Saturday, May 11, 2019

Saya Tak Suka Shopee

Mungkin penjual dan pembeli di Shopee semakin ramai. Ada yang jual barang sendiri dan ada jugak yang buat dropship di Shopee. Iklan pun selalu keluar di TV.

Logo Shopee
Kenapa saya tak suka Shopee?

Adakah sebab Lazada lebih baik? Dari segi kategori produk, saya tengok takde masalah. Ada banyak pilihan tak kiralah nak beli smartphone, powerbank, alat senam dan macam-macam lagilah dari Lazada atau Shopee.

Jadi apa sebab saya tak nak beli barang di Shopee? Sama sebab saya tak nak minum air Slurpee.

Slurpee adalah gabungan dari slurp dan pee. Slurp maksudnya sedut kuat-kuat sampai keluar bunyi slurppp dan pee  pulak maksudnya kencing. So maksud slurpee tu sedut kencing.

Shopee lak gabungan dari shop dan pee. Shop maksudnya kedai dan pee maksudnya kencing. Shopee tu maksudnya kedai kencing.

Kenapa nak letak pee kat nama produk atau kedai? Kencing tu najis tau tak? Letaklah nama elok-elok sikit.

Letaklah Shopipipi sebab suka nyanyi lagu pipipi kan?

Domain shopipipi.com for sale here.
Kalau pihak Shopee dapat idea lebih baik, gunalah nama selain Shopipipi. Shoopipi atau Shupea pun boleh.  Dua-dua domain ni belum ada pemilik lagi, sila lihat domain shupea dan domain shoopipi.

Kalau Shopee suka dengan pee jugak, baik saya beli barang kat Lazada je. Sama jugak dengan Slurpee dari 7 eleven, saya tak pernah minum sebab geli dengan pee.

Ada jugak air yang saya tak nak beli dan minum walaupun namanya takde letak pee. Contohnya teh ais derhaka. Derhaka bukan najis tapi nama dia cukup negatif.

Kepada semua peniaga sama ada besar atau kecil, jangan guna nama najis atau yang negatif untuk syarikat atau produk. Letak nama yang elok-elok je lah melainkan produk tu memang khas untuk najis atau yang negatif. Contohnya shit cleaner, rotan anti derhaka, pee bottle's traveller dan seumpamanya.

Saya main hentam je contoh nama produk tu. Nak letak perkataan pee atau yang seangkatan biar kena pada tempatnya.

Apa jadi kalau Shopee rebranding atau tukar nama kepada Shopipipi atau Shupea atau Shoopipi atau nama lain yang lebih kreatif?

Pada pendapat saya, perkara ni boleh jadi viral. No more pee in shop. Go pee in the toilet.

Kenapa dengan orang kita ni? Nama elok macam Haji Bakery sibuk je nak suruh tukar. Orang yang suruh tukar tu jutawan dan disokong pulak oleh artis.

Nama pee atau kencing kat Shopee ada siapa-siapa tegur? Ada tak jutawan atau artis yang persoalkan pasal Slurpee atau sedut kencing?

Sekian.

Sumber
Shopee
7 eleven
Whois
Haji Bakery dalam CEO Desa

2 comments:

  1. Sy setuju dgn pendapat admin..dorang main letak nama ikut suka hati je..blm lg kedai Isetan,sebut nama kedai pn da rasa teruk sgt mcm mengaku diri setan pula..

    ReplyDelete

Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.