Sunday, May 12, 2019

Bazar Cashless Sesuai di Malaysia?

Anda pernah dengar pasal bazar kashless yang viral baru-baru ni? Kalau nak tahu, bazar tanpa tunai ni kat Kampung Baru di KL.
Dari kiri yang angkat tangan ialah CEO Touch n Go Sdn. Bhd, Syahrunizam Samsudin, Puteri Sultan Selangor, Tengku Datin Paduka Setia Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama suaminya orang putih, Datuk Setia Aubry Mennesson.
Seronok ke Bazar Cashless ni?

Bayangkan anda pergi bazar bawa smartphone je. Syaratnya kena ada app Touch n Go e-wallet. Pastikan ada duit dalam tu.

Kalau takde duit kena top up dululah baru boleh guna. Cara bayar nak kena scan QR code di gerai bazar. Contohnya nak beli murtabak daging di gerai Pak Pandir, kena scan qr code di gerai dia untuk buat pembayaran.

Persoalannya adakah cara ini lebih mudah dari bayar tunai?

Pada pendapat saya mudah sebab tak payah bagi duit balik. Kadang-kadang pelanggan nak beli kuih RM2 tapi bayar guna sekeping RM50. Tak ke susah tu?

Kalau bayar guna e-wallet tak payah risau pasal nak bagi duit balik. Memang bayar tepat-tepat ikut hargalah.

Peniaga tak perlu risau terima duit koyak lagi. Mana tahu time tengah sibuk tak perasan dapat duit koyak. Itu belum lagi kes peniaga bazar yang pernah dapat duit palsu.

Macam mana peniaga bazar nak jual cara cashless ni? Kena register as merchat kat website dia. Saya ada share link dia kat Sumber.

Kebaikan cashless payment di bazar?

  1. Tak payah bagi duit baki.
  2. Tak perlu risau terima duit koyak.
  3. Tak perlu risau terima duit palsu.
  4. Boleh letak harga unik/mengarut seperti RM3.97, RM4.99 dan seumpamanya.

Walaupun belum meluas tapi saya nampak kebaikan dia. Cuma nak kena pastikan smartphone ada internet dan ada app Touch n Go e-wallet. Selain masih ada duit dalam e-wallet, kena pastikan jugak battery cukup.

Jangan time nak bayar tiba-tiba battery habis lak. Anyway, saya rasa pembayaran secara tunai pun kena teruskan jugak. Orang yang masih belum ada Touch n Go e-wallet pun masih ramai lagi.

Setakat ni dah ada 3.6 juta orang yang guna e-wallet di plaza tol dan kenderaan awam. Maknanya masih ada kira-kira 20 juta rakyat Malaysia takde e-wallet. Yang takde tu mungkin baby, kanak-kanak, orang tua dan sesiapa sahaja yang tiada smartphone atau memang tak nak guna e-wallet.

Kalau dah tersebar luas penggunaan e-wallet ni, tak mustahil saya jual epok-epok guna qr code. Asyik jual 3 biji RM1 je, nak jugak merasa jual sebiji epok-epok RM0.49. Kalau jual beli guna e-wallet tak payah pening-pening kepala pasal duit baki lagi.

Buat masa ni belum cukup luas lagi penggunaan e-wallet so lebih mudah urusan jual beli saya guna tunai. Alhamdulillah setakat ni takde pelanggan bagi duit koyak atau palsu kat saya. Saya bersangka baik bahawa semua pelanggan saya memang baik-baik belaka.

Apa pendapat anda tentang cashless bazar? Kongsikan pendapat anda melalui komen.

Sumber

10 comments:

  1. Bila lagi nak mula. Kat Cina pergi pasar bayar pakai wechatpayy aje. Tak payah nak risau bawa duit banyak-banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi bazar Malaysia pakai wechatpay jugak? Kita tengoklah nanti macam mana.

      Delete
  2. Menarik juga bayar cara mcmni..kadang2 kesian bila tngok peniaga terkial2 nak pulangkan baki duit dlm keadaan ramai pelanggan masih menunggu..sy harap satu hari nt sistem pembayaran e-wallet di gunakan secara meluas..tq atas perkongsian admin..

    ReplyDelete
  3. betul tu tuan, memang banyak inutnya

    ReplyDelete
  4. Option pembayaran. Boleh digunakan untuk memudahkan urusan pembayaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang memudahkan kalau ada peniaga bazar atau pasar yang sediakan option cashless.

      Delete
  5. Memudahkan urusan. Kena diperluaskan di luar KL pulak. Saya pun tak pernah guna lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu, negeri lain pun nak jugak merasa bayar cashless.

      Delete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.