Thursday, May 2, 2019

Cara Nak Buka Klinik Sendiri

Pernah terfikir nak buka klinik sendiri? Semua orang yang berduit boleh buka klinik ke?
Gambar hiasan diambil dari sini.
Serius nak tahu? Teruskan baca..

Kalau anda seorang doktor yang dah 10 tahun atau lebih bekerja di hospital kerajaan, sudah tiba masanya untuk anda buka klinik sendiri. Kalau bukan doktor, tak boleh buka klinik. Kalau bukan doktor tapi nak jugak buka klinik, kahwinlah dengan doktor.

Setelah Akta 586 dikuatkuasakan, hanya doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia dan telah menjalankan compulsory service di Hospital Kerajaan sahaja dibenarkan buka klinik sendiri.

Compulsory service tu maknanya kena kerja dua tahun di hospital kerajaan. Sebelum boleh buat compulsory service, nak kena jadi houseman dua tahun dulu di hospital kerajaan jugak. Selepas dua tahun jadi houseman dan dua tahun buat compulsory service, kena amik exam untuk dapatkan sijil doktor.

Bila dah jadi doktor barulah boleh buka klinik. Habis tu yang kena jadi doktor 10 tahun tu nak buat apa? Kumpul pengalaman dulu.

Apa itu locum? Secara ringkas locum tu ialah jadi pengganti sementara. Contoh anda jadi doktor pengganti pada setiap hari Sabtu dan Ahad di klinik A, maknanya anda buat locum di klinik tersebut pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Selain buat locum, anda mesti ambil tahu pasal perkara di luar bidang perubatan sebelum menguruskan klinik sendiri. Contohnya belajar pasal KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial) dan hak-hak pekerja. Semua tu penting selain mahir dalam teknik dan taktik merawat pesakit-pesakit luar, menjahit luka, membuat dressing, guna mesin ultrasound dan mengetahui ubat-ubatan yang bagus atau tidak bagus untuk klinik anda nanti.
Logo KWSP dan PERKESO dari sini.
Apa itu buat dressing? Dressing dalam bahasa kita maksudnya cuci luka. Kalau ada pembaca artikel ni bukan doktor tapi nak tahu lebih pasal dressing kena tanya nurse sebab dorang memang selalu buat kerja-kerja dressing.

Mesin Ultrasound credit to here
Apa itu mesin ultrasound? Mesin ultrasound menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej sebahagian dari organ dalam badan. Contoh mudah, kaum ibu yang hamil boleh tahu jantina anaknya selepas diperiksa oleh doktor guna mesin ultrasound.

Apa itu hak-hak pekerja? Kena belajar Akta Kerja 1955 khas untuk Semenanjung Malaysia dan Labuan. Kalau di Sabah ada Ordinan Buruh Sabah. Di Sarawak pulak ada Ordinan Buruh Sarawak.

Dah faham, mahir dan buat semua perkara-perkara tersebut?

Kalau jawabnya ya, anda adalah seorang doktor yang sah dan memang patut buka klinik sendiri. Anda perlu ke pejabat Kesihatan Negeri yang berhampiran untuk ambil borang A. Isi borang tersebut dalam dua salinan dan kepilkan sekali salinan kad pengenalan, Sijil Amalan Tahunan, Sijil Pendaftaran Penuh, Ijazah, Surat Akuan Bersumpah dan pelan klinik.

Info contact Jabatan Kesihatan Negeri di Johor Bahru :

JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR, Tingkat 2, 3, 4, 5 & 9 Blok B,
Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek,
80590 Johor Bahru, Johor.

Telefon : 07-2245180/188/189
Fax : 07-2247361
Email : jknjohor@moh.gov.my


Apa tu pelan klinik? Nak kena lukis gambaran klinik seperti ukuran pintu depan, pintu bilik air, saiz bilik rawatan, lokasi sinki, lokasi tong pemadam api dan semua yang berkaitan dengan klinik. Habis tu kalau tak tahu buat pelan klinik macam mana?

Kalau tak tahu buat pelan klinik, tak jadi masalah. Boleh bincang dengan kontraktor yang nak buat ubahsuai atau renovation klinik. Pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan pun boleh dibawa berbincang.

Biasanya pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan akan datang melawat klinik masa tengah renovate. Masa dorang bagi cadangan atau teguran nanti terimalah dengan hati yang terbuka.

Yuran nak daftar berapa lak? Yuran untuk proses pendaftaran kena bayar RM500.00. Bila permohonan diluluskan kena bayar RM1000 lak.

Maknanya ada dua kali bayar tu. Adakah harganya masih sama? Kena daftarlah dekat pejabat Kementerian Negeri nanti baru tahu harga yuran terkini.

Berapa kos untuk mula buka klinik sendiri?

  • Deposit sewa bangunan 15k
  • Renovation bangunan 60k
  • Peralatan perubatan 100k
  • Perabut 5k
  • Bayaran lesen kkm/ lesen perniagaan 5k
  • Uility 2k
  • Lain-lain 3K

Jumlah RM190K.

Setelah mengira perbelanjaan kos setup klinik, nak kena buat pengiraan untuk setiap bulan pulak.

  • gaji doktor dan staf 10k
  • sewa premis 4K
  • kwsp/ perkeso/ insuran 2k
  • Stationery 500
  • Anggaran bayaran kepada pembekal 3k
  • Bayaran pinjaman sekiranya ada 3k
  • Lain lain 500

Jumlah bulanan RM23K.

Itu semua cuma anggaran secara kasar. Boleh jadi kurang atau lebih dari jumlah yang saya kongsikan. Buka klinik ni bukan boleh buat iklan macam promote produk kosmetik.

Buka klinik atas nama sendiri lebih susah dari join klinik yang dah terkenal. Kalau join klinik yang dah established lagi senang walaupun tak boleh buat iklan. Contoh macam klinik Asia, Penawar, Yuslina dan yang seangkatan dengannya.

Kalau masih tak faham, masih ada cara untuk permudahkan anda buka klinik sendiri. Anda boleh hubungi Beamformer. Pihak Beamformer ni berpengalaman luas dalam setup klinik dan hospital.

Alamat :
BEAMFORMER SDN. BHD.
No 34-A, Jalan Plumbum N7/N,
Seksyen 7,
40000 Shah Alam, Selangor.

Tel : 03-5510 4275
Fax : 03-5510 4311

Selebihnya anda boleh baca dari sumber-sumber yang saya kongsikan dalam artikel ni. Jangan lupa buat anggaran kasar modal buka klinik. Lagi satu, jangan pinjam duit ah long nanti merana.

Kalau ada salah silap di sini boleh tegur baik-baik melalui komen. Semoga berjaya buka klinik sendiri!

Alternatif
Berminat nak buat produk jenama sendiri? Sila baca Cara nak buat produk jenama sendiri dan Senarai Kilang OEM kosmetik / skincare.

Belum ada idea nak berniaga apa?  Jom baca 86 idea perniagaan dan 69 idea bisnes perkhidmatan.

Sumber

Aku dan buka klinik sendiri.

Beamformer Sdn. Bhd. - Medical Planner, Medical Equipment and Clinic Setup.

Berapa anggaran yang diperlukan untuk setup clinic?

Undang-undang buruh di Malaysia Akta Pekerjaan 1955.

Pemeriksaan Utrasound

Mesin Ultrasound boleh cecah harga RM300,000.

Apa yang diperlukan untuk buat dressing.

23 comments:

  1. Very good info sesuai utk doktor2 yg nak buka klinik sendiri

    ReplyDelete
  2. Tq ya. InshaAllah saya kami akan manfaatkan ilmu ini. Semoga awak sentiasa berjaya dalam apa yang awak usahakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi singgah komen dan doakan saya berjaya. Sebenarnya saya dapat info buka klinik sendiri pun dari blog orang lain juga.

      Delete
  3. saya berminat nak setup klinik sendiri setelah 10 tahun bekhidmat di hospital daerah. boleh saya tahu mcmna nak dapatkan panel2 insuran seperti pantai, aia dan takaful

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Farid tekan link "Aku dan buka klinik sendiri" under Sumber tu. Orang yang buat blog tu doktor yang memang sah dah buka klinik sendiri. Try tanya dia pasal panel2 insuran Pantai, AIA dan Takaful.

      Semoga Dr Farid berjaya buka klinik sndiri.

      Delete
    2. Saya tak dpt buka link seperti dinyatakan di atas

      Delete
    3. Link tu sekarang untuk orang yang di'invite' sahaja, saya sendiri pun tak boleh buka link tu.

      Delete
  4. saya nak tanya, berapa ya gaji untuk doktor yang bukak klinik persendirian ni? gaji mereka still ikut "UD41-48" macam tu ke?

    ReplyDelete
  5. Mencari partner's utk buka klinik
    Modal dah tersedia

    ReplyDelete
  6. Saya nak tanya, boleh ke seorg doc houseman bekerja di klinik swasta walaupun dia tak habis lagi houseman?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak tahu. Kena tanya orang yang tahu ni.

      Delete
    2. Tidak boleh. Hanya pegawai perubatan yg medapat pendaftaran penuh dari mmc selepas tamat tempoh khidmat latihan siswazah boleh locum di klinik luar. Itupun setelah mempunyai apc

      Delete
  7. Bagaimana pula Nak daftar doktor Dari Indonesia? Utk buka klinik swasta di Malaysia?

    ReplyDelete
  8. Bagaimana dgn SSM? Wajib kah untuk didaftar SSM untuk klinik swasta? Jika wajib, enterprise atau sdn bhd?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mesti ada SSM. Terpulang mahu enterprise atau sdn bhd tapi saya cadangkan tak perlu guna 'enterprise'.

      Contohnya Klinik Zamrud, Klinik Sinaran, Klinik Tangga Kejayaan dan seumpamanya tanpa letak 'enterprise'.

      Tak semestinya mesti letak 'enterprise' kalau bukan sdn bhd.

      Delete
  9. Perlu atau tidak klinik perubatan am mendaftar dgn SSM atau memadai dgn ada borang B sahaja ?

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik. Terima kasih.