Kenapa masih ada lagi yang ditipu oleh scammer? Duit yang ditipu bukan sikit tapi beribu-ribu ringgit. Syarikat kopi apa ye?
Sebahagian mangsa sebuah syarikat kopi. |
Kalau nak tahu, teruskan baca..
MELAKA 13 April - Lebih 10 pelabur terdiri daripada pesara, kakitangan awam dan peniaga di negeri ini mendakwa mereka kerugian lebih RM13 juta selepas menjadi mangsa penipuan sebuah syarikat jualan kopi terkenal sejak tahun 2015.
Mereka mendakwa pengasas syarikat kopi itu yang bergelar Datuk Seri kini melarikan diri ke negara jiran selepas mengaut keuntungan daripada pelaburan tersebut yang jelas menyebabkan mangsa tidak mendapat sebarang pulangan.
--petikan berita Utusan online--
--petikan berita Utusan online--
Dalam petikan berita pun tak bagitau secara jelas syarikat kopi apa. Bagitau je lah nama si penipu. Sejak tahun 2015 tu orang ditipu oleh Datuk tak guna ni.
Petikan berita mynewshub..
Pengeluar minuman milik jutawan Datuk Seri Dr Rozaini Hasan itu didakwa telah berjaya memperdayakan lebih daripada 300 ribu mangsa dari seluruh Malaysia yang didakwa tertarik untuk melabur dalam syarikat tersebut
--petikan mynewshub--
Petikan berita mynewshub tu tahun 2017 punya. Jelas terpampang muka scammer. Rupanya dah beratus ribu mangsa kena tipu dengan dia.
Dahlah menipu, siap nak saman mangsa yang menuntut lak tu. Tak cukup dengan tu, dia nak bawa duit mangsa yang berjuta tu pergi Indonesia. Nak tambah cawangan baru kat sana?
Ada tak mangsa-mangsa Rozaini dapat balik hak dia? Ada yang melabur sampai RM3.8 juta. Sayangnya duit tiga juta lebih bagi kat penipu.
Kalau duit berjuta tu bagi kat saya, insha Allah saya usahakan untuk jadi pengeluar kerepek, buka restoran atau buka kiosk jual makanan di beberapa tempat. Pembahagian keuntungan boleh dibawa berbincang. Pengeluar kerepek, restoran dan kiosk tu sebagai contoh je, sebenarnya saya ada idea lain lagi kalau ada orang bagi saya RM3.8 juta.
Kepada yang tak kena tipu oleh scammer tapi ada duit berkepuk-kepuk tu, buatlah modal untuk kerja sendiri. Kalau ada produk jenama sendiri kan lebih baik. Daripada bagi kat scammer macam Rozaini lebih baik buat kopi jenama sendiri.
Kalau tak nak buat bisnes sekali pun, simpan duit tu untuk kegunaan akan datang. Mana tau duit yang banyak tu boleh guna untuk bantu ahli keluarga sendiri yang susah. Simpan duit banyak tak jadi masalah asalkan bayar zakat.
Kalau takde ahli keluarga susah dan tak tahu nak buat apa dengan duit beribu-ribu atau berjuta-juta tu baik sedekahkan ke masjid, surau, rumah anak yatim dan kepada sesiapa yang memerlukan. Takkan jadi miskin disebabkan bersedekah.
Rozaini Hasan pemilik kopi Pak Belalang. |

Sebelum saya tamatkan artikel ni, saya menyeru kepada orang ramai supaya jangan tertipu dengan benda-benda macam ni lagi. Kat luar sana ada macam-macam taktik licik scammer gunakan. Sayanglah duit berkepuk-kepuk bagi dekat scammer..
Sumber
mmg kaki tipu
ReplyDeleteRozaini tu memang penipu.
DeleteRozaini penipu
ReplyDelete