Ghost Smoke tu gula-gula yang mengeluarkan asap bila dikunyah. Budak-budak suka makan gula-gula ni.
Nampak tak? Kalau tak nampak cuba tengok gambar lagi satu ni..
LEBIH 50 premis perniagaan di Pulau Pinang diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) susulan penjualan gula-gula Ghost Smoke.
Serbuan dilakukan dalam operasi berlangsung semalam.
Ketua Penguatkuasa KPDNHEP Pulau Pinang Chin Ching Chung berkata, dalam serbuan di sebuah kedai di Bukit Mertajam, pihaknya berjaya merampas 14 paket gula-gula Ghost Smoke itu yang mengeluarkan asap seperti rokok.
Katanya, ia dijumpai dipamer pada rak di hadapan kedai dan sebahagiannya dipercayai sudah terjual.
“Kita juga merampas dokumen seperti invois belian gula-gula itu untuk siasatan lanjut.
“Semua produk yang disita disyaki menggunakan perihal dagangan palsu dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengesan pembekal produk itu,” katanya, hari ini.
Chin berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 5 (1) (b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM250,000.
Menurutnya, operasi mengesan gula-gula itu digerakkan sejak 23 Julai lalu dan 59 premis sudah diperiksa.
“Pemeriksaan dijalankan di semua peringkat antaranya pemborong, peruncit termasuk penjaja di sekitar kawasan sekolah seluruh negeri.
“Pemantauan terus dilakukan dan orang ramai diminta menyalurkan maklumat berkaitan penjualan gula-gula itu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Gula-gula itu menjadi bualan apabila ia dipercayai dijual kepada budak sekolah dan penjualannya kini dilarang.
-Hmetro-
Apa-apa hal nak tahu jugak keputusan kandungan Ghost Smoke ni minggu depan.
Sumber
No comments:
Post a Comment
Komen yang baik dilayan dengan baik.
Jangan kongsi link di bahagian komen.
Terima kasih.