeli, pergilah dua atau tiga kedai sebelum buat keputusan nak repair smartphone. Pengajaran sebagai peniaga pulak, bagi penyelesaian harga murah supaya pelanggan lebih berminat nak letak smartphone untuk repair.

Dari segi long term business dalam bidang repair handphone, kedai M Line boleh pergi lagi jauh. Tak mustahil pelanggan-pelanggan yang ada pengalaman hantar handphone kat sini akan promote kat kawan-kawan atau kenalan dorang. Kalau nak berniaga, jangan tamak sebab orang tamak selalu rugi.

Matlamat nak dapat banyak hasil itu bukan tamak. Maksud saya di sini, kalau masalah telefon tu kecik biarlah kecik je. Janganlah diperbesar-besarkan.

Jauh beza RM40 dengan RM140 tu. Apa-apahal kita tengok smartphone yang baru lepas repair semalam ni boleh tahan berapa lama. Insha Allah nanti saya bagitau lagi bila dah masuk bulan January 2019.

Cukuplah setakat ni, dah panjang lebar saya cerita kat sini. Anda pulak bagaimana? Ada pengalaman hantar handphone rosak atau ada pendapat sendiri pasal kedai  repair handphone?

P/s : Ikutkan hati saya nak beli One Plus 6T.

6 comments:

  1. Hi, just wanted to mention, I loved this post. It was helpful.

    Keep on posting!

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg menarik..Berniaga kena jujur..biar untung sedikit janji berkat..nak untung lebih punya pasal sampai sanggup menipu pelanggan,lagi la org serik nak datang lg..klw murah dan service ok in sha Allah pelanggan berpuas hati malah akan rekomen dgn org lain pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, untung sikit pun boleh jadi banyak bila dapat ramai pelanggan. Yang penting berkat.

      Delete
  3. My family always say that I am killing my time here at web,
    however I know I am getting knowledge everyday by reading thes good articles or reviews.

    ReplyDelete
  4. Terbaik bang. Memang betul, berniaga biar pikir jangka masa panjang. Bukan menipu orang utk untung sekejap je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen di sini. Perniagaan jujur pasti lebih baik untuk jangka masa panjang.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.