Wednesday, March 6, 2019

Berbaloi jual sate 60 sen?

Bukan semua peniaga jual sate secucuk 80 sen. Ada jugak yang jual 90 sen, RM1 dan lebih lagi. Kena tengoklah saiz sate, harga sewa tempat berniaga dan faktor-faktor lain.
Nasir sibuk melayan pelanggan sate 60 sen.
Kali ni kita cerita sikit pasal sate 60 sen.

Dah 20 tahun bisnes sate Mohd Nasir, 34, yang diwarisi dari ayahnya Khidir Salleh, 73. Tak ambil pekerja pun melainkan adiknya Suhairi, 35. Kira bisnes familylah.

Dulu jual 50 sen tapi terpaksa naik 10 sen dua tahun lepas sebab kos sara hidup tinggi. Lokasi perniagaannya di pasar malam Benut, Pekan Parit Betak, Simpang Enam Senggarang dan Bukit Batu. Orang Pontian boleh serbu ni.

Kepada yang berminat nak berniaga sate, kisah ni mungkin menjadi penaik semangat. Nasir jual sate sehari di kawasan Pontian je dah boleh dapat sale 1500 cucuk. 60 sen x 1500 dah RM900. Tolak modal mungkin untung bersih RM400 atau RM500.

Untung bersih dia mungkin saya silap sebab saya tak tahu berapa modal ayam, daging, lidi/buluh pencucuk sate, bahan kuah kacang, plastik, arang dan yang berkaitan untuk sediakan 1500 cucuk sate. Peniaga sate yang baca kisah ni mungkin boleh tahu anggaran yang lebih tepat untung bersih jual sate 1500 cucuk 60 sen ni.

Kalau jual 50 sen atau 60 sen OK lagi tu. Saya tak salahkan peniaga yang jual sate 90 sen atau RM1. Mungkin isinya lebih besar dan lebih sedap.

Mungkin ada peniaga sate yang jual secucuk 20 sen atau 30 sen. Murah sangat tu guna ayam bela sendiri ke? Jangan guna tikus sudahlah.

Kalau nak tolak harga murah kat peniaga tu bolehlah. Kalau nak jual sate supaya habis licin sebab tak nak recycle untuk hari esok pun tak jadi masalah bagi saya. Bukan setakat peniaga pasar malam, company besar pun pernah turunkan harga kaw-kaw punya supaya habis licin barang-barang dorang.

Kalau macam tu kita tak panggil bunuh harga pasaran. Dorang jatuhkan harga atas sebab promosi atau tak nak simpan stok lama.

Bagaimana pula dengan pendapat anda sebagai peniaga atau pelanggan sate? Jom komen..

Sumber

5 comments:

  1. Bisnes sate memang untung..kalau nak tarik lebih ramai pelanggan,harga 60sen kalau boleh kuah kena sedap dn saiz sate jgn kedekut..kalau jual 60sen tp saiz terlalu kecik pun rasa rugi jga nk beli..baik beli harga standard yg penting mkn puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, kalau sate harga murah dan rasa pun sedap memang ramai yang mencari.

      Delete
  2. rasanya memang patut satay dijual RM0.80 sebab penyediaan bukan semudah yang disangka!! kita tengok atas pinggan kita yang dah siap.Sakit pinggang, lenguh bahu dan lenguh tangan adalah sinonim kpd pembuat satay..sbg contoh melapah ayam dan memotong secara dadu dan menyucuknya ke lidi adalah cabaran besar kpd pembuat satay. Saya bukan penjual satay tetapi saya selalu membuat satay utk keluarga sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya saya setuju. Biar harga berbaloi dengan penat lelah menyediakan satay dan berbaloi juga untuk pelanggan beli dan menikmati sate.

      Delete
    2. Yg miaga sate aje tau lah…benda bukan boleh buat pakai mesin……manual dri seekor ayam sampai secucuk sate……klu nk buat sate bkn seorang boleh buat….mau ber2 tu pun target 500 cucuk sehari..tu kalau dh expert….


      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.